Sunday, July 31, 2011

Ramadhan Datang Lagi

Pejam celik, pejam celik...Ramadhan datang sekali lagi.  Tak tau mengapa, tahun nie aku rasa agak syahdu sikit....hmm....

Selamat menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Berpuasa buat semua.  Posting pasal outing makan2 mungkin tergendala buat seketika atau mungkin juga digantikan dengan posting berbuka puasa, whichever is more convenient dan cost savings....:-))

Pagi2 besok, insya allah, kita semua akan bersahur sekali lagi...moga kita diberikan kekuatan untuk bangun sahur, menyempurnakan puasa dalam erti kata yg sebenarnya, meningkatkan amalan baik, meninggalkan segala larangan dan moga perubahan positif ke arah kebaikan ini berterusan sampai bila2....Aminnnn.

Nota kaki:  Azam Ramadhan kali ini, insya allah ingin menghafal surah yassin....dulu dah hafal dan macam biasa, bila tak diamalkan, buat dosa secara berterusan...segala hafalan terus luput dari ingatan....

Friday, July 29, 2011

Once Upon A Time In La La Land

Tadik masa tengah mengemas barang2 lama yang bersepah, aku terperasan ada satu photo album kami sekeluarga.  Aku pun segera menyelak setiap helaian album berkenaan and guess what, found few pics worth to share.

Once upon a time at Muzium Negara.  Dulu2, ada perahu nie kat luar muzium.  Me and my sparring partner at that point of time, my eldest sis.

I was told that I was about 5 years old in this pic.
 
Photo of me and my cousin...

Ok, jangan gelak tgk foto2 tersebut.  Nanti lah, kalau aku jumpa pic lain time mengemas nanti, pasti akan ku uploadkan di sini.....

Cerita Hari Jumaat - 29 Julai 2011

Sempena meraikan hari Jumaat terakhir sebelum bermulanya bulan ramadhan, maka aku selaku Presiden Persatuan Bimbo Sadonia, telah bersetuju untuk mencemar duli, mengikut rombongan Persatuan Bimbo Sadonia, memborong kerepek dan jajan di Banting.

Maka aku berserta 3 Bimbo yg lain; Nad, Zu dan Neena telah menghabiskan lunch time kami di Pekan Banting.  Yelah, bila bulan Ramadhan dah start, no more lunch time ok.....jangan curi2 masa kerja pergi shopping2, tak berkat gaji tau.....:-))

Kami memborong kerepek dan jajan di sebuah kedai pemborong yg terkenal di Pekan Banting.  Harga yg ditawarkan memang lebih murah berbanding dengan yg ada di kedai.  Jom layan gambo2 kat bawah nie:

Nama kedai tersebut....kalau zoom, pasti nampak alamat dan contact no. diaorg


Pemandangan depan kedai. 


Terdapat banyak pilihan kerepek dan jajan yang dijual.  Pompuan dlm pic ini ialah Nad...hehehe

Sedang asyik merasa dan mencuba kerepek dan jajan.  Kelihatan juga dlm foto nie, Zu.

Hasil borongan ku.  Kerepek tempe dan kuih bahulu keras is a must.

Jalan besar sebelum masuk ke kawasan kedai pemborong kerepek ittew.

A word of caution though, kalau teringin nak membeli stok kerepek untuk hidangan hari raya yang bakal menjelma, sila lah berkunjung ke kedai ini pada awal ramadhan, lagi afdal kalau pergi sebelah pagi.  Bukan apa, aku pernah terkena dulu....pergi time tengah hari memang ramai orang yang berkunjung dan beratur panjang bila nak buat bayaran.

Thursday, July 28, 2011

Relaks Sekejap


Sooo sweeet.....suka dgn short movie nie..

Vid terbaik sempena menyambut bulan ramadhan



Kan best kalau video nie disiarkan di stesyen tv sempena bulan ramadhan nie....

