Sunday, January 29, 2012

Music to my ears......


In such a lovey dovey mood tonite.....

Saturday, January 28, 2012

Siapa Aku (1)

Bingkisan surat yang diterima pagi nie seolah2 satu storyline drama.  Ia menyorot dan mengimbau kembali kepada zaman dahulu, I mean zaman nenek moyang aku.  Ia menceritakan susur galur keturunan sebelah mak aku, and dapat dikesan hingga ke peringkat moyang mak aku.

Ternyata benar cerita mak aku bahawa arwah nenek aku adalah generasi ke 2 warga mandailing yang mencari tapak di kawasan Kajang.  Keturunan arwah nenek aku adalah dari marga Nasution.  Dari surat itu juga baru aku tau yang datuk kepada mak aku ada mempunyai 2 saudara kandung lain yang mana aku tak pernah tahu selama ini.

Tujuan utama surat dua muka surat nie ditulis adalah kerana si penulis (saudara pangkat 2 pupu mak aku) ingin mengembalikan hak waris2 lama.  Begitu panjang lebar ditulis salasilah keluarga agar kami faham kedudukan sebenar.  Aku tau mak aku agak terkilan kerana hak keluarga dikembalikan semula selepas arwah nenek aku tiada. It's better late than never, and I did tell my mom to get it done as this matter has been pending for so long, 3 generations have gone and takkan nak tunggu sampai generasi aku untuk menyelesaikannya.  Aku cuba juga memujuk mak aku supaya call and berkunjung ke rumah si penulis surat ini....bukan pasal harta pusaka, tetapi aku lebih berminat nak tau dengan lebih mendalam lagi sejarah keluarga.

Sungguh teruja nak tahu cerita sebenar.  Surat ini juga telah membuat aku mula menyelidik dan mengkaji sejarah keturunan mandailing.  Ada a few names mak aku sebut tadik yang ada tali persaudaraan dgn kami. 

Moga diberikan kesempatan dan peluang utk kami lebih mengenali susur galur keluarga ini. 


Nota kaki:  kind of cute bila pembuka kata surat nie, si penulis menggunakan perkataan "Horas"!!

Thursday, January 26, 2012

My usual bebel-bebelan

Sungguh aku terasa hati hari nie.  2 different people, being put in the same situation and yet one can be positive and the other one, non stop complaining.  Dari benda yang tak dapat, kitaorg usahakan sampai dapat seperti kehendak dia, kalih2 bila aku tanya tadik how was it, dia kata everything was ok, tempat cantik, service baik tapi the rate is too high, mahal sangat lah.  This is really uncalled for.  Kalau nak everything tip top, your money also must be superb lah kan.  Takkan semua nak free kot.

Berbanding dengan yang sorang lagi, bila di tanya soklan yang sama, jawapan dia sgt positif.  He enjoyed himself, everything was superb and the only regret is that it's too short of time.  Kita yang mendengar pun terasa seronok dan terasa yang usaha kita amat2 berbaloi.

Aku pun bercerita lah dengan sidekick aku, telling her how disappointed I was with this situation, terasa diri amat tak dihargai.  Sidekick aku menyabarkan aku walaupun molot aku time tu dah start membebel pasal perilaku manusia yang berbeza bila diletakkan dalam situasi yang sama.

Finally, after lunch, I realised that the most important lesson in this whole drama is sebagai manusia yang serba kekurangan, kita seharusnya bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan.  Jangan sampai kufur nikmat coz tak semua orang berpeluang merasai apa yang kia alami.  And bila buat sesuatu tu, niat kat dalam hati kena ikhlas.....lillahhitaala.  Tak ke mana pun kalau asyik bermuka2 aje.

But to be honest, insiden pagi nie, ditambah pula masalah yang dibangktkan oleh orang2 mereka, aku rasa sudah sampai masanya I make a move.  Terlalu kecewa dengan sikap insan yang tak tau berterima kasih dan bersyukur dengan kurniaan Allah kepada mereka.  Cubalah ubah diri jadi insan yang lebih positif kerana tak selamanya harta dunia nie akan berkekalan.  Tak selamanya kita kan terus menongkat langit, bila sampai waktunya, semua nie akan diambil dari kita.......

Quick Fix Meal for today

Somehow hari nie aku dapat keluar office awal (tak de ler awal mana, kul 6:30 aku dah angkut bag nk balik).  Dan kerana kebuntuan memikirkan what's for dinner, aku terus aje drive balik rumah.  Bila kat rumah, tanya gak dgn mak aku apa dia nak makan for dinner, dia pun tak tau.  So, I decided to cook tomyam sayur, telur dadar dan ikan jeruk goreng dgn bawang dan cili padi.

Selepas maghrib, terus ler memulakan sessi masak2 kat dapur.  Terasa lama gak tak makan tomyam sayur so this is the time. Furthermore, stok sayur memang tgh banyak dalam fridge, jadi laju aje ler memotongnya.

