Friday, November 11, 2011

Jalan2 Cari Makan

Wah, posting on 11/11/11 tu....citer pasal makan.  Hebak kan??

Ok, pd tanggal 10/11/11, kami telah menemui satu tempat makan baru yg sedap dan pada harga berpatutan.  Tempat ini terletak di Bandar Baru Salak Tinggi, Medan Selera Bandar Baru Salak Tinggi to be more precise.

Nama gerai tersebut ialah Gerai Cendol dan Rojak Pak Radzi.  Dikhabarkan bahawa pakcik nie dulu meniaga di bus stop terletak tidak jauh dari bank2 di Salak Tinggi.  Kiranya dia dah lama bertapak di situ seblm memindahkan operasi perniagaannya di Medan Selera.

Terdapat beraneka juadah disediakan di gerai ini.  Antaranya yang menjadi "hit" among his regular customers ialah rojak, rojak ayam, laksa dan beraneka jenis cendol.  Masa kitaorg sampai tadik, tiba2 lak ada stok durian, jadinya aku pn mengorder cendol durian bersama mee goreng manakala 2 ahli rombongan yg lain mengorder rojak, rojak ayam dan cendol biasa.

Rasa cendolnya amatlah sedap, coz dia menggunakan gula melaka instead of the usual gula merah.  Durian dlm cendol tu pun terasa fresh dan manis. Worthwhile for a second visit soon.
Cendol durian yg superb.

Rojak dengan Ayam Goreng.  Sedap gak nie.

Mee Goreng.

No comments:

Post a Comment