Sunday, October 30, 2011

Cerita Hari Ahad - 30 October 2011

After few months down the road kami tak bersua, maka hari ini adalah hari "food outing" sedonia buat aku dan the usual suspects.  The last time we met (the 3 of us) was in June, celebrating my belated besday.  Then, aku ada lah gak ber"high tea" dengan one of the suspects, si Umi few times and I did spend a nite kat rumah dia, which I would do that on regular basis before but sekarang, due to time constraints for both of us, terpaksa dihadkan kekerapannya.

We agreed to meet at our favourite place, Cozy House at GE Mall.  Somehow, we loveee the food there, especially the Kung fu Kuey Tiaw (with lotsss of pedal dan hati ayam) and the Sandwich yang Telurnya Panas. 

Dah dekat nak sampai baru ler the other suspect, si Zura called and asked me to fetch her coz kereta tak leh start.  Ok ler, redah ler aku ke area Ampang Jaya sana.  Berpusing2 gak mencari rumah dia nie, semua jalan nampak sama aje....huhuhu.

Dah pergi menjemput dia, baru ler ke GE Mall.  I wondered why hari nie car park penuh, rupa2nya ada Halloween Party kat situ, no wonder ler ramai umat manusia.

For today, we ordered different dishes, yelah, masing2 budget tak mau makan lunch kat rumah because of the outing today.  Hambek ko, sekali mengorder, macam there's no end. 
Sandwich yg Telurnya Panas.  Sedap dan agak mengenyangkan.

Zura's food:  Hainanese Chicken Chop.  Must be good coz licin pinggan dia hari nie.

Mine.  Nasi with ayam masak kicap.  Sungguh terasa halianya itu.

Umi lambat sikit coz dia berpusing2 kat basement mencari parking.  By the time food yang dia order dah sampai, aku leka makan dan berbual hingga tak sempat snap pic.

Lepas sessi kat Cozy, kitaorg sambung lagi sessi mengeteh pulak kat Starbucks di Lobby.  Macam2 citer dicover, yelah, tak jumpa agak lama, pasti banyak update.  Gossip pun banyak gak, termasuklah gossip yang terhangat dipasaran sekarang...shuuuuhhh!!!

Bila hari dah gelap, baru ler perasan dah dekat jam 9:00 malam.  Sempat ler kitaorg singgah ke Pet Shop untuk membeli stok makanan kucen2 kesayangan kami.

Ok, kalau ada rezeki, the three of us might be spending Raya Haji together.....pasti ler lagi bingit.......entah2 tido ke idak malam tu.....asyik bergebang aje. 

I do miss them dearly tapi we can't always have our ways, right?? Masing2 ada commitment tersendiri and when we get together, we will talk and talk sampai penat....

Sessi Jelajah Dapur - 29 October 2011

Pagi2 semalam, aku dah jadi supir kepada Mak aku. Dia mintak tolong aku bawa dia pergi cari kuih muih untuk jamuan kelas mengaji dia pada pagi tu.  Ok, no hal lah memandangkan kat area sini ramai penjual nasi lemak dan kuih muih.

Dia memborong kuih, aku pergi menjenguk ke pasar mini berhampiran.  Tiba2 terpandang akan ikan2 yang fresh lagi gumuks2 tu.  Terus decide nak buat Laksa Johor for lunch.  Maka, jadi lah sessi membeli belah barangan dapur di kedai tu.

Laksa Johor siap dimasak jam 11:30 pagi, yelah, sebab aku tak breakfast, maka dengan secepat kilat aku memasak lunch.  Agak payah nak cari Laksa Johor disini, yelah, no doubt ada dijual di satu outlet yang menjual berbagai jenis laksa tu tetapi tetap tak leh lawan rasa masakan yang disediakan dirumah.

Laksa bersama ulam-ulaman dan sambal belacan.


Setelah diletak kuah laksa. 

As for me, aku suka Laksa Johor coz of the sambal belacan yang digaulkan bersama.  Somehow, rasanya memang sesuai dan kena dengan laksa tersebut.  Dah habis dah craving aku terhadap Laksa Johor, so this dish can be put aside until further notice.....hehehe

Wednesday, October 26, 2011

Jalan2 Cari Makan

Mula2 terfikir nak ke Kajang...nak mengimbas nostalgia masa kecik2 dulu semasa arwah Moyang masih ada.  Tetapi terpaksa tukar plan coz hari hujan, biasalah, bila dah hujan, semua berlingkar aje dlm rumah.