Wednesday, July 27, 2011

Jalan2 Cari Makan - Tuesday, 26 July 2011

Trip kali nie ialah ke China Treasures Restaurant, Sime Darby Convention Centre.  Kami ke sini pun sebab kerja, bertugas sebagai penyambut tetamu untuk Farewell Dinner. 

The 5 of us chose to sit kat luar the private dining room, masa kat meja makan, macam2 citer lar kitaorg kongsi dengan BB. 

Aku terlupa nama hidangan yang telah dipesan tapi sila lah enjoy foto2 dibawah.  Verdict:  Food is good and service is excellent.

Nota kaki:  Nak try lak diaorg punya dim sum buffet.
The menu that was placed on our table


Camwhoring before makan time.  Abaikan mata yg agak merah ittew....hehehe


Appetiser - Lobster salad dgn amende tah....

Ginseng herbal soup yg telah membuat aku rasa very "hot" sepanjang malam.....

Steamed chicken with light soy sauce...

Fresh water prawn (udang galah ler...hehe) with sweet sauce

Dessert

Tiada dalam gambo:  Steamed fish dan juga fried noodle....
Conclusion nye, kami balik dgn penuh rasa senang hati coz perut dah berisi.....:-))

Friday, July 22, 2011

Cerita Hari Jumaat - 22 July 2011

Makan2 adventure untuk hari ini telah dilakukan di Bandar Baru Nilai.  Biasalah, dah tercampak ke benua sini, Bandar Baru Nilai merupakan target utama untuk segala sessi membeli belah, makan2, banking dan mcm2 lagi.

Hari nie team dianggotai oleh the usual suspects...the 3 of us.  Then, bila dah sampai lokasi kejadian, salah seorang suspects telah menghubungi BB aku kerana sebelum kitaorg keluar tadi, BB ada menyatakan hasrat dia nak join kitaorg lunch.  Maka, salah sorang suspects telah pergi menjemput BB aku yang pada masa tu berada tidak jauh dari lokasi kejadian.  Memang dah lama the usual suspects tak ber"lunch together2" dgn BB aku.  It was a fun and entertaining outing hari nie....asyik ketawa2 dan makan bagai nak rak kami semua...dari main course, siap ada dessert dan fresh fruit platter (actually dgn buah durian dan cempedak yg banyak dan lazat) dihidangkan kepada kami....Thanks BB and her sidekick, moga dimurahkan rezeki di masa akan datang.

Oh ya, lokasi kejadian kali ini ialah di Bangi Kopitiam, Bandar Baru Nilai.  Hari tu pergi kitaorg sempat try sikit aje food dia, tapi hari nie, mmg all out ler kitaorg makan.  Apa2 pun, sila lah rangsangkan deria penglihatan anda semua dgn foto2 hidangan yg menarik, lazat yg ada di Bangi Kopitiam.
Dry Dolly Mee.  Aku order tapi tak sesuai dgn selera aku coz gravy yg digunakan utk mee itu terlalu manis....

Dry Chee Cheong Fun.  Ok dan ada rasa, diorder oleh one of the suspects.

Curry Chee Cheong Fun, diorder oleh one of the suspects juga.

Ice Blended Mocha.

Jus kedondong with asam boi....terasa kemasaman nye kat tekak aku nie...huhu

Curry Mee yg dikongsi oleh BB dgn BFF dia

Mixed scooped ice cream.  Mine, as I got sweet tooth today....:-))

Sessi melapah doyan yg diketuai oleh BFF BB aku.  The doyan is nice, creamy and sweet.

Cempedak session.  First time aku tgk org makan cempedak cicah susu pekat..By the way, itu jejari runcing BB aku....hehehe.

Jiwang karatzs kembali lagi



Tiba2 terasa nk dgr lagu nie tonite....This one is especially for you dear......

Wednesday, July 20, 2011

The Joy of Working with Chocolates

Hari ni gigih sungguh aku nak attend kelas "The Joy of Working with Chocolates".  The class is conducted by satu kedai pembekal peralatan dan bahan2 membuat kuih terbaru di Puchong.  At first I was a bit sceptical coz selalunya cokelat2 home made yg aku dah rasa sebelum nie, memang tak berapa sedap....a bit too bland...and luckily I attended this class, baru ku tahu di mana salah silap yg selalu berlaku sewaktu proses membuat cokelat.....dan learn from the mistakes.

