Saturday, June 19, 2010

Ikhlas

Hmmm....ikhlas.  Satu perkataan yang mudah disebut tapi teramat sukar untuk dilaksanakan.  Sejauh mana kita sebagai manusia biasa boleh mengukur tahap keikhlasan kita dalam setiap perkara yang dilakukan seharian, menerima sesuatu takdir dan perkara yang berlaku dengan penuh rasa ikhlas dan redha.  Yang terpenting sekali, sejauh mana keikhlasan kita dalam menjalankan tanggungjawab kita sebagai hambaNya di muka bumi ini.

Perkataan ini berlegar-legar di kotak fikiran ku sejak kebelakangan ini.  Dan aku sering tertanya-tanya adakah aku benar-benar ikhlas dalam segala yang aku lakukan, dalam melaksanakan tugasan seharian ku.  Yang terpenting sekali, aku seringkali memikirkan adakah aku benar-benar ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab aku terhadap Dia, Yang Maha Agung dan Maha Besar.

Perkataan ini juga mengimbas kembali kenangan aku terhadap satu sinetron di TV beberapa tahun dahulu, cerita Indonesia berjudul Kiamat Sudah Dekat.  Pada pandangan aku, persoalan utama dalam cerita itu bukanlah berkisar berkenaan pasal mamat yg jahil pasal agama jatuh chenta dgn gadis anak imam masjid.  Ia mengupas persoalan asas iaitu, keikhlasan seorang insan itu.  Dan pada pengakhiran cerita tu, baru lah mamat tu diterima jadi bakal menantu kerana dengan sejujur-jujurnya dia mengaku dia tidak tahu pasal agama, dia ikhlas nak memperisterikan gadis itu dan dia juga ikhlas dan bisa terima andai gadis itu bukan jodohnya. 

Itu yang membuat aku terfikir, ikhlaskah aku menerima takdir andai dia itu bukan jodoh aku??? Ikhlaskah amal ibadah yang amat sedikit ini seandainya aku melakukannya kerana ada niat untuk dipercepat dan dipermudahkan jodoh???  Ikhlaskah aku melepaskan segala kenangan silamku bersama dia yang telah pergi terlebih dahulu dari ku??

Kusut sungguh aku memikirkan persoalan ini.  Aku harus belajar mendalami ilmu ikhlas itu....ya, aku perlu mendidik hatiku agar ikhlas dalam semua perkara yang ku lakukan dan juga dalam menjalani kehidupan ini....

No comments:

Post a Comment