Saturday, October 25, 2014

Buli

First of all, citer kali nie bukan pasal keje hokeh....Azim, plse take note....

Buli...tell me lar, siapa yg tak pernah kena buli?  Perkataan ni memang satu perkataan yg popular sekarang, gara2 kes budak MRSM mana tah yg kena pukul dengan senior.  Dah jadi macam satu tradisi, senior buli junior.  Kalau tak buli tu, gamaknya mereka tak hidup senang kot.

Kalo kat tempat keje lak....spesis macam ni sentiasa ada.  Pantang nampak ada org baru, mula lah nak suruh2 org baru buat keje2 dia......Dia as senior staff, buat derk and MIA. Sampai ler satu tahap bila org baru nie tak tahan, ada ler yg bakal kena jerkah.

Aku nie walaupun brutal, tapi penah gak kena buli.  It was years ago.....time duduk hostel.  As junior, mana ler kitaorg tau apa tu senior, ragging, buli bagai.  So, mana2 junior yg depa nampak outstanding and berani sikit, hmmm.....mmg jadi bahan ler.  Dlm ramai2 senior kat hostel tu, kitaorg dah sampai tahap BENCI dan MELUAT dgn sorang senior nie.  Kitaorg panggil dia bonzer walaupun nama dia cantik manis je.  Akak senior ni memang budget macam bagus....hampir semua junior dibulinya, termasuklah aku.  Cuma sorang junior je yang dia tak leh makan, budak jawa meru sorang nie.  Bonzer ni hobi dia terpekik kat hostel....sesiapa lalu depan dorm dia kena melangkah perlahan2....tak boleh berbunyi selipar langsung.  Sawan kan bonzer nie??

Kalau kitaorang bergumbira kat dorm, berlari2an, mesti dia bertempik.....kuat lak tu suara dia.....dengar je suara dia, semua menikus.  Pernah sekali tu dia suh orang pergi cari aku.....bila mengadap bonzer nie, dia siap tanya aku, berapa tinggi dan berat aku....sebab ramai kata rupa dia tak jauh beza dari aku.  

Tapi bila kitaorang naik form 2, berjaya gak kitaorg kenakan dia.  Kitaorg balik lambat dari kelas tambahan, dalam pukul 10:30 malam.  Yg lelain semua dah masuk dorm...kitaorg berlima memang hero....baru terhegeh2 berjalan dari kawasan sekolah nak masuk ke asrama.  Ditakdirkan pagar asrama dah kena kunci dan solex, kitaorg berbaju kurung, camner nak panjat pagar.  So, we decided to bukak engsel pagar tu dan angkat pagar tu ke tepi.  Kepala idea bernas nie siapa lagi kalau bukan aku....hehehe.  So, pagar tu dah ternganga besar hasil kerja keras kitaorg.  Lalu kat surau, kitaorg dengar suara bonzer dan geng2 dia tengah study....perlahan2 kitaorg jalan dan naik ke bilik.

Tak lama lepas tu, warden buat rounding.  Apa lagi, warden pun bertempik lah tengok pagar yang dah ternganga luas tu.  Prime suspek warden adalah bonzer dan geng2 dia. And dikuatkan lagi dengan hujah yg bonzer and geng study kat surau....So, memang ler depa jadi OKT peberet warden.  Kitaorg pun buat2 bodoh lah turun dan tengok apa yang terjadi.  Mengamuk giler si bonzer, dah lah kena tuduh, kena marah depan junior and the best part, warden paksa depa pasang balik gate tu....wkakakakakkakakak.  Kitaorg yg menengok ni punya lar tahan ketawa.  Terpaksa buat muka terkulat2 macam baru bangun tido.

Well, cuma 2 tahun je aku merasa semua tu.  Masuk form 3, mak pak aku pindahkan aku ke sekolah dekat dengan rumah.  Ini semua disebabkan aku giler main hoki and fail mid year exam.  Depa takut aku fail SRP lak.