Tomyam sayur

Ikan jeruk goreng bersama bawang dan cili padi

Telur dadar

As always, aku tgk berselera org tua aku makan.  Dan ditambah pula ada stok sambal belacan, memang satu kombinasi juadah yg "ghu", berpadanan gittew.

Wednesday, January 25, 2012

Hari Lepak Sampai Rabak

Masih lagi dlm mood bercuti coz hari Selasa still a public holiday.  Tak pergi mana2 pun hari nie, just be at home.  Letih gak keluar berjalan2 nie and also predicting that traffic might start to be heavy today, lagi afdal duduk kat rumah aje.

The day started with me making fried seafood spaghetti.  Nie semua gara2 ada leftover spaghetti malam sebelumnya.  That was for brunch.

Then decided to cook for lunch, so menu hari ini ialah ayam masak rendang cili api, sambal kacang and some nasi himpit.  Riang ria di hari raya temanya, so, juadah yang dihidangkan pun berunsur raya gak....hehehe

Petang hari, ada yang telah membawa perkhabaran pasal one of our relatives, sungguh tak disangka2 coz everything was in black and white, dlm media sosial FB.  Hmm, can't say much and I guess I wouldn't want to get involved, takut kang putus saudara.  So selemah2 iman ialah I cuma berdoa agar OKT peberet kembali ke pangkal jalan dan tak buat kerja2 mengarut dan khurafat mcm tu.....

Nasi himpit with ayam masak rendang cili api and sambal kacang....mabeles!

Nota kaki:  Errrkkkk, besok dah mula kena masuk opis balik ke????  Serasa masa terlalu pantas berlalu, I want longer holiday pleeeaaasseeeeee........

Monday, January 23, 2012

Jalan2 Cari Sungai: Sungai Bill, Tanjung Malim, Perak

Masih lagi public holiday, perancangan untuk mencari sungai telah dirancang seawal malam kelmarin.  Pagi nie, dlm jam 10 pagi, kami pun bertolak ke destinasi yang dituju.  Mengikut peta yang tersedia di tangan, lokasi tempat tujuan kami terletak bersempadan dengan Behrang dan Tanjung Malim.  Serasa jauh sungguh perjalanan kali ini, yelah, seperti rusa masuk kampung.

Setiba di pintu gerbang kawasan perkelahan tersebut, entrance fee sebanyak RM1.50 dikenakan.  Wah, dah banyak kereta kat situ dan tentunya dah ramai yang berkelah.  Setelah meninjau2 kawasan tersebut, kami pun jumpa lah port yang paling sesuai utk berlabuh.

Terasa tenang mendengar bunyi air sungai




Self posing coz mambang2 air tengah leka mengira buih air sungai..

I tell you, the moment jejakkan kaki dalam sungai, dingin airnya serasa hingga ke tulang hitam.  But at the same time, ada that refreshing feeling yang terasa sehingga sampai di rumah.  Air tak ada klorin kan, serasa sesuai dan sedap aje kat kulit.

Mambang2 air yang lain macam itik jumpa air, berendam aje.  Aku setakat main2 air sungai coz tempat nak tukar baju tak ada. 

Sesudah berendam, kami decided to balik coz langit dah makin gelap.  Singgah sebentar di pekan Tanjung Malim utk refill petrol and makan late lunch.  Nama gerai yang kami singgah ialah Gerai Kak Yang, tak jauh dari UPSI.  Hidangan nya memenuhi selera kami dan harganya amat berpatutan.  Sekiranya anda berada di pekan Tanjung Malim, silalah try menjamu selera di sini.

Pre-CNY makan besar

Pada siang hari Ahad, 22 January 2012, kami keluar bersiar2.  Mula2 rancangannya nak pergi ke PD, tapi ada sikit halangan, so, we ended up in Bagan Lalang and Morib.  The usually dead, quiet and peaceful small town tu pun boleh tiba2 penuh dengan kenderaan, and I noticed the hotels, homestay pun nampak penuh, tak de ler peluang utk kitaorg overnite.  Masa bersiar2, terjumpa dgn si penjual Lokan, apa lagi, terus laju aje kami memborong.  Dah penat bersiar2, terus balik rumah coz nak sediakan food for the makan besar.

Aku mula memasak selepas maghrib tapi preparation wise, dah siap awal2 lagi.  Tak masak banyak jenis lauk pun semalam.

Sudi-sudikanlah menjamu mata tgk juadah yang disediakan.

Udang dan Lokan masak sambal


Siakap sweet & sour


Sayur Chap Chye Stir Fry

Mee Hoon Goreng Putih

Thursday, January 19, 2012

Bila penat, aku suka membebel

Minggu nie terlalu sibuk.  Today itself aku keluar dari kantor jam 8:30 malam....dead tired, mentally and physically.....Dah tak larat sangat2 nak pikir anything else.....

I believe 7 years is hell of a long time to be at one place.....No doubt I enjoy doing what I'm doing but I miss the feeling of the adrenaline rush.  Phone call tgh hari tadik memang sungguh tak disangka2.....see how it goes, sanggup ke depa tunggu aku??

