Bangun pagi nie, tiba2 aku teringin nak breakfast nasi lemak. Terus aku suruh semua yg nak mengikut bersiap untuk join aku. Destinasi kali nie, USJ9, Subang. Mengikut perancangan aku, nak pergi satu restoran nie yang terkenal dgn nasi lemaknya. Tetapi restoran tu tutup lah pulok, rupa2nya dia beroperasi dari petang hingga lewat malam.
Bak kata pepatah, tak ada rotan, akar pun berguna juga....so, we went to another restaurant nearby. Nama restoran ini ialah Ubi Kayu. Nope, aku bukan ownernye walaupun nickname/petname aku adalah Ubi Kayu....
Restoran nie terletak tidak jauh (ala, kalau jalan kaki dari Masjid Al-Falah, USJ 9, cuma dlm 5 minit aje) dari Masjid Al-Falah, USJ9. Nasib baik dapat parking eloookkk punya, sebab kalau nak cari parking kat area depan restoran nie, memang agak payah ler....
Restoran ini menyajikan banyaaaakkkkk hidangan untuk breakfast, antaranya pulut kuning dgn rendang ayam, roti jala, lempeng pisang (freshly made on the spot), soto, lontong, nasi lemak, berbagai jenis kuih tradisional (sedapssss tau) dan macam2 lagi. Pendek kata, rambang mata memilih apa yang nak dimakan.
Restoran ini menyajikan banyaaaakkkkk hidangan untuk breakfast, antaranya pulut kuning dgn rendang ayam, roti jala, lempeng pisang (freshly made on the spot), soto, lontong, nasi lemak, berbagai jenis kuih tradisional (sedapssss tau) dan macam2 lagi. Pendek kata, rambang mata memilih apa yang nak dimakan.
Masa kami tiba, semua meja penuh, ramainya pengunjung yang sedang menjamu selera. Selepas menunggu dalam 5 minit, dapat lah gak meja dan lepas tu, kitaorg berpindah ke meja yang lebih selesa.
Maka, sila lah menjamu selera mata anda dgn hidangan yg kami nikmati pada pagi ini.
Restoran Ubi Kayu, USJ9, Subang Jaya
My brunch today: Nasi Dagang dgn Gulai Ikan Aye.....sedapsss, second best selepas nasi dagang mabeles di Kota Warisan, Sepang.
Nasi lemak with sambal udang dan ayam goreng, ini ahli rombongan yg punya. Kelihatan juga mee hoon goreng putih....sedaps gak.
Kuih muih yang dinikmati bersama...rambang mata kooo mariaa, byk variety dan sedapss2 belaka. Maafin ahli rombongan yg sedang makan tu.
Yang tak ada dalam gambo: bubur lambuk yang dinikmati oleh Mak aku.
Di sini juga ada disediakan roti jala (juga dibuat on the spot) dan ubi kayu rebus.....Hmm....harusss repeat visit kat kedai nie, nak try ubi kayu rebus lak. In terms of pricing, very reasonable. Sangat2 terkejut bila bill sampai, lebih kurang sama harga dgn makan kat warung di Puchong Utama.
No comments:
Post a Comment