Saturday, January 28, 2012

Siapa Aku (1)

Bingkisan surat yang diterima pagi nie seolah2 satu storyline drama.  Ia menyorot dan mengimbau kembali kepada zaman dahulu, I mean zaman nenek moyang aku.  Ia menceritakan susur galur keturunan sebelah mak aku, and dapat dikesan hingga ke peringkat moyang mak aku.

Ternyata benar cerita mak aku bahawa arwah nenek aku adalah generasi ke 2 warga mandailing yang mencari tapak di kawasan Kajang.  Keturunan arwah nenek aku adalah dari marga Nasution.  Dari surat itu juga baru aku tau yang datuk kepada mak aku ada mempunyai 2 saudara kandung lain yang mana aku tak pernah tahu selama ini.

Tujuan utama surat dua muka surat nie ditulis adalah kerana si penulis (saudara pangkat 2 pupu mak aku) ingin mengembalikan hak waris2 lama.  Begitu panjang lebar ditulis salasilah keluarga agar kami faham kedudukan sebenar.  Aku tau mak aku agak terkilan kerana hak keluarga dikembalikan semula selepas arwah nenek aku tiada. It's better late than never, and I did tell my mom to get it done as this matter has been pending for so long, 3 generations have gone and takkan nak tunggu sampai generasi aku untuk menyelesaikannya.  Aku cuba juga memujuk mak aku supaya call and berkunjung ke rumah si penulis surat ini....bukan pasal harta pusaka, tetapi aku lebih berminat nak tau dengan lebih mendalam lagi sejarah keluarga.

Sungguh teruja nak tahu cerita sebenar.  Surat ini juga telah membuat aku mula menyelidik dan mengkaji sejarah keturunan mandailing.  Ada a few names mak aku sebut tadik yang ada tali persaudaraan dgn kami. 

Moga diberikan kesempatan dan peluang utk kami lebih mengenali susur galur keluarga ini. 


Nota kaki:  kind of cute bila pembuka kata surat nie, si penulis menggunakan perkataan "Horas"!!

No comments:

Post a Comment