Fast forward, Bonzer ni kitaorg jumpa semula dalam facebook.  Bila tengok je nama dia, it rings back the bell apa yg terjadi berpuluh tahun sebelum ni.  Kitaorg sampai jadi paranoid tengok nama dia.  Memang ler kitaorg tak add dia as friend....which she now knows that apa yang dia buat dulu, sampai ke mati semua junior akan ingat.  Yang jadi lawak, tau lak dia takut anak dia kena buli bila masuk asrama.  Mana semangat taiko dia sebelum nie, takkan kecut kot anak kena buli?

So, conclusionnya, buat baik berpada2, buat jahat jangan sekali coz orang akan ingat sampai mati.....

Tuesday, October 21, 2014

#beta is better

Hellloooooooo

Lamanyaaaa tak update.  Ini pun lepas kena sound dgn staff aku, Azim..."wei, dah lama ko tak update blog".....well, finally dia jumpa belog aku nie....so, no more citer2 jiwang, sakit hati, luahan perasaan bagai.....bahaya wei....kang aku kena "bahan" kaw2 kat opis......muahahahahha

Ye, if possible, I have to avoid writing about my work, office etc.  Bila ada masa, I'll share whatever that I think non offensive, not too confidential here.

So, just stay tune......insya allah akan ada update2 lain soon.....

Azim, remember this:

#ingat beta, ingat kejayaan
#beta is better......


Saturday, June 14, 2014

Diam ubi berisi......

To be honest, aku teringin sgt nk update belog ni tapi disebabkan kerja yang banyak, ditambah pula dgn jadual utk bukak kedai yg padat, semuanya aku tolak ke tepi dulu.

Aku terlibat secara langsung dgn pembukaan 10 buah outlet kat klia2. Although kedai dibuka secara berperingkat, tetapi gap pembukaan antara satu kedai dgn kedai yg lain cuma beberapa hari sahaja. It was really new experience for me. Sehingga boleh dikatakan pada waktu kritikal tu, aku berumahtangga kt site. Dari jam 8 lebih pagi hingga 9 malam, everyday without fail. Terlalu asyik berkerja hinggakan aku jatuh sakit dan hilang suara......serious tau..

Now that the dust almost settle down, tinggal satu je lg outlet yg akan dibuka bulan ni. After that, monitor their performance. Not for long though suasana aman ni coz by lepas raya, mengikut perancangan, kitaorg nk kena bukak satu lg outlet in labuan.  I might be sent there for 2 weeks for the preparation of outlet opening.....

Well, i love and enjoy what my doing now.....terasa lega dan seronok tgk outlet dh berjaya dibuka...

So, kalau uolss ke klia2, sudi-sudilah singgah di Gloria Jean's Coffees, Pastamania, Marrybrown, Lindt chocolate boutique dan Bar Metropole klia2.  Those are my babies and the final one will be opened soon.....so, stay tuned.


Gambo2 nanti aku try upload later yek....

Wednesday, May 28, 2014

A year short of being in the 4 series

Well....today is the day.....I'm blessed coz being surrounded by the people that care about me, i.e. Godfather, Mamasan, Pinkies, housemates and fellow colleagues....though someone already agreed a month ago to spend the day with me...then....tup2, anta wa msg kul 8 pagi and telling me all the stories....To whom it may concern, thanks a lot for making plans and not being able to keep to your promise!! Thanks for your attempt to spoil my day....you know what, my life doesnt not lingers around you.....as I told you before, ada yg mcm tak de, tak de yg mmg mcm tak de....so.....kapish!!!  

As for the rest.....thanks for your wishes......and being around me on my day.....sayang korang semua saploh menet......muahhhhsss!!

Thursday, March 6, 2014

to be or not to be...

