Friday, May 7, 2010

Cerita Serems....

Hari ni tetiba rasa nak menulis. Ini semua gara2 baca posting kat blog si Masz lar nie.....dia citer pasal perangai jiran dia yg datang dari seberang...sepasang suami isteri yang mana si isteri khabarnya telah keguguran dan janin itu telah ditanam disempadan pagar umah si Masz!!! Gila ke hapa jiran dia tu??? Dah lar satu rumah rasa tak tenteram.....dan si Masz yg ada baby nie, baby dia dok nangis lar tiap-tiap malam......
Yelah, baby kan selalu boleh detect benda-benda yang kita tak "nampak" nie kan? Kesian baby tu, mesti traumatised bila tengok benda-benda yg "hensem dan cantik giler" nie dok main cak-cak dengan dia.....
Kejadian tersebut sebenarnya telah membuat aku berasa teringin nak berkongsi citer kat sini. Sejak kebelakangan nie, aku selalu terjaga dalam pukul 3 pagi, dan tak boleh tido lepas tu. Dan bila terjaga tu, mesti aku terdengar cam ada suara perempuan dok nyanyi-nyanyi kat luar tingkap bilik aku nie.....mendayu-dayu sangat bunyi nya.....dan dalam bahasa yang aku tak faham.....macam merungut pun ada gak....Heran benar lar...tak tau sama ada perasaan aku ke atau perkara itu benar-benar berlaku.....
Sebelum kejadian nie, dalam dua bulan lepas aku kena "usik" masa kat office. Aku ingat lagi kejadian tu....hari khamis, dah dekat-dekat waktu maghrib. Aku baru keluar dari office, nak balik rumah. Office aku nie kan ke kat kawasan jin bertendang, dan semestinya aku tak sangka yang hari tu adalah hari yang aku akan diusik. Masa tu tengah driving, then stopped kat traffic light lar kan...aku tetiba terpandang ke sebelah kiri kereta. Aku nampak ada seekor ayam jantan...orang kampung aku bilang, ayam gajah. Size nya besar sikit dari ayam kampung biasa. Ayam nie tengah sedap mengais2 kat tengah2 divider yang ada traffic light tu. Aku pun mula berfikir, kawasan nie memang tak de kampung sekitarnya. Ini jalan besar, macam mana ayam nie boleh selamat sampai kat tanah sekangkang kera tu tanpa cedera langsung. Dan ayam tu, sekor aje lar pulak. Tak mungkin ayam tu adalah ayam yang terjatuh dari lori bawak ayam......
Dalam masa aku memikirkan the "what if" situasi itu (lama gak kena berenti kat traffic light tu....hehhe), aku terus buat keputusan nak tangkap ayam tu dan bawak balik kasi kat bapak aku yang ada ternak ayam. Dah beria2 aku nak turun kereta dan tangkap ayam tu, tetiba aku tersedar, mana mungkin ayam tu sekor aje kat situ dan tak de yang lain.....mungkin ini bukan ayam sebenar kot.....dan2 tu gak bulu roma aku tegak berdiri....apa lagi, terus tekan minyak ler bila lampu dah tukau hijau....
So persoalannya, ayam apakah yang tengah carik makan kat tengah2 divider jalan ittew??
Sejak pindah ke bangunan baru nie, aku dah dapat rasakan seolah2 ada yang memerhatikan aku dari jauh.....dan kelibat2, lintasan berwarna putih dah selalu sangat dah nampak kat sini.
Awal tahun nie, aku jumpa batu cincin kaler ungu kat photostat machine. Aku tanya dengan budak2 office, sorang pun tak mengaku dan kata tak penah nampak pun batu tu seblm nie. Aku pun simpan aje lah batu tu. Selama 2 minggu batu tu dalam simpanan aku, sehinggalah aku mula bercerita kat forum dan upload gambo batu tu.....malam tu aku mimpi, ada seorang perempuan tua marah2 kat aku, dia kata kenapa aku letak gambo batu tu dalam forum. Aku ingat itu cuma mainan tido aje sehinggalah seminggu selepas mimpi tu, aku tiba2 teringat nak cek dan tengok batu tu.....Tisu yang simpan balut batu tu aje yang tinggal, batu tu dah tak de....dan batu tu aku simpan kat tempat yang memang tak de orang tau......Bila aku tanya dengan orang berilmu nie, dia kata ada makhluk dari dimensi lain berkenan nak berkawan dengan aku, pasal tu dia bagi batu cincin tu sebagai hadiah....tapi bila aku dah propa dalam forum pasal batu tu, makhluk itu tak suka dan marah lah..itu pasal dia amek balik batu tu....Wokeh, explanation accepted, no questions asked. Kiranya aku cuma tolong jaga batu tu sekejap aje lar.
Banyak citer sebenarnya, nanti lah, bila aku free2 sikit, aku tambah citer lagi.....

4 comments:

  1. ya ALLAH kak ubi, apekah ko gile nk menangkap ayam gajah tu?? jgn buat giler beb...adoyai..seraiu noo aku mendengarnye..pehtu ko bley simpan batu cincin??? bapak aku ckp, batu2 cmtu mmg ade yg jaga nya...dn x sabgke ko sungguh berani amat utk menympan dn meguploadnye kt forum?? nsb baek org tua tu mrh ko cmtu je, buat nye die ganggu idop ko?? tp klu batu tu ade pd ko, mgkin batu tu ade gune nye..mane laa kite tau kan...tang kelibat tu lak, aku yakin bende2 tu mmg bermain kt tmpt ko..almaklom, tmpt jin bertendang..kekekekeke...

    ReplyDelete
  2. masz
    masa nak tangkap ayam tu, aku tk pk apa2, just terpk mesti bapak aku happy dpt ayam besau tu....hehhe

    cantik tau batu tu, kaler purple...mcm batu serai...tapi apa nk dikata, tk de rezeki...aku sempat bawak balik n tunjuk pd org tua aku... bapak aku kata, biar kat umah satu mlm, kalo ada mimpi, letak balik kat tempat aku jumpa.... mlm tu, tak de mimpi apa2, so, aku rasa ok lar....tu yg aku bawak masuk opis balik...

    ReplyDelete
  3. Nowwa
    thanks for stopping by.....ye,mmg seram...masa mula2 tu, tk rasa apa....

    ReplyDelete