Sunday, October 30, 2011

Cerita Hari Ahad - 30 October 2011

After few months down the road kami tak bersua, maka hari ini adalah hari "food outing" sedonia buat aku dan the usual suspects.  The last time we met (the 3 of us) was in June, celebrating my belated besday.  Then, aku ada lah gak ber"high tea" dengan one of the suspects, si Umi few times and I did spend a nite kat rumah dia, which I would do that on regular basis before but sekarang, due to time constraints for both of us, terpaksa dihadkan kekerapannya.

We agreed to meet at our favourite place, Cozy House at GE Mall.  Somehow, we loveee the food there, especially the Kung fu Kuey Tiaw (with lotsss of pedal dan hati ayam) and the Sandwich yang Telurnya Panas. 

Dah dekat nak sampai baru ler the other suspect, si Zura called and asked me to fetch her coz kereta tak leh start.  Ok ler, redah ler aku ke area Ampang Jaya sana.  Berpusing2 gak mencari rumah dia nie, semua jalan nampak sama aje....huhuhu.

Dah pergi menjemput dia, baru ler ke GE Mall.  I wondered why hari nie car park penuh, rupa2nya ada Halloween Party kat situ, no wonder ler ramai umat manusia.

For today, we ordered different dishes, yelah, masing2 budget tak mau makan lunch kat rumah because of the outing today.  Hambek ko, sekali mengorder, macam there's no end. 
Sandwich yg Telurnya Panas.  Sedap dan agak mengenyangkan.

Zura's food:  Hainanese Chicken Chop.  Must be good coz licin pinggan dia hari nie.

Mine.  Nasi with ayam masak kicap.  Sungguh terasa halianya itu.

Umi lambat sikit coz dia berpusing2 kat basement mencari parking.  By the time food yang dia order dah sampai, aku leka makan dan berbual hingga tak sempat snap pic.

Lepas sessi kat Cozy, kitaorg sambung lagi sessi mengeteh pulak kat Starbucks di Lobby.  Macam2 citer dicover, yelah, tak jumpa agak lama, pasti banyak update.  Gossip pun banyak gak, termasuklah gossip yang terhangat dipasaran sekarang...shuuuuhhh!!!

Bila hari dah gelap, baru ler perasan dah dekat jam 9:00 malam.  Sempat ler kitaorg singgah ke Pet Shop untuk membeli stok makanan kucen2 kesayangan kami.

Ok, kalau ada rezeki, the three of us might be spending Raya Haji together.....pasti ler lagi bingit.......entah2 tido ke idak malam tu.....asyik bergebang aje. 

I do miss them dearly tapi we can't always have our ways, right?? Masing2 ada commitment tersendiri and when we get together, we will talk and talk sampai penat....

Sessi Jelajah Dapur - 29 October 2011

Pagi2 semalam, aku dah jadi supir kepada Mak aku. Dia mintak tolong aku bawa dia pergi cari kuih muih untuk jamuan kelas mengaji dia pada pagi tu.  Ok, no hal lah memandangkan kat area sini ramai penjual nasi lemak dan kuih muih.

Dia memborong kuih, aku pergi menjenguk ke pasar mini berhampiran.  Tiba2 terpandang akan ikan2 yang fresh lagi gumuks2 tu.  Terus decide nak buat Laksa Johor for lunch.  Maka, jadi lah sessi membeli belah barangan dapur di kedai tu.

Laksa Johor siap dimasak jam 11:30 pagi, yelah, sebab aku tak breakfast, maka dengan secepat kilat aku memasak lunch.  Agak payah nak cari Laksa Johor disini, yelah, no doubt ada dijual di satu outlet yang menjual berbagai jenis laksa tu tetapi tetap tak leh lawan rasa masakan yang disediakan dirumah.

Laksa bersama ulam-ulaman dan sambal belacan.


Setelah diletak kuah laksa. 

As for me, aku suka Laksa Johor coz of the sambal belacan yang digaulkan bersama.  Somehow, rasanya memang sesuai dan kena dengan laksa tersebut.  Dah habis dah craving aku terhadap Laksa Johor, so this dish can be put aside until further notice.....hehehe

Wednesday, October 26, 2011

Jalan2 Cari Makan

Mula2 terfikir nak ke Kajang...nak mengimbas nostalgia masa kecik2 dulu semasa arwah Moyang masih ada.  Tetapi terpaksa tukar plan coz hari hujan, biasalah, bila dah hujan, semua berlingkar aje dlm rumah.

Then we decided to go to Shah Alam.  Lokasi yang dituju adalah berhampiran dengan Giant Stadium dan Acappella Apt.  Nama restoran itu adalah Tupai Tupai.  We opted for steamboat buffet and the price is cheap, about RM29.00 per head.  Dah namo buffet, macam biasalah, eat all you can.  They also have the ala cart menu tapi tekak hari nie terasa nak makan steamboat, so maybe next time buleh ler try menu ala cart.

Overall, the soup base yang diaorg sediakan adalah sedap, tak terasa macam instant packet soup.  Wide selection of bahan2 untuk steamboat dan hampir kesemuanya bertepatan dengan citarasa kami berenam.  Suasana restoran terasa cozy dan santai, relaks aje sewaktu menjamu selera.

Dikhabarkan Nuor Jen pernah kelihatan makan dinner di sini, lagi lerrrrr plus point untuk aku bertebeng kat sana....hahaha.

Apa-apa pun, sila lah enjoy foto2 sewaktu kunjungan kami ke sana.

First round.  Luckily tak tamak, kalo tak abis, kena charge RM10.00 per 100 gram of the wastage.


The two soup base, tomyam and chicken flavour.


Si cilik yang enjoy outing kali nie.

Sessi Jelajah Dapur

Dari semalam teringin nak makan pulut kuning dengan kari ayam.  Maka, bergegaslah mencari bahan2 yang diperlukan untuk sessi memasak.  Furthermore, ia juga seperti memenuhi nazar seblm nie lah.  Alhamdulillah, tercapai apa yang dihajatkan.  So, we had pulut kuning with kari ayam for breakfast today.



Sunday, October 23, 2011

Jalan2 Hujung Minggu: Mencari Harta Karun di Melaka (Part 02)

Sabtu, 22 Oktober 2011 (p.m.)

Sebelah malamnya pula, semua pergi dinner.  Yelah, nak tau keputusan dan siapa yg menang.  Emcee utk dinner ialah Roslan Shah.  Not bad lar performance dan kecekapan dia jadi pengacara.  Terhibur semua yang hadir.

Selepas dinner, we decided pg ngeteh kat kedai mamak just around the corner hotel tu.  Memang roti canai dia terbaeeekkkkk wokk.......  Lepas ngeteh, decided to go for a walk at Kampung Morten.  Memang cantik lar pemandangan kat situ pada waktu malam....tak sedar that kitaorg berjalan2 disitu hampir sejam lebih...

Makanya, sila lar enjoy the pics kat Kg. Morten.  Ada lagi gambo kat camera lain, kalau sempat nanti, blh lah diupload.


Old and new

Kg. Morten (1)

Kg. Morten (2).  Ini adalah Muzium Adat Melayu