Dah malas nak tanya....dah malas nak berharap apa-apa lagi...semua orang pun busy...terutama aku...having 10+3 outlets that are scheduled for opening this May adalah one hell of a task and responsibility....

so for now...I'll devote my time and attention to my work. Malas dah nak pikir pasal hal personal or hubungan sesama manusia....macam kita aje yang terhegeh2 nak spend time....walhal di other party???

Or may be i should give chance for other people to get to know me better......bukan tak ada orang.....cuma selama ni aku yg buta hati tak beri peluang...

now is the time.....ganbatte linda!!

Monday, March 3, 2014

bicara hati

Some times, walaupun sekuat mana pun kita berusaha....tetapi kalau ianya bukan rezeki dan jodoh kita....ianya tak akan berlaku....

Sebagai manusia, kita kena redha dgn segala ketentuan Yang Maha Esa..bukan rezeki kita...maka terima dengan lapang dada, hati terbuka dan sentiasa bersangka baik pada Sang Pencipta...

Maka......tabah dan bersabarlah wahai hati....apa pun yang terjadi adalah ketentuan Nya..... mulakan langkah baru, jangan terus tenggelam dgn kesedihan....beri peluang dan ruang kepada diri untuk bangkit semula......


Notakaki:  time to turnover a new leaf.....let bygone be bygone.....anggapkan segala yang berlaku selama ini satu pengajaran yang mendewasakan.........

Friday, February 14, 2014

Forgive but never forget

Terasa berat hati nak berkongsi cerita.....Kalau boleh, aku hanya mahu pendamkan perkara ni kerana tiada gunanya nak panjangkan lagi cerita.....Tetapi sekiranya aku pendam sahaja, aku mungkin akan merosakkan minda ku sendiri...

Maka benar lah kata pujangga, di kala kita senang, maka ramailah yg menghampiri dan mengaku saudara.......Tetapi pabila kita susah, mereka ini akan bertempiaran lari, hingga tak nampak bayang.

Well, let's put it this way.....I've faced the same situation last weekend.  Selama ini tak pernah sekali pun bertanya khabar...secara tiba2 pada hari Ahad, mula meminta2....sungguh terkejut aku kerana selama nie, nak pandang muka aku pun mereka itu tak mau....tetapi why, when it comes to billing issue, you can talk to me like nothing happened?  Have you forgotten what you said about me on 26 December 2013??

No, aku tak berdendam......aku akui yang aku amat2 berjauh dan kecil hati dengan semua yang berlaku for the past 2 months....Terbukti yang selama ini aku sahaja yg beria2 fikir everything is long forgotten and all are well forgiven....ternyata aku salah.... Kesalahan lalu masih diungkit sehingga ke hari ini.....Sikap prejudis masih berterusan till today sehingga menimbulkan rasa kekesalan dengan apa yg berlaku.  Tidakkah mereka percaya pada qada' dan qadar?  But then again, who am I (in their eyes) to preach about religion coz I've sinned a lot.

Makanya, aku terpaksa bertegas dalam hal ini......Whatever that might be said/done now or in the future does not have any impact on me.....coz I've been deeply hurt before.  Mengapa perlu meminta bantuan dari orang yg hina seperti aku?  Tidakkah mereka merasa janggal, setelah sepuas hati menghina, sekarang mahu meminta bantuan?  Try to put yourself in my shoes, would you help someone who have insulted and hurt you so much?

Aku cuma insan biasa, masih punya hati dan perasaan....dan juga kelemahan.  Maka atas nama kelemahan ini, aku tidak bisa tunduk kepada kemahuan mereka sekarang.  Biarlah aku dengan kehidupan ku...aku akan cuba tidak menyusahkan mereka lagi dan aku juga berharap, mereka tidak menyusahkan aku dengan kehidupan mereka...Baru fair and square......

Tuesday, February 4, 2014

Jangan tertipu yek.....

