Thursday, April 22, 2010

Untitled......

Sungguh lama tak update blog....kesuntukan masa....walaupun activity memasak masih lagi "on" seperti biasa....Ditambah pula dgn parents aku pg buat umrah awal bulan April, memang lari ler schedule yg dh mmg sedia ada......Never know we could survive selama 2 minggu tanpa ada orang yg dok selalu remind kitaorg buat apa yg patut...hehe

Ok, aku terpanggil nk berkongsi citer kat sini. How do I start without even giving a single hint who am I referring to?? Ok, let's put it this way, entry kali ini tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun, sama ada hidup atau pun mati....sebarang persamaan adalah kebetulan sahaja.

Cerita yang nak aku kongsikan hari ini adalah pasal masalah perkahwinan. From my point of view, sebagai seorang yang masih single tapi banyak exposure dan pengalaman kengkawan, separation and divorce adalah satu langkah penyelesaian terakhir. As a grown up and matured adults, we should sit down and talk the problem/matters concern in a very civilised way, rather than bergaduh, jerit2, pukul2 macam orang tak de tamadun.

For me, perkahwinan adalah satu ikatan yang sungguh suci dan murni, and that is one of the reasons as to why I am still single. Bagi aku, perkahwinan bukan sekadar "aku suka ko, ko suka aku...kita kawen lah", ianya lebih dari itu. Ia adalah satu ikatan yang menyatukan dua jiwa dalam satu hubungan yang teristimewa.....menyatukan dua insan yang berbeza latar belakang, pengalaman, persepsi hidup....dan semestinya perkongsian ini bukanlah sesuatu yang mudah dan boleh dipandang remeh.....

As they say in English, Life never promise us bed of roses....so, we better be prepared for the ups and downs...Ok, back to the topic yek.....Bila berlaku perselisihan dalam berumahtangga, kedua-dua pihak lazimnya akan menuding jari terhadap satu sama lain. Tapi, sebagai orang luar, aku percaya kepada "there's always 3 sides of the story, one from her side, one from his side and one is the whole truth, which normally, nobody knows". Aku tak pernah tak sides sama ada yang suami atau isteri bila mereka bercerita pasal marriage problem diaorg sebab aku tak tau the whole truth...sekadar nak jadi tukang dengar and a shoulder to cry on, yes, I might be able to do that.

Bila jadik tukang dengar nie, aku cuma dengar dan dengar aje.....and bila dapat tahu kebenaran cerita itu pada akhirnya, selalunya aku rasa seperti tertipu.....tapi, aku selalunya akan menjauhkan diri dengan orang macam nie....coz, diaorang cuma nak simpati dan orang yang menyokong tindakan dia....itu aje, walaupun diaorang tau apa yang diaorang buat ni, memang salah.

Baru-baru nie, sekali lagi ribut melanda. Kali nie, melibatkan suami yang selama ini di"sponsor" oleh isteri....kedua2 pihak bekerja tapi the breadwinner for the family is the wife. Laki dia keje gak, tapi abaikan tanggungjawab menyara keluarga...si isteri pendam dalam diam segala ketidakpuasan hati terhadap tindakan suami selama mana mereka berkahwin.....ibarat api dalam sekam...ianya membakar secara tak nampak, orang sekarang bilang "makan dalam". Sehinggalah si isteri diberi kesempatan berkawan dengan seorang perempuan yang celik sikit matanya mengenai peruntukan undang2 syariah. Si isteri proceed to file for divorce, which in a way, was a slap on the husband's face. Si husband ni pulak spesis rasa dia nie maksum sangat, tak de penah buat salah dan tak mengaku kesalahan....Quite bitter experience that they went through......and tak pasal2, kawan si isteri dia ni, yang celik pasal undang2 syariah telah dihantar mesej ugutan oleh si suami....cacian, maki hamun dan segala tok nenek. Hello brudder, what is wrong with your brain?? Gile ke hapa nak maki2 anak orang???
Aku yang jadik tukang dengar nie, makin copot jantung bila mikirin ugutan tersebut...sampai jadik kes polis bagai....tapi aku tak boleh nak interfere sangat, kang dengan aku2 terpalit dan tertarik sama.....sebagai orang luar yang benar2 luar dari lingkungan permasalahan ke tiga2 pihak nie....aku cuma boleh bagi pandangan dan nasihat aje....nak komen lebey2 pun, rasa tak layak.....

Buat si suami, sila lah muhasabah diri....kurang2kan lah ego anda itu, terimalah kenyataan yang selama ini, memang anda tak beri nafkah pada keluarga...tak terlambat untuk berbuat demikian...sila lah jelaskan nafkah kepada anak2 anda itu....

Buat si isteri, bersabar sahaja lah....moga kesabaran anda akan membawa kepada penyelesaian masalah ini. Kuatkan semangat, demi anak2 anda itu..

Buat kawan yang celik undang2 syariah, berbanyaklah bersabar.....niat suci anda telah disalah tafsir oleh orang yang tak bertanggungjawab....serahkan segalanya pada Allah, dan buatlah police report lagi sekiranya anda terima ugutan2.....


Notakaki: Ini yang buat aku takut nak settle down nie.....huhuhu

1 comment:

  1. bila dah jumpa org yg sesuai mesti tak sabar nak kahwin.jalan2 tgk blog http://www.maajunmaria.com saya jual maajun

    ReplyDelete