On the other hand, ada internal opportunity, doing something different and challenging...ada kena mengena dgn apa yg aku minat dan pelajari dulu.  Org kuat suruh sabar aje dulu, wait till this opportunity being made official, and see how it goes.  Part of me tell me to stay, the other part of me dah mula meracuni fikiran utk just walk away.....lelah, letih dan tak larat nak mengadap kerenah manusia yg bermacam ragam.  

And there's one more external opportunity, yg berminat called me last week, they are trying to find a suitable date to have coffee with me.  This one pun interesting gak, dealing directly with VVIP or shall I say, the head of a state yg femes ittew...This one pun, see how it goes.

One thing for sure right now, I'm dead tired and nak tido aje nie.....kepala dah sarat memikirkan opportunities yg tiba2 terbentang di depan mata lately.....

Penatnya.........ngantuk pulak tu...nak tido awal lah malam nie.....Adios everybody.... 

Friday, January 13, 2012

Sessi Jelajah Dapur - Jumaat, 13 Januari 2012

Hari nie hari Jumaat, 13 Januari 2012, Friday the 13th gittew.....So far, hari nie ok aje, memang ler ok coz hari nie aku cuti....yeee haaaa!!!  Jgn kecik hati, aku terasa capek bangat lately, dgn keje2 kat opis yg byk memerlukan perhatian khusus dari ku.....by the time sampai rumah, memang flat habis....So, decided to take a short break today and do the thing that I love the most, main masak2.

For lunch today, aku masak kari ikan sardin dan terung goreng bersambal.  Serasa dah lama tak masak juadah yg aku suka...Seronok tgk org tua ku berselera sungguh makan tengah hari tadik.....

Terung goreng bersambal

Kari Ikan Sardine.  Gonna have this with roti tonite.


And disebabkan pagi tadik mak aku telah dpt memetik sebijik buah cempedak yg telah masak ranum di pokok, maka sempatlah jugak aku buat cempedak goreng for tea...

Cempedak goreng for tea

Sunday, January 8, 2012

Sessi 3M - Membaca, Menulis dan Mengira

Sekolah dah bermula, jadi it's about time to brush up balik kemahiran 3M kakak.  Biasalah, baru habis cuti sekolah and masa cuti hari tu, buku2 dia pun sama bercuti.  Agak payah lah gak nak start balik. 

Sessi mengasah skill dia bermula dari hari Sabtu, half a day and then rewarded her dgn keluar dinner.  Pagi2 Ahad dah umpan dia pergi breakfast kat luar, then bila balik rumah, terus drill Kakak untuk start menulis semula.
The manuals used.

Close up.


Nota kaki:  hopefully, the day will come when you are able to read and understand my posting. And you will be able to look back and remember how you started your first step.

Wednesday, January 4, 2012

Cerita Kakak

Kakak will be starting her school tomorrow.  So, hari nie gigih ler dia mencari beg sekolah, alat tulis, kasut etc.  And Kakak has been bugging me ever since last Sunday, complaining that her hair is long and unmanageable...(diva ko nokss, baru nak masuk 6 thn, dah tau pasal manageable/unmanageable).

Balik aje keje hari nie, lepas maghrib, maka bermula lah sessi menggunting rambut Kakak.  Pada mata aku lah kan, she has soooo much faith in me and believe that I could do miracle...yelah, nak barbie doll cake for birthday, muka nie gak lar yg terkial2 main icing utk cake tu, nak choc chip cookies, muka nie gak lar yg bake the cookies, nak cantik pun, muka nie gak lar yg gigih buatkan utk dia......

Quite glad dgn outcome tadi, nampak kemas dan sweet for her.

Quick Fix Meal

Bila balik dari keje, selalu rasa capek bangat.  Dan food will normally be the last thing I could think of.  Tapi bila mengenangkan the possibility of terjaga kul 2, 3 pagi dgn pewut berdangdut minta diisi, terpaksa gak gagahkan diri prepare anything that is quick, tasty and mengenyangkan.

Yesterday's dinner:  maggie perisa ayam dgn telur dan cili padi.

Tonite's dinner:  Nasi goreng sambal belacan

Tuesday, January 3, 2012

Take 5


Salah satu lagu peberet masa sessi vocal testing.....Tiba2 teringat sorang member pernah sound kata "nampak brutal tapi minat lagu jiwang". And is it true, member yg sama jugak pernah kata jgn suka nyanyi lagu sedey2 coz ia seolah2 doa yg kita minta??

Monday, January 2, 2012

Ceritera Tahun Baru

First posting for year 2012.  Since today is a public holiday, kebuntuan gak memikirkan apa nak buat.  So, decided to have bbq malam nanti.  So, bergegas beli barangan and preparation pun bermula.

Lepas solat maghrib, maka bermula lah sessi bakar membakar....since hari nie semua ada kat rumah, berbaloi ler buat bbq.

Maka api pun mula marak....

Proses pembakaran sedang berlaku

1st dinner for 2012....what a way to start a new year..