Saturday, June 19, 2010

Ikhlas

Hmmm....ikhlas.  Satu perkataan yang mudah disebut tapi teramat sukar untuk dilaksanakan.  Sejauh mana kita sebagai manusia biasa boleh mengukur tahap keikhlasan kita dalam setiap perkara yang dilakukan seharian, menerima sesuatu takdir dan perkara yang berlaku dengan penuh rasa ikhlas dan redha.  Yang terpenting sekali, sejauh mana keikhlasan kita dalam menjalankan tanggungjawab kita sebagai hambaNya di muka bumi ini.

Perkataan ini berlegar-legar di kotak fikiran ku sejak kebelakangan ini.  Dan aku sering tertanya-tanya adakah aku benar-benar ikhlas dalam segala yang aku lakukan, dalam melaksanakan tugasan seharian ku.  Yang terpenting sekali, aku seringkali memikirkan adakah aku benar-benar ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab aku terhadap Dia, Yang Maha Agung dan Maha Besar.

Perkataan ini juga mengimbas kembali kenangan aku terhadap satu sinetron di TV beberapa tahun dahulu, cerita Indonesia berjudul Kiamat Sudah Dekat.  Pada pandangan aku, persoalan utama dalam cerita itu bukanlah berkisar berkenaan pasal mamat yg jahil pasal agama jatuh chenta dgn gadis anak imam masjid.  Ia mengupas persoalan asas iaitu, keikhlasan seorang insan itu.  Dan pada pengakhiran cerita tu, baru lah mamat tu diterima jadi bakal menantu kerana dengan sejujur-jujurnya dia mengaku dia tidak tahu pasal agama, dia ikhlas nak memperisterikan gadis itu dan dia juga ikhlas dan bisa terima andai gadis itu bukan jodohnya. 

Itu yang membuat aku terfikir, ikhlaskah aku menerima takdir andai dia itu bukan jodoh aku??? Ikhlaskah amal ibadah yang amat sedikit ini seandainya aku melakukannya kerana ada niat untuk dipercepat dan dipermudahkan jodoh???  Ikhlaskah aku melepaskan segala kenangan silamku bersama dia yang telah pergi terlebih dahulu dari ku??

Kusut sungguh aku memikirkan persoalan ini.  Aku harus belajar mendalami ilmu ikhlas itu....ya, aku perlu mendidik hatiku agar ikhlas dalam semua perkara yang ku lakukan dan juga dalam menjalani kehidupan ini....

Wednesday, June 2, 2010

Bebelan (i)

Lama juga aku tak update di blog.  Dah bersawang rupanya blog aku ni.  Aku terlalu sibuk dengan tugasan di pejabat sehingga tidak ada kesempatan untuk membuka dan membaca blog lain yang telah aku link kan dengan blog ku.

Semalam adalah hari "sentaps" aku sedunia.  Punca dan penyebab aku menjadi "sentaps" cukuplah aku sahaja yang tahu.  Aku amat marah dengan tuan punya badan yang telah menyampaikan perkhabaran itu kepada aku tanpa berasa bersalah sedikit pun.  Dengan nada sinis, aku belasah dia balik....well, what can I say....kalau dengan cara itu, korang rasa dapat menebus segala rasa bersalah korang selama ini, aku tak boleh nak cakap apa2pun...Yelah, siapa lah aku pada korang semua kan....

Sesungguhnya ini peristiwa yang ketiga berlaku, selepas Dia tiada.  Sebelum ni pun, aku dah terfikir untuk tidak ambil peduli hal mereka lagi kerana aku tiada apa2 pertalian pun dengan mereka, tapi apabila mengenangkan amanat Dia, aku tetap gagahkan diri untuk memenuhi amanatnya.  Kejadian yang berlaku semalam sesungguhnya membuatkan aku berasa serik dan tidak berdaya meneruskan lagi apa yang Dia ingini sebelum Dia pergi.  Aku tak mahu terus terluka, jadi, biarlah aku yang undurkan diri.

Kawan aku kata, "ikhlaskan saja apa jua perbuatan mereka....kerna belum tentu apa yang mereka buat itu, diterima Tuhan.  Kalau kita benar2 ikhlas, kita bacain saja surah al-ikhlas, al-fatihah dan sedekahkan kepada dia, insya allah akan sampai"....Kata2 kawan aku itu serasa seperti air dingin yang sedikit sebanyak berjaya meredakan api yang sedang marak. 

Tak pe lah, aku sekarang tengah mencuba mengikhlaskan hati menerima ujian ini.....moga terus diberi kekuatan dan taufik dari Nya.....amin....