Monday, January 23, 2012

Jalan2 Cari Sungai: Sungai Bill, Tanjung Malim, Perak

Masih lagi public holiday, perancangan untuk mencari sungai telah dirancang seawal malam kelmarin.  Pagi nie, dlm jam 10 pagi, kami pun bertolak ke destinasi yang dituju.  Mengikut peta yang tersedia di tangan, lokasi tempat tujuan kami terletak bersempadan dengan Behrang dan Tanjung Malim.  Serasa jauh sungguh perjalanan kali ini, yelah, seperti rusa masuk kampung.

Setiba di pintu gerbang kawasan perkelahan tersebut, entrance fee sebanyak RM1.50 dikenakan.  Wah, dah banyak kereta kat situ dan tentunya dah ramai yang berkelah.  Setelah meninjau2 kawasan tersebut, kami pun jumpa lah port yang paling sesuai utk berlabuh.

Terasa tenang mendengar bunyi air sungai




Self posing coz mambang2 air tengah leka mengira buih air sungai..

I tell you, the moment jejakkan kaki dalam sungai, dingin airnya serasa hingga ke tulang hitam.  But at the same time, ada that refreshing feeling yang terasa sehingga sampai di rumah.  Air tak ada klorin kan, serasa sesuai dan sedap aje kat kulit.

Mambang2 air yang lain macam itik jumpa air, berendam aje.  Aku setakat main2 air sungai coz tempat nak tukar baju tak ada. 

Sesudah berendam, kami decided to balik coz langit dah makin gelap.  Singgah sebentar di pekan Tanjung Malim utk refill petrol and makan late lunch.  Nama gerai yang kami singgah ialah Gerai Kak Yang, tak jauh dari UPSI.  Hidangan nya memenuhi selera kami dan harganya amat berpatutan.  Sekiranya anda berada di pekan Tanjung Malim, silalah try menjamu selera di sini.

No comments:

Post a Comment