Then we decided to go to Shah Alam.  Lokasi yang dituju adalah berhampiran dengan Giant Stadium dan Acappella Apt.  Nama restoran itu adalah Tupai Tupai.  We opted for steamboat buffet and the price is cheap, about RM29.00 per head.  Dah namo buffet, macam biasalah, eat all you can.  They also have the ala cart menu tapi tekak hari nie terasa nak makan steamboat, so maybe next time buleh ler try menu ala cart.

Overall, the soup base yang diaorg sediakan adalah sedap, tak terasa macam instant packet soup.  Wide selection of bahan2 untuk steamboat dan hampir kesemuanya bertepatan dengan citarasa kami berenam.  Suasana restoran terasa cozy dan santai, relaks aje sewaktu menjamu selera.

Dikhabarkan Nuor Jen pernah kelihatan makan dinner di sini, lagi lerrrrr plus point untuk aku bertebeng kat sana....hahaha.

Apa-apa pun, sila lah enjoy foto2 sewaktu kunjungan kami ke sana.

First round.  Luckily tak tamak, kalo tak abis, kena charge RM10.00 per 100 gram of the wastage.


The two soup base, tomyam and chicken flavour.


Si cilik yang enjoy outing kali nie.

Sessi Jelajah Dapur

Dari semalam teringin nak makan pulut kuning dengan kari ayam.  Maka, bergegaslah mencari bahan2 yang diperlukan untuk sessi memasak.  Furthermore, ia juga seperti memenuhi nazar seblm nie lah.  Alhamdulillah, tercapai apa yang dihajatkan.  So, we had pulut kuning with kari ayam for breakfast today.



Sunday, October 23, 2011

Jalan2 Hujung Minggu: Mencari Harta Karun di Melaka (Part 02)

Sabtu, 22 Oktober 2011 (p.m.)

Sebelah malamnya pula, semua pergi dinner.  Yelah, nak tau keputusan dan siapa yg menang.  Emcee utk dinner ialah Roslan Shah.  Not bad lar performance dan kecekapan dia jadi pengacara.  Terhibur semua yang hadir.

Selepas dinner, we decided pg ngeteh kat kedai mamak just around the corner hotel tu.  Memang roti canai dia terbaeeekkkkk wokk.......  Lepas ngeteh, decided to go for a walk at Kampung Morten.  Memang cantik lar pemandangan kat situ pada waktu malam....tak sedar that kitaorg berjalan2 disitu hampir sejam lebih...

Makanya, sila lar enjoy the pics kat Kg. Morten.  Ada lagi gambo kat camera lain, kalau sempat nanti, blh lah diupload.


Old and new

Kg. Morten (1)

Kg. Morten (2).  Ini adalah Muzium Adat Melayu..memang cantik tempat nie

Kg. Morten (3).  Masih lagi di Muzium Adat Melayu.  I likeeee this house.

Kg. Morten (4).  Salah satu daripada rumah kg yg terdapat di sana.  Tangga kayu ini dibuat tanpa menggunakan paku dan berusia 120 tahun.


Kg. Morten (5).  Salah satu daripada rumah mini yg dibuat hiasan landskaping.

Kg. Morten (6):  Perspective

Majestic Hotel yg terletak betul2 opposite Kg. Morten

Jalan2 Hujung Minggu: Mencari Harta Karun di Melaka (part 01)

Sabtu, 22 Oktober 2011 (a.m.)

Bertolak dari Sepang jam 08:00 pagi.  Misi utama ialah mencari harta karun sepanjang perjalanan dari Sepang ke Melaka, kebanyakannya melalui jalan lama yang tiada toll.  Without knowing what to expect, all went well.  Merasa lah gak lalu kat pekan Nilai lama sebelum meneruskan perjalanan seterusnya melalui highway KL-Seremban dan exit kat toll Senawang.

Dari toll Senawang, perjalanan diteruskan ke Melaka melalui pekan2 kecil seperti Chembong, Cengkau di dalam daerah Rembau.  Kek sini lar kami tersangkut lama kerana ada kerja2 pembinaan jambatan baru.  Memang blur dan tak tau macam mana nak jawab soalan2 tersebut kerana tak nampak clue.

We were expected to hand our answer together with the treasure items at 2:00 p.m. should we want to be eligible to participate in the Walk Hunt.  Ngam2 pukul 2:00 p.m., baru ler kitaorg berjaya serahkan jawapan.  Then about 20 minutes after that, baru sambung dengan Walk Hunt.

