Maka berlangsunglah sessi Open House utk division kitaorg ini hari. Banyak betul halangan dan rintangan yang terpaksa kami lalui semata2 nak menjayakan aktiviti tahunan ini...mulanya plan nak buat last week tapi ramai yg tak de, pengakhirannya, hari nie ler kami sebulat suara fikirkan adalah hari yang paling sesuai...itu pun ada yang bercuti...
Ribuan terima kasih diucapkan kepada organiser event kali ini, cik magistret Aishah, she made it happened...kalo ikutkan aku, memang ler ini tahun tak ada mood nak buat benda2 nie because of one incident sebelum raya hari tu yang menyebabkan kami semua (under the same unit) rasa really demotivated and fed up.
Terima kasih kepada yang bersusah payah mengorder dan masak juadah hari nie...ada nasik lemak dan sambal kerang, mee goreng, cocktail, fruits, cakes, fried chicken and nuggets, nasi impit beserta kuah kacang dan macam2 lagi. This time round, aku masak pulut kuning dan kari ayam.
Seawal 11 pagi jiran2 sebelah division dah mula datang memenuhi division kitaorg. Kalih2, by 12:30, it was so packed with manusia yang datang utk menziarah dan makan2....mengikut pepatah kitaorg, "berlaga bontot". Bila aku nengok org yg terlalu ramai nie, terus ler aku entertain VVIP guests kat cubicle aku....lepak2, borak2 sambil makan.....best.
By 1:00 p.m. banyak juadah dah habis so we decided to top up dgn nasi goreng kampung dan telur mata. Itu pun masih ada tetamu yg datang sehingga jam 4 tadi....rezeki depa lar, makan2 sambil menapau.
No comments:
Post a Comment