The notes for the class....very useful.


Chef Jose "Joy" Pelo dari Beryl's Gourmet sedang mengendalikan kelas.  Nasib baik dia hensem, tak ler aku mengantuk tadi....hehehe


The different ingredients that make chocolate:  From top (clockwise):  Couverture (real chocolate), cocoa butter and cocoa mass.  Fuhh, berpeluh gak nak mengingat dan menghafal components2 nie..


Teknik mencairkan cokelat menggunakan kaedah "double boiler". 


Teknik menyejukkan real chocolate menggunakan kaedah "tampering".

The outcome after going through all the processes, memang marbeles dan sedap.


Yeay, aku dapat satu bag 1.5Kg real chocolate free, coz dpt jawab soklan quiz....

Overall, seronok gak kelas tadik, at least I learn something new.  Looking forward to attend more classes soon, oh ye, ada class cake baking nie....

Monday, July 18, 2011

Siapa aku???

Hmm.....dah lama gak mak aku dok cakap yg arwah nenek aku adalah berketurunan mendaling....tapi bagi aku pada masa tu seolah2 masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.  Sebab pada aku, aku lebih berat kepada darah minang, yelah sebab keturunan bapak aku adalah dari Pagar Ruyung, Sumatera.

Then, bila ada yang meneka aku keturunan mendaling last week, aku macam tersentak......how come dia tau pasal tu??  Balik rumah, baru ler aku bukak mulut dan berminat tanya pada mak aku.  Mula lah mak aku bercerita, ye, memang keluarga sebelah mak aku keturunan mendaling, marga nasution.  Itu lah yang paling banyak mak aku tau......beyond that, aku kena refer sama uncle2 aku.....hmmm...

Aku pun buat ler sikit kerja over the weekend untuk tau sejarah mendaling.  Baru lar tau bahawa keturunan mendaling nie pun berasal dari Sumatera......ada banyak marga (clan) dalam keturunan mendaling dan antara yg femes ialah nasution, harahap dan banyak lagi.

Antara ciri2 nyata bagi keturunan mendaling ialah berkulit cerah, berhidung bawang (macam aku..wakakakka) dan suka berniaga.....patutlah minat aku cenderung ke arah itu.  And mostly, according to my reading, marga nasution adalah org yg berilmu agama yg tinggi dan warak......aku???? jauh panggang dari api.....

Apa2 pun, aku tetap org Malaysia biarpun dari mana asal usul keturunan ku.....

Nota kaki:  Ada org yg rapat dgn aku sound aku tadik "kak, kalau ikut keturunan kakak, org nya memang rajin beribadat.....kakak, itu semua udah ada dalam darah daging kakak, kakak cuma perlu pertingkatkan amalan aja, kena rajin2 ya kak".  Dussh, dah kena sebijik...padan muka aku!! huhuhu

Cerita Hari Sabtu - 16 Julai 2011

Sabtu pagi, mengikut perancangan, aku kena berada di Petaling Jaya.  So, sebelum keluar rumah, aku telah menelefon Restoran Belanga dan bertanyakan hal hidangan Nasi Tumpang.  Alhamdulillah, memang tertulis rezeki aku nak merasa Nasi Tumpang pada hari Sabtu, lantas terus ku book kan 2 ketul.  Dalam perjalanan pulang, aku pun singgah sebentar di SSTwo Mall untuk mengambil Nasi Tumpang aku.

Bagi yang tak berapa tahu, Nasi Tumpang adalah hidangan tradisi negeri Kelantan.  Ia diperbuat berbentuk kon dan di dalamnya adalah nasi lembik yang diselang selikan dengan serunding ikan dan juga lauk lain.  Aku telah membeli Nasi Tumpang berlauk ikan dan juga udang.   Sedapsssss nya, sekurang-kurangnya Nasi Tumpang itu berjaya mengurangkan rasa rindu aku pada makanan yang terdapat di Kelantan.

