Selamat menyambut minggu terakhir bulan April 2010. So fast one this year, rasa2 macam baru aje menyambut tahun baru ittew hari, now, dh masuk bulan empat...tak lama lagi puasa, then raya........tetiba dah cuti christmas........tak terasa langsung...
Wokeh, hari nie aku nak tepek resipi buat pulut kuning. Ada yang tanya ittew hari tapi baru lah sekarang ada rasa kelapangan sikit....As always, resipi ini aku buat ikut sesedap tangan yang buat dan the availability of bahan yg ada pada masa itu... nak bagi specific measurement pun, payah lar sikit....anyway, sila lar cuba yek
Pulut kuning
Bahan2:
Beras Pulut - selalu aku buat dlm 3 kg
serbuk kunyit
asam keping dlm sekeping....
1. Basuh beras pulut sampai air nya jernih...
2. Rendam pulut dengan air, kemudian dimasukkan serbuk kunyit ikut suka...kalo nak warna kuning tu lebih pekat, letak ler byk sikit. Bila dah masukkan serbuk kunyit, kacau2 ler air rendaman tersebut agar pulut kuning sekata.
3. Masukkan asam keping dalam rendaman tersebut. Ini satu petua agar pulut yang kita rendam tu nanti akan jadi berkilat bila dah masak.
4. Selalunya beras pulut ini aku rendam semalaman, agar elok dia kembang dan senang nak mengukus nanti.
Bahan B (untuk memasak)
Santan kelapa pekat (selalunya 2 kg aje)
Garam secukup rasa
Cara2:
Santan dan garam disatukan.....ikut cukup rasa....
Cara2 memasak:
1. Keesokkan harinya, basuh beras pulut yang direndam tu dgn air bersih....
2. Masukkan dalam loyang, then tuang santan pekat yg dh dicampur dgn garam (ikut suka rasa), paras santan sekadar menutupi beras pulut dalam loyang.
3. Masukkan loyang dalam periuk kukusan yang telah dipanaskan terlebih dahulu dan airnya menggelegak.
4. Kukus pulut hingga kembang dan berderai....ada lar dlm 45 minit, bergantung kepada size loyang yang digunakan. (Sekiranya pulut kelihatan mentah, sila tambah dgn adunan santan terbabit, ikut kadar yg diperlukan).
5. Angkat, sejukkan pulut dan sedia dihidangkan......
No comments:
Post a Comment