Lama juga aku tak update di blog. Dah bersawang rupanya blog aku ni. Aku terlalu sibuk dengan tugasan di pejabat sehingga tidak ada kesempatan untuk membuka dan membaca blog lain yang telah aku link kan dengan blog ku.
Semalam adalah hari "sentaps" aku sedunia. Punca dan penyebab aku menjadi "sentaps" cukuplah aku sahaja yang tahu. Aku amat marah dengan tuan punya badan yang telah menyampaikan perkhabaran itu kepada aku tanpa berasa bersalah sedikit pun. Dengan nada sinis, aku belasah dia balik....well, what can I say....kalau dengan cara itu, korang rasa dapat menebus segala rasa bersalah korang selama ini, aku tak boleh nak cakap apa2pun...Yelah, siapa lah aku pada korang semua kan....
Sesungguhnya ini peristiwa yang ketiga berlaku, selepas Dia tiada. Sebelum ni pun, aku dah terfikir untuk tidak ambil peduli hal mereka lagi kerana aku tiada apa2 pertalian pun dengan mereka, tapi apabila mengenangkan amanat Dia, aku tetap gagahkan diri untuk memenuhi amanatnya. Kejadian yang berlaku semalam sesungguhnya membuatkan aku berasa serik dan tidak berdaya meneruskan lagi apa yang Dia ingini sebelum Dia pergi. Aku tak mahu terus terluka, jadi, biarlah aku yang undurkan diri.
Kawan aku kata, "ikhlaskan saja apa jua perbuatan mereka....kerna belum tentu apa yang mereka buat itu, diterima Tuhan. Kalau kita benar2 ikhlas, kita bacain saja surah al-ikhlas, al-fatihah dan sedekahkan kepada dia, insya allah akan sampai"....Kata2 kawan aku itu serasa seperti air dingin yang sedikit sebanyak berjaya meredakan api yang sedang marak.
Tak pe lah, aku sekarang tengah mencuba mengikhlaskan hati menerima ujian ini.....moga terus diberi kekuatan dan taufik dari Nya.....amin....
No comments:
Post a Comment