Friday, July 22, 2011

Cerita Hari Jumaat - 22 July 2011

Makan2 adventure untuk hari ini telah dilakukan di Bandar Baru Nilai.  Biasalah, dah tercampak ke benua sini, Bandar Baru Nilai merupakan target utama untuk segala sessi membeli belah, makan2, banking dan mcm2 lagi.

Hari nie team dianggotai oleh the usual suspects...the 3 of us.  Then, bila dah sampai lokasi kejadian, salah seorang suspects telah menghubungi BB aku kerana sebelum kitaorg keluar tadi, BB ada menyatakan hasrat dia nak join kitaorg lunch.  Maka, salah sorang suspects telah pergi menjemput BB aku yang pada masa tu berada tidak jauh dari lokasi kejadian.  Memang dah lama the usual suspects tak ber"lunch together2" dgn BB aku.  It was a fun and entertaining outing hari nie....asyik ketawa2 dan makan bagai nak rak kami semua...dari main course, siap ada dessert dan fresh fruit platter (actually dgn buah durian dan cempedak yg banyak dan lazat) dihidangkan kepada kami....Thanks BB and her sidekick, moga dimurahkan rezeki di masa akan datang.

Oh ya, lokasi kejadian kali ini ialah di Bangi Kopitiam, Bandar Baru Nilai.  Hari tu pergi kitaorg sempat try sikit aje food dia, tapi hari nie, mmg all out ler kitaorg makan.  Apa2 pun, sila lah rangsangkan deria penglihatan anda semua dgn foto2 hidangan yg menarik, lazat yg ada di Bangi Kopitiam.
Dry Dolly Mee.  Aku order tapi tak sesuai dgn selera aku coz gravy yg digunakan utk mee itu terlalu manis....

Dry Chee Cheong Fun.  Ok dan ada rasa, diorder oleh one of the suspects.

Curry Chee Cheong Fun, diorder oleh one of the suspects juga.

Ice Blended Mocha.

Jus kedondong with asam boi....terasa kemasaman nye kat tekak aku nie...huhu

Curry Mee yg dikongsi oleh BB dgn BFF dia

Mixed scooped ice cream.  Mine, as I got sweet tooth today....:-))

Sessi melapah doyan yg diketuai oleh BFF BB aku.  The doyan is nice, creamy and sweet.

Cempedak session.  First time aku tgk org makan cempedak cicah susu pekat..By the way, itu jejari runcing BB aku....hehehe.

No comments:

Post a Comment