Imagine this, you are having a good time with your friends, doing your most favourite activity when all of sudden, you started to feel wobbly, the ground is moving, furnitures are shaking etc? How would you feel and how would you react, knowing that something is really not right?
Itulah yang aku rasa hari nie. Sedang aku bersenang lenang, relaks2, melalak kat karaoke dengan Neena dan anak2 dia, tiba2 serasa bumi ini bergegar, everything in the room is shaking and it lasted for at least few minutes. Mula2 anak2 si Neena yang perasan sofa bergegar and thinking that it could be caused by the sound system. At the same time, aku pun keluar dari bilik kerana nak ke toilet. Tak berapa tapak aku berjalan, suddenly this one kind of feeling meresap dari kaki ku, dan terus ke kepala.....aku terpikir masa tu, maybe it was due to the fact that semalam aku makan sate kamben dan BP aku naik....balik dari toilet, aku masuk bilik and that's when baru betul2 terasa terhuyung hayang. Segera aku keluar ke kaunter and nak tanya kat kaunter whether do they feel anything? Pada masa yang sama, aku lihat ramai pengunjung lain pun bergegas keluar bilik....That's when I know that it is not my imagination, yes, there's tremor.
Segera masuk ke bilik semula, kitaorg mcm panik hingga tak mampu berbuat apa2 selain dari duduk dan merasai gegaran tersebut. Aku lantas call mak aku and asked whether there's anything in the news and told her what's happening. Mak aku dah mula panik dan mahu aku segera tinggalkan bangunan tersebut. Semasa bercakap dgn mak aku, mata ku tak putus2 memandang ke arah ceiling, whether there's any sign of batu pecah2, retak etc.
Selepas bercakap, aku terduduk semula.....serasa seperti ajal sudah datang menjemputku dan aku tak bersedia. Aku sempat lagi terfikir, adakah aku punyai masa utk menelefon kedua org tua ku dan meminta maaf? And what if the building really collapse, adakah aku akan selamat dan berada di bawah runtuhan bangunan untuk berapa lama? Can I go through this? And one big question that was playing on my mind masa tu, what if aku mati dalam keadaan seperti itu, berada di pusat karaoke? Aku tidak mahu ajal menjemputku dalam keadaan aku alpa dan leka dengan hiburan dunia......
Emosi ku pada masa itu bercampur baur, sedih, takut, sebak etc. Memang menitis gak air mata tadi mengenangkan segala dosa2 yg telah ku lakukan.
Bila situasi dah settle down, kitaorg masih lagi duduk di situ, terdiam dan terpaku. Neena memang lagi tak tenang, her other half baru aje touchdown kat bumi Acheh. So, berbalas sms dan phone dia asyik berbunyi. I know how she feels, and especially the kids, memang panik. Bila dah dapat bercakap dgn her other half, baru lah aku nampak dia tenang sikit.
Sampai sekarang, aku masih berfikir kejadian petang tadi. Ya, memang berlaku gempa bumi di Sumatera, reading nya ialah 8.9 pada skala ritcher. And this is the second time I'm experiencing tremor semasa berada di dalam bangunan tinggi. The first one was in year 2005. Apakah aku masih tak sedar lagi bahawa Allah dah beri ku beberapa kali peringatan akan perkara ini? Aku terasa sungguh kerdil tadi, coz no matter how brave and strong we are, kita masih takut bila diuji Tuhan.
Ya Allah, ampunkan segala dosa2 ku selama ini, tetapkanlah hati ku untuk selalu ingat dan patuh kepada Mu dan berikanlah aku kekuatan dan ketabahan untuk melakukan perubahan sebelum ajal menjemputku....
No comments:
Post a Comment