I feel so honoured coz ramai di kalangan teman se office, ex-office and teman serumah yang die2 idup semula pun tak percaya bila aku kata yg aku bakal berusia 4 series next year.  Mereka ingat aku kelentong mereka idup2 coz pada pandangan mata diaorg, aku berusia sekitar lingkungan 32-34 tahun.

Teman serumah lagi best, mati2 dia kata aku nie menipu dia pasal umor....coz dia tetap nk kata aku dlm umor 32-34 tahun...

My reaction:  firstly syukur alhamdulilllah......ramai yg tak tau umur aku.  Secondly, do I look that young sampaikan org lain beranggapan begitu??

For me, tak ada rahsia, petua, pembedahan kosmetik, teknik fotografi bagai.  Just be true to yourself, selalu senyum, go with the flow, jangan terlalu memikirkan masalah yg kita hadapi, hati kena bersih dan ikhlas atas apa juga yg kita ada/terima, berpikiran positif dan jangan berdendam.  

Sejujurnya, aku sentiasa ingat yg aku nie berusia 28 tahun.....maybe because of my attitude yg happy go lucky.....without realising usia semakin meningkat dari tahun ke tahun.....Pasal tu ler ada masanya I tend to terlupa yang kudrat tidak lah sekuat zaman 20-an....I need longer time to pulihkan semula tenaga yg berkurangan...

In short, you are what you think....and of course, you are what you eat.  Stay positive, smile always and enjoy life to the fullest.....

Saturday, January 25, 2014

Me, myself and I

He turned up at my workstation untuk kesekian kalinya semalam. Berciter pasal segala hal kerja. Then dia bertanya soalan yg agak personal...dia bertanya since aku berpindah ke Sepang, siapa yg look after my parents...Aku ni kan lurus bendul, so terus aje aku bgtau hal yg sebenar....at times i blame myself for being so blind and direct....dia cuba mengorek lg cerita but then aku cuma senyum bebyk saje...his face was so puzzled when i refused to share my stories anymore....

The biggest joke was when he asked my housemate's contact no. In case he cant get me on the phone....aku kata ok aje. Bila berciter dgn my twinnie, terus twinnie aku cakap yg itu semua tricks version lama.....senang utk dia find out pasal aku dr housemate aku...lar, ke situ pulak dah......

He tried to rationalise why my colleagues yg pg outstation kali ni instead of me....as for me, he doesnt owe me any explanation as he is the one in power to make decision...

In short, hari2 yg ku lalui sekarang semakin berbunga2....waduh, adakah mandrem dia telah meninggalkan kesan kpd ku?? I dont want to fall into this   kind of situation again...can someone plse help me??


Sunday, January 19, 2014

Still water runs deep

Where do i begin? How can I make you understand what I'm going through at the moment? Ceritanya panjang and plse try to understand, if i were to summarize, you might not be able to comprehend and understand why it happened. 

Situasi sekarang ibarat menarik rambut dlm tepung. Rambut tak putus and tepung tak selerak. Do you think it is easy for me to face it bila I have to deal with this person on daily basis? Saya cuma manusia biasa, punya banyak kelemahan. Kalau dah hampir setiap hari berdepan dgn situasi sebegini, saya khuatir keadaan akan menjadi lebih parah. Deep down in my heart, saya tak mahu perkara ini berpanjangan.  Telah saya tolak dgn baik hints2 dan bunga2 kata yg diucapkan. Saya ingat dia faham tetapi keadaan sebaliknya berlaku. He cant take rejection and ignorance from me.

I dont like the petanda that I've been getting of late. Sudah 2 kali saya dapat petanda dari mimpi dan ianya membuatkan saya tak selesa. Ditambah pula dgn kejadian nama saya diseru sewaktu dlm toilet, ianya semua inter related dan berpunca dari org yg sama. In short, tak dpt cara kasar, cuba pula secara halus. Yg menanggung segala ini, saya. Merana dan menderita saya seorang dan tiada sesiapa yg tahu. I want all this to stop! No point of forcing me to accept anybody.