Walk Hunt meliputi kawasan2 tourist attraction kat Melaka.  Dari Hotel Renaissance, kami berjalan menuju ke arah Jonker Street sambil cuba menjawab soalan2 yang ditanya.  Seriously, baru ler betul2 terasa macam tourist pergi sight seeing sepanjang kitaorg berjalan dalam Walk Hunt nie.  Around 4:00 p.m. setelah menghantar jawapan Walk Hunt dan take 5 kat lobi hotel tu, baru ler kami check in.  Cepat2 wash up serba sikit and get ready untuk pergi late lunch.  Kami menjamu selera di medan selera tak jauh dari hotel dan berdekatan dengan Kampung Morten.

Sementara tu, sila lah menjamu mata dengan foto2 yang ada nie.  Part 2 to be continued in the next posting.

River Cruise....tak sempat nk try.




Menuju ke the ever femes Jonker Street

Kat Jonker Street


Mengumpul jawapan sebelum disubmit


Finally, dapat lepak dan relaks


Pemandangan dari bilik kitaorg

Sunday, October 16, 2011

Jalan2 Cari Makan

Siapa kata kalau teringin nak makan murtabak singapore dan kacang pholl, kita kena pergi ke Johor atau Singapura??  Worry no more, for those living around Subang and Puchong, the solution is here.  Restoran Victory yang beroperasi di Arab Street, Singapore telah membuka cawangannya di USJ 9 (deretan kedai belakang Perpustakaan Multimedia).

Seperti biasa, kami telah mencuba hidangan di sana hari ini and yes, rasanya hebak (hok nie kece'k kelate ler pulok...hehe) dan sedapss....

Foto dibawah adalah hasil dari ekspedisi kami hari ini.

Signage depan restoran.

The menu.  Nampak kan kat situ ada add and contact no.


Antara ahli ekspedisi kali ini.  This girl could never sit still, asyik nk bergerak aje...

Nasi beriyani kambing and condiments

Sup tulang merah and roti

Kacang Pholl and toasted bread

Murtabak kambing size XL yg dikongsi beramai2.

Overall, the dishes are good and price very reasonable.  So, kalau betul2 teringin, sila lah berkunjung ke restoran nie.

Me, myself & I - Relaxing

This is how I normally relax on a weekend.....surfing the net with a bag of my favourite chips...


Nota kaki:  Tgk latest movie pun online....now, nk tgk citer tamil yg astro dok propa, Kanchana.....Mcm best aje citer hantu tu.

Saturday, October 15, 2011

Sessi Jelajah Dapur

Kalau mengikut SOP rumah nie, weekend adalah masa untuk main masak2.  Dan seperti biasa, yours truly ler yg kena memasak.

Hari nie mood ada baik sikit, so, juadah hari ini ialah Rebung masak lemak cili api dgn udang dan sambal goreng jawa (ala, yg ada tempe, tahu, fucuk dan suhun tu...).

Rebung masak lemak cili api dgn udang.


Sambal goreng jawa

Resipinya nanti aku letak yek, malas ler pulok...

Wednesday, October 12, 2011

Lambaian Tanah Suci

Alhamdulillah, selamat sudah mereka berangkat ke Tanah Suci jam 09:45 malam tadi.  Aku doakan moga selamat pergi dan selamat kembali, moga mendapat haji yang mabrur....Banyak2 bersabar semasa mengerjakan ibadah haji dan menghadapi dugaan di sana.....

Insya allah, kita akan bertemu semula hujung bulan depan

Barisan bag menanti untuk di check in 


Para jemaah haji beratur untuk check in...and ada lar gak drama air mata tadi...

Nota kaki:  Bila lar agaknya giliran aku??


Monday, October 10, 2011

Specially for you on your special day



Hanya satu pintaku, untuk mu dan hidupmu
Baik-baik sayang ada aku untuk mu
Hanya satu pintaku, disiang dan malam ku
Baik-baik sayang kerna aku untuk mu

Saturday, October 8, 2011

Cerita Hari Sabtu

Alhamdullilah, selamat dan selesai sudah majlis kenduri doa selamat sempena meraikan bakal haji kat umah nie.  Sebenarnya, sambal tumis ikan bilis yang dibuat pada lewat malam tadi adalah untuk breakfast pada pagi ni.  Ia dimakan bersama roti.  And, pagi tadik juga, selamat sudah aku memasak seperiuk besau (acah aje masa aku kata sekawah besau..hehe) kari ayam.  Itu pun dimakan bersama roti.

Kenduri bermula selepas solat zohor but by 12:30, dah penuh rumah dengan para jemputan, majoriti saudara mara org tua aku (sedara mara aku gak lar).  Those yang turned up pun cuma sebahagian kecil dari saudara mara yg kami ada, those yg memang kitaorg rapat, can't imagine kalau the actual number of sedara mara yang ada tu, hadir.....lagi ler ramai bilangannye.

