Kadang kala, dalam kehidupan nie, tak selalunya mengikut perancangan kita. Sebagai contoh, mcm aku nie, for the past few months aku target nak mula tugasan baru bulan Oktober nie, tapi Allah lebih mengetahui....Perancangan ku tergendala sebentar sehingga ke hari ini. Mula2 tu tu, penasaran gak lar menunggu bila lar gamaknya segala proses2 yg sepatutnya dilakukan tu akan berakhir. Tetapi, baru aku perasan, ada hikmah disebalik penangguhan ini. Allah beri aku peluang untuk menilai semula perancangan aku yang ada melibatkan lain jiwa. Kejadian yang berlaku benar2 membuka mata dan minda aku akan siapa sebenarnya kawan dan lawan. Syukur alhamdulillah, kejadian berlaku sebelum semua documentations settled and finalised. No doubt ada lar gak berlaku kejadian2 lain sebelum nie tapi disebabkan atas dasar kawan sepejabat, aku tak berapa perihatin sangat. Paling kuat pun, aku meletup time tu aje then everything is back to normal. Tapi bila bukti dah ada depan mata and God knows I have done my part (though that's not my area and job fuction) tapi dipersalahkan jug akhirnya, memang ler aku tak leh terima. Tak pe lah, terima kasih teman kerana kau berjaya membuka mata aku mengenali siapa diri mu yang sebenar. Don't worry, aku dah maafkan engkau, terima kasih atas pengajaran yang diberikan.
Itu cerita aku. Now, I'm talking in general ye. Mungkin kita rasa perancangan kita tu adalah yang terbaik, tetapi percayalah, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Kikiskan rasa kecewa, sedih kerana the delay in achieving what we have planned for could be a good time to reflect and re-assess ourselves. Kesukaran dan dugaan yang kita lalui sekarang nie, insya allah, dapat menyenangkan kehidupan kita kelak. Kadang-kadang dugaan yang kita hadapi sekarang mungkin adalah kifarah atas kesilapan2 kita terdahulu, maka berlapang dada lah menempuhinya. Kita cuma manusia biasa, tak lepas dari salah dan silap. Bersangka baiklah dengan Allah, dan berdoalah agar kita diberikan kekuatan serta kesabaran untuk menempuhi semua dugaan Nya.
Jangan mudah putus asa sekiranya keadaan tak menyebelahi kita. Ianya bersifat sementara, dan percayalah pada qada dan qadar. Allah knows what's best for us. Mungkin bukan masa nie, tapi insya allah, di kemudian hari siapa tahu kan? Ianya seperti yang telah dijanjikan "setiap kesukaran pasti ada kesenangan". Allah sedang menyiapkan diri kita untuk menghadapi keadaan yang lebih baik di masa akan datang. Dia akan makbulkan apa juga yang terbaik buat kita, pada masa yang Dia tahu, kita sudah bersedia menghadapinya..
Nota kaki: Kalau bukan rezeki you tahun nie, insya allah, ada rezeki you di kemudian hari....Hanya Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita semua....Jangan bersedih dan kecewa, kita teruskan juga memantapkan dan memperbaiki diri.....