Sekarang dia cuba hendak "membeli" jiwa saya dengan kemewahan. Setakat ni, alhamdulillah saya tak kelabu mata dengan kemewahan yg ditaburkan.

Apalah yg ada pd saya...saya cuma insan biasa, punya hati dan perasaan. Saya sudah berhijab, perkataan seksi sudah lama saya padamkan dari kotak ingatan. Berilah saya peluang untuk menjalani kehidupan ini dgn penuh ketenangan. We keep it as professional as we could be. Kita berlainan agama dan bangsa....let's just lead our separate lives.


Nota kaki: I could still remember clearly the scary dream last nite and when he said "I could never forget you". Semua ini hanya akan berakhir apabila saya punyai seseorang yg bergelar suami...plse, help me before it's too late.

Monday, January 13, 2014

Lara Hati




Yes, today is the day….I have to take drastic action in order to ensure things don’t get so heated up.  It really breaks my heart when I told my dad this morning…..the look in his eyes.  I hope he understands and accepts my decision.

Pergi bukan untuk selamanya.  Berundur bukan bererti mengalah.  Pergi membawa hati yang retak seribu.  I know I will survive no matter tercampak ke bumi mana pun, insya allah.  Sesungguhnya Allah menguji hamba Nya dengan ujian yang mampu dihadapi oleh hambaNya.

Moga semua mendapat iktibar dari segala apa yang berlaku kerana aku percaya, ada hikmah disebalik semua ini, hanya Dia yang Maha Mengetahui sesuatu segalanya….

Nota kaki:  Thanks sayang for the undying support and encouragement.  Do you know that I almost cried after receiving your message yesterday?  I’m so touched…..

Saturday, January 11, 2014

First trial

First posting menggunakan my samsung s4 zoom.  Quite difficult gak but for sure will get used to it.

Dah masuk sepuluh hari di tahun baru and keadaan masih kelam kabut.  Kerja semakin bertambah tapi tak per ler...kan kita dibayar utk tenaga dan kepakaran kita.         This week mmg break record coz i managed to draft a board paper dlm jangkamasa sejam....tak ada amendment, cuma big boss suh insert satu komen.  Im proud of my achievement......alhdulillah.....

On a different note, i could sense yg "orang itu" cuba mencuri perhatian aku.....ada aje tugasan yg diberikan yg melibatkan dia.....the way he look straight into my eyes, seolah2 mencari suatu jawapan..... aku cuba menghindar getting too close and personal....selalunya aku akan balas balik pandangan dia dgn cara pandangan yg penuh blur.....no feelings.....I could see that dia happy selama 8 jam tapi bila nk berpisah, wajahnya kembali suram.....

Yes, I know i should not encourage this thing further....im trying my best to avoid getting involved and entangled dlm citer nie....


Notakaki:  dh 24 jam baru aku perasan maksud dia bila dia kata boring nk pg wedding invitation mlm ni sorang2....and my blurry response yesterday was, "u can call si X to join u lar coz he also got invited". Patut pun mula berubah bila aku ckp mcm tu. Coz he looked straight at me masa dia bercakap....apakah maksud mu ittew..

Wednesday, January 8, 2014

Hikmah

Ada hikmah rupanya yang terselindung disebalik dugaan yg aku hadapi....Pengajaran yg paling berguna ialah now I know perangai sebenar mereka yg selama nie pandai sungguh mereka selindungkan.....Alhamdulillah, semua ini berlaku sekarang and not later.....Secara tak langsung, mereka telah membuang "topeng" yg selama nie mereka dok pakai.....berpura2 baik walhal.......Tak pe lah, itu cara mereka....tapi kerana satu peristiwa yg berlaku, people know the actual truth.......Baru tersedar dari lamunan panjang ke dua org tua aku......Ini ler rupa sebenar mereka........