Nasi Tumpang sebelum dibuka untuk dinikmati.


Nasi Tumpang berlauk ikan.....sedapss!!

Pada malam Sabtu, ada pula yang mengajak aku keluar berjalan2 cari makan.  Maka, segerombolan telah bertolak ke Bangsar untuk menikmati hidangan western food yang sedap dan femes itu.

Nama gerai yang kami kunjungi ialah Station 21.  A word of caution, kalau nak pergi makan di sini, kesabaran adalah amat diperlukan.  Kalau pergi time peak period, kebarangkalian kita menunggu hidangan disediakan sekurang-kurangnya memakan masa sejam.  Sebab dah terbiasa dengan keadaan ini, maka, kami pergi agak lewat.  Tak sampai setengah jam, kami sudah mula menikmati makanan yang kami pesan.

Bersebelahan dengan gerai ini adalah gerai menjual air jumbo (dalam gelas besar).  Memang sedaps dan fresh.

Lamb chop with black pepper sauce.  Kat belakang tu nampak sebahagian dari gelas fresh oren aku.

Sunday, July 17, 2011

Food, food and more food......

Ocassionally, I would treat myself for a good and delicious nasi dagang for breakfast. On that particular day, I would ensure that I leave my place earlier than usual so that I could stop by and get the nasi dagang before going to office.

This particular stall is located in Kota Warisan, Sepang.  Kalau tak silap, nama gerai ni adalah Gerai Kak Mah, and located betul2 berhadapan dengan Affin Bank.  Selain dari nasi dagang, ada juga dia jual laksam, mee and mee hoon goreng, nasi campur dan nasi lemak.  Teh tarik di warung ini adalah yang terbaeeeekkkk.

Nasi dagang lauk gulai ikan aye and bergedil.



Kadang kala, dapat menjamah soto for lunch pun, kira OK gak kan.......hehehe

Soto yang membangkitkan selera....

Delayed Posting: Jalan2 Cari Makan: Bandar Baru Nilai & SSTwo Mall, Petaling Jaya

This is the delayed posting on the Jalan2 Cari Makan expedition last week.  Malas nak citer banyak2, so, sila lah enjoy the following pics.


1.  Bangi Kopitiam, Bandar Baru Nilai.

Expedition kali nie berlaku pada hari Jumaat, as always with the usual suspects.  Firstly, we went to one restaurant, thinking that they would serve bubur nasi ala kg. baru style, during lunch time.  Too bad, tak lar pulok and we tried the nasi campur offered there.  Somehow, it was not to our liking.  Hence, we decided to go for another food rounding at kopitiam nearby, we ended up at Bangi Kopitiam lar.....

Fried wantan and toasted bread with butter & kaya


Toasted bread with half boiled eggs....yummy!!


Durian ABC

Overall, it was an OK outlet.  Will try other food in the near future.


2.  SSTwo Mall, Petaling Jaya.

Niat sebenar lepak di sini adalah nak pergi clearance sale.  Somehow, I like the deco style kat sini, very the "zen" style.  Lots of sunlight, airy and lots of open space.  Kind of cooling and relaxing to walk around this Mall.  We ended up at Belanga Restaurant.  


Very spacious and with direct sunlight.


Water feature at the lobby.....it indirectly gives the cooling effect


Sirap bandung yg creamy.....sedapsss!!


Set pulut kuning yang memang menyelerakan.  The pulut is cooked up to perfection and according to my liking.

Overall, the food available there is sedap.  Tapi sayang, I saw Nasi Tumpang in the menu tapi on that particular day, dah habis lar pulok.  They did give me suggestion to call first and reserve the Nasi Tumpang.  Ok, will do that in the future.

Thursday, July 14, 2011

The usual bebel-bebelan

Hmmm......God works in mysterious way.  Alhamdulillah, the truth finally prevail. Although I had suffered and being the centre of gossip and false accusations for quite some time, finally my day has come.  Yes, I know the OKT peberet will try to twist and turn the story but I just want her to feel this deep down in her heart that all her accusations for the past few years are mainly her doing, just because she wanted her way out and at the same time, damaging other people's name and reputation.

