Tuesday, September 18, 2012

Selepas 2 Dekad

Finally, after 2 dekad terpisah, semalam merupakan hari yang amat mengharukan kami semua.  Bermula di Facebook, dapat connect sorang, terus macam tali, berderet2 dapat kitaorang trace....and it did bring back all the yesteryears memories of being a teenager, trying to survive in the hostel world.

Maka plan dirancang, satu reunion bakal diadakan.  Cari geng2 se"dorm" yang sama2 mengharungi susah dan senang....dijangkakan 10 orang akan hadir, towards the last minute cuma 7 yang managed to get through.....tapi still, we did enjoy ourselves....mengimbas kembali nostalgia hidup sebagai penghuni asrama puteri.....the ups and downs...walaupun cuma 2 tahun bagi aku mengenali mereka, tetapi keakraban masih terasa....

Bila sorang2 muncul, apa lagi, terasa terharu dan tak disangka2, airmata pun mengalir...I feel like I'm back to the age of 13 and 14......especially dengan kehadiran member2 nie, tak terasa masa begitu cepat berlalu.  Riuh rendah ler kat Secret Recipe tu dgn hilai tawa kitaorg.  Most of them dah jadik mak2 org, yg plg hebat si Lela a.k.a. Kamben, dia aje anak dah 5.....very hyper productive gittew.....yang single mingle cuma aku dan Juita.  Mak2 org tu dok brainwash kami berdua nie, jgn terfikir nak settle down semata2 kerana pressure dari masyarakat, fikir betul2, jgn main tangkap muat aje nak sambar sesiapa yg berminat just because age is catching up.  Yes, we do know that and thanks for the reminder.  For us, jodoh tak sampai lagi dan belum masanya Tuhan mempertemukan jodoh kitaorg berdua.....kami pasrah (cewah, bahasa baku tu) dgn segala ketentuan Nya.

Lepas majoriti dah balik, aku dok sambung sembang dgn Lela dan Juita....and Salwa pun muncul.....lagi ler sambung sembang.  Then Salwa call one of our friends, Zul to join.  Apa lagi, havoc lar suasana....kutuk mengutuk amalan biasa dari zaman sekolah hinggalah dah bergelar mak/bapak orang nie......heheheh

In short, it was a sweet and meaningful reunion.  What I could conclude is that the bond that we had during our teenage years are still there......it's fun to see those yang dulu macam ugly duckling has transformed into a beautiful swan.  Bila bersembang dengan yang kaki bisnes nie, buat aku teruja nak start my own bisnes.......insya allah, we will start at small scale first....first potential customer dah tanya tadik pasal produk, hopefully would be able to conclude the sale soonest possible......


Among the food that we had

Khusyuk si Yanti makan, tapi at the same time, telinga tu dok dengar aje gossip kitaorg

Si Lela nie pun sempat bergosip sambil makan


Our group photo....Geng-STAR yg sama dorm dulu2....

No comments:

Post a Comment