Then, by 1:00 p.m. baru perasan sambal tumis ikan bilis dah habis, maka bergegas ler aku masak lagi untuk kali ke dua, still dlm periuk rice cooker yg besau tu....itu pun cuma berbaki sikit aje untuk malam nie......laku gak sambal tumis aku...

Main dishes untuk kenduri diaorg order kat katering coz aku rasa, memang aku tak mampu nak sediakan.  Yang aku sediakan cuma 2 jenis lauk untuk diberi kepada tetamu, iaitu sambal tumis ikan bilis dan kari ayam. 

Then, dari jam 3:00 petang hingga 6:30 petang adalah sessi tetamu bakal haji....ramai gak yang turned up, tak menang tangan mengemas dan menyediakan hidangan.  So, where was I during the whole event?? I was stuck in the kitchen most of the time, basuh2 pinggan mangkuk, masak2, buat air etc.  Rasa nak tercabut kaki coz berdiri terlalu lama....

Antara lauk pauk yg dihidangkan tadi


Buffet line dalam rumah untuk tetamu wanita.  Ada juga the same buffet line kat luar rumah untuk tetamu lelaki dan jemputan ahli surau.


Suasana dalam rumah yang dipenuhi dengan tetamu wanita.  Kat luar pulak, bawah khemah tu penuh dgn tetamu lelaki, aku segan nak keluar to snap some pic.


Antara tenaga kerahan yang ditugaskan membungkus sambal tumis dan kari ayam utk tetamu.


Makan time.  Si kecik nie lar yang paling happy coz ramai kawan hari nie.

Overall, bersyukur sangat2 sebab walaupun hujan lebat sebelum zohor tadik, semuanya berjalan seperti yang dirancang.  Terima kasih kepada semua yang sudi hadir ke majlis yang tak seberapa nie.

Sessi Jelajah Dapur

Ok, I'm done for tonite.  One big rice cooker pot of sambal tumis ikan bilis.  Cooking session will continue tomorrow morning, sekawah besau kari ayam perlu disediakan sebelum jam 11 pagi.....

Better try to get my beauty sleep now...kalo idak, besok mata aku jd mcm mata panda.....

Sambal tumis ikan bilis...satu rumah berbau macam gerai nasi lemak.

Thursday, October 6, 2011

Quote for the day......

One of my FB friends tagged me with this and I kinda like it.  Hence, I would like to share it with all of you....
Thanks Neena for the wonderful quote. 

Nota kaki:  Life is too short to be so negative, bitter and vengeful with people around us....Just take things easily and chill...

Wednesday, October 5, 2011

Renungan Hari Ini

Balasan baik hindari marah


ABU Hurairah dan Said Al-Magburi meriwayatkan: "Ada seseorang lelaki memarahi Saidina Abu Bakar. Ketika itu Rasulullah duduk di sebelahnya. Nabi diam saja, begitu juga Abu Bakar.

Selepas orang itu selesai memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat, Abu Bakar membalas makian itu, tetapi Rasulullah bangun dan beredar dari situ. Abu Bakar hairan dan terus mengekori Nabi Muhammad sambil berkata: "Ya Rasulullah, dia memaki saya dan engkau pula diam. Ketika saya menjawab maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu pergi."

Rasulullah lantas menjawab: "Sesungguhnya malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan saya tidak suka duduk bersama syaitan."

Rasulullah kemudian bersabda lagi: "Allah akan memuliakan hamba-Nya ketika sedang dianiaya lalu memberikan kemaafan sambil mengharapkan keredaan Allah."
 
 
Nota kaki:  Moga kita semua diberikan kekuatan untuk memaafkan segala perbuatan (cacian, hinaan, fitnah, penganiayaan) mereka2 yg gemar berbuat demikian.....amin


Tuesday, October 4, 2011

Jalan2 Cari Makan

Posting kali ni adalah kompilasi adventure Jalan2 Cari Makan untuk 2 hari, Ahad 02 Oktober 2011 and Selasa 04 Oktober 2011.  Hari Isnin makan free, so no adventure loorrrr...

Ahad, 02 Oktober 2011

Macam biasa, breakfast lambat, so tak terasa lapar during lunch time.  Dah pukul 2 lebey baru lar perut berkeroncong minta diisi.  Destinasi tak jauh dari kawasan rumah, about 10 minutes drive.  Kedai ini terletak mengadap highway LDP menghala ke Putra Heights.  Kalau dari arah IOI Mall, jalan terus aje....sampai jumpa toll kat Pasar Tani Selangor tu (which is on the right).  Bayar toll, and terus naik jambatan yang menyeberangi Sungai Klang.....teruskan drive about 3 minutes...ada selekoh masuk kiri, belok situ.  Kedai terletak kat sebelah kanan selekoh, and landmark nya adalah Shell Petrol Station at the opposite side.