From what I gathered, now she is really upset with the news.....what you give, you get back larrr!!  And people around her tend to look at her in different way, yes, the same group of people who supported you before.  You finally show them your true colours and they begin to realise the truth.  If you feel lonely and isolated now, let me tell you something, that was the same feeling I got when you spread nasty rumours about me.  Karma babe, karma!!

Damage has been done, people who used to be close to you has finally decided to move on with their life, and definitely without you....or shall I say, leaving you behind.  Definitely you do feel something deep down in your heart, right?  Boy, you have lost the most wonderful, faithful and patience person that I have ever known.  With all your wrong doings, at some point of time, they still hope that you will change and turn over a new leaf.....and yet you took advantage of other people's tolerance, kindness and patience. 

Now you are all alone....who do you turn to?? You have lost some good friends along the way, those who can accept you the way you are......

As for that person who was badly hurt by you, I wish you all the best in your new life.  Take care of that woman with all your heart, she deserves your love more than any other person that you have known.


Monday, July 11, 2011

This will do, for now

Mode:  busy yg teramat dari last week
Feeling:  stress, tired, dying for another short getaway...

Anyway, why must I keep on complaining and whinning about everything under the sky?  Being busy means I still have a job and most importantly, continue doing what I love most.. 

Be positive....and the positive "chi" will come to you........
Happy working everybody...


P/S:  Ada 2 posting tertunggak, as always, jalan2 cari makan.....stay tuned.....

Monday, July 4, 2011

Relaks Sekejap (1)


New vid from Matlutfi.....budak nie memang brilliant, pandai dia guna media vlog utk educate org2 kita yg judgmental.....

Saturday, July 2, 2011

Cerita Hari Jumaat - 01 Julai 2011

Sepatutnya posting nie dibuat semalam, tapi, as always, bila kemalasan melanda diri, kita postpone aje semua2 tu.

Semlm aku and the femes geng, WZ dan Aida pergi shopping.  Ye, shopping.  Kami dengan rasa penuh bangga dan suka hati telah berbelanja di Harrods kerana ada sale.  Yes, berpusing2 mencari barangan yg bisa menambat hati.....almost one hour kami habiskan masa membelek2, melihat2 dan menggayakan barangan di outlet berkenaan...dan hasilnya, setiap seorang dari kami tersenyum lebar sewaktu melangkah keluar dari outlet berkenaan.  Biasalah, trend kehidupan org yg berpangkat seperti kami, memang lar banyak masa dan duit dihabiskan dgn shopping......hehehe

Hasil yg ku bawa pulang setelah sejam mencari.  Hari tu dah ada beg kaler pink, red and now, torquoise...

Dah penat shopping, baru terasa lapar yg teramat sangat.  We decided to have something lite for lunch, so off we went to O'Briens Sandwich.  Ye, kerana nafsu makan masing2 menguasai akal pikiran, tanpa berpikir panjang, each of us ordered our own set..without realising (or conveniently forget) yg portion di O'Briens tu, memang besau.....hambek ko, bila apa yg diorder sampai, baru masing2 mengeluh...muahahahahaha
My lunch yesterday, Club Sandwich

Pilihan WZ, tuna sandwich

Opss, lupa lak nk snap pic sandwich pilihan Aida, mungkin aku sibuk makan agaknya.  Overall, yesterday's outing is a stress-free shopping experience....  Sambil2 makan, kami mengcompare barangan yg dibeli dan dah mula planning bila nk pergi jenguk outlet tersebut dan outlet make up Benefit....itu pun tgh ada sale, my blusher, foundation pun dh nyawa2 ikan, harus di replenish....

Relaks Sekejap



I think this vid is funny and entertaining, worth to watch...ada unsur sindiran sinis juga. Tend to wonder, mana lar si matlutfi nie dpt idea2 mcm nie......