Secondly, now only I realise that I do have friends that I can rely on during my trying times.....I am so touched and terharu siotttt........sedih tau bila tiba2 kengkawan yg tak disangka2 dtg membantu di kala ramai yg memulaukan korang.....To my friends, you know who you are......saya sungguh2 berterima kasih dan terhutang budi terhadap anda semua.

Thirdly, sokongan moral dan semangat yang tak berbelah bagi dari My Sayang.....It was so tensed to a point whereby I didnt see any solution to the problem.....He soothed me with his encouragement.....never to give up and just "let it be"......I am so glad I have you around in my difficult time, sayang........

Terima kasih Allah atas dugaan dan ujian kali ini.....sesungguhnya aku bersyukur dan redha diuji sedemikian rupa kerana segala yang terselindung akhirnya dah terbongkar.....yg berpura2 menjadi nyata.....

Syukur Ya Allah.......Alhamdulillah......

Sunday, January 5, 2014

Something to ponder

Alhamdulillah.....tq Allah for everything that you have given me.....Aku terima dgn penuh redha segala ujian dan dugaan yg aku hadapi lately.....Dgn segala ujian dan dugaan yg Kau datangkan kepada ku, now I really could see the true colours......

Alhamdulillah.....it's better now than later.......

Moga aku tidak menjadi seperti mereka di masa hadapan......Moga ini menjadi pengajaran yang berguna pada ku di kemudian hari kelak.  Ingat, hidup ini ibarat roda, tak selama nya kita berada di atas....there will come a time kita akan berada di bawah juga.....Moga mereka akan rasai apa yg aku telah rasai.....and hopefully, they will reflect whatever that they had done before.....


Nota kaki:  It's not too late for me to change the beneficiary for my EPF and also insurance policy.....

Saturday, January 4, 2014

First for the new year

Dah 4 hari di tahun baru.  Cepat yek masa berlalu....kang pejam celik, pejam celik dah sampai bulan february.
 
Tahun baru means umur bertambah....but somehow, aku selalu cam terlupa berapa umur aku sebenarnye.....aku dok hengat aku masih berusia 28 tahun......maybe because aku berjiwa muda kot...and geng2 kat opis lak ramai yg sebaya tapi perangai mcm zaman remaja, tu yg selalu terlupa umur.....heheheh.
 
What did I do on new year's eve?  Aku bergelut atas katil....layan internet.  Memang seblm2 nie pn tak pernah sambut new year.....malas nak bersesak2 di tgh lautan manusia.. and ditambah pulak dgn perhimpunan TURUN kat KL, gerenti polis buat road block and menyebabkan traffic jam merata alam.  Jadi, ada baiknye aku lepak kat rumah sahaja.
 
Aku sebenarnye tgh survey lagi ke mana aku nak pergi tahun nie....baki cuti tahun lepas 9 hari, tambah lak dgn entitlement thn nie, jadinye 29 hari.....(itu tak termasuk MC, cuti kahwen bagai...hehehe).  I just wanna go somewhere, not far....most probably local coz at least time zone still the same kan....
 
Ni pun dah dgr ura2 boss nk hantar aku outstation sekali lagi, dlm hujung bulan nie or early next month.....nampak gaya nye setiap dua bulan, aku outstation ler..... Kalo ikutkan hati, aku nak ke Labuan lagi sekali......bessstttt kat sana.....duty free island tu.....chocolate still murah compared to downtown......
 
As at now, tekak terasa perit dah....rasa2 gejala flu or sore throat bakal menyerang nie.  In the meantime, I need to ensure that I get enough rest.....Kesihatan perlu dijaga juga, sebab aku kalo kena flu, selalunye seminggu baru betul2 ok....itu kalo flu aje, kalo flu + cough....mmg 2-3 minggu ler.......
 
 
Nota kaki:  That's so sweet of u to send right up to my car last nite....sanggup tunggu aku start kereta dan drive off.....I'm so touched by your gesture.......