Kedai nie tak bernama, berhampiran dengan kawasan perumahan.  Word of caution, sila datang sebelum jam 3 petang kerana lazimnya, semua food sold out lepas jam 3.  Ada bermacam2 jenis mee yang dijual, mee rojak, mee rebus sotong, mee goreng etc.  Normally we will have their rojak sotong and mee bandung sotong.  Rasa rojak di kedai nie setanding dgn rojak beratur panjang di Subang, wokeh.

Mee Rebus Sotong.....mcm biasa lar, dh makan baru teringat nk snap pic...Sedaps and it would be better kalau gravy tu piping hot.

Kedai menjual juadah yang kitaorg makan...nampak simple but on that particular day, penuh orang.  Kena tunggu lama gak baru dpt food yg diorder.

Overall, the food here is tasty and price is very reasonable.  So, kalau tersesat kat area nie, blh lar try singgah dan jamu selera.


Selasa, 04 Oktober 2011

Disebabkan pagi nie agak terawal sikit, aku pun singgah ke area Kota Warisan Sepang untuk mencari breakfast.  Satu aje tempat yang dituju, Kak Ani Nasi Dagang.  Again, I spoil myself with Nasi Dagang yang lazatsss itu.  Pagi nie tak tapau teh tarik kaw, sebab ramai org yang dok order minuman, and aku malas nak tunggu lama2.

Mak aku pun dah try rasa Nasi Dagang nie and dia pun kata sedaps, especially the acar sayur.  So, kalau tersesat di area Kota Warisan Sepang, jangan lupa singgah dan try food at this particular stall.  Landmarknya, opposite the Affin Bank.  Gerai ini dibuka untuk breakfast aje, so better be early yek uoullsss...:-))

Nasi Dagang yang mabeles and also bergedil.....heaven!!

Jiwang Karatzs Kembali Lagi


Hanya engkau yang mengerti semua ingin ku.........ajari aku 'tuk bisa mencintai.....mu.....

Nota kaki: Nice song, cilok dari pakcik Youtube, lelaki dlm gambo nie tak de kena mengena dgn ceritera aku....hehehehe

Monday, October 3, 2011

The usual bebel-bebelan

Nothing much has been happening lately, in the sense of benda2 yg blh mendatangkan that "wow!!" feeling lar....Pasal tu aku senyap.  Dalam kesenyapan aku nie, sebenarnya aku banyak berfikir pasal banyak perkara.  Beberapa hari lepas, kakak aku telah mengamanahkan aku menjadi Pemegang Amanah sepanjang ketiadaan dia selama 45 hari, starting 11 October 2011.  Ya, dia telah diberikan kesenangan untuk menjadi tetamu Allah untuk musim haji kali nie.  Bila dia cakap "Ok, while I'm away, you are now the Pemegang Amanah for all my matters, including the family, my bank account etc"......aku terasa sayu dan pada masa yang sama, terasa berat untuk menerima tanggungjawab tersebut.  Yelah, selama nie, aku ada "buffer" yang filter semua persoalan dan permasalahan nie dari aku, now, I have to deal it myself.  And what if I fail miserably???  Mampukah aku tunaikan amanah yang diberikan??

Talking about that, harussss aku siapkan list doa2 dan hajat ku untuk dibawa ke sana.  Memang itu selalu yang ku buat, kalau pesan mulut aje, payah diaorg nak mengingat, baik print cantik2 (printer senirik kat rumah ye, bukan harta benda company) dan terus diberi kepada yang bakal ke sana.

At the same time, aku tengah pening kepala memikirkan trip ke utara bulan November nanti.  Kali terakhir aku ke sana ialah tahun 2008, and definitely I'm looking forward for this trip.  Rombongan Cik Kiah menghantar pengantin katanya.....and stop over at my favourite town, Sungai Petani.  Dah siap planning bagai nak menyinggah dan berkunjung ke Tanjung Dawai....walla wei.....heaven utk membeli ikan kering, ikan bilis dan udang kering......Kalau ada permintaan, nak gak aku buat day trip to Padang Besar....come to think of it, baik bawak passport sekali, maybe blh cross over ke Thailand gak....hehehe

Moga segalanya dipermudahkan oleh Yang Maha Esa......amin.......

Nota kaki:  Ada masa2nya, aku terasa seperti nk pergi buat umrah...sampai termimpi2 berada di depan kaabah....moga dimakbulkan impian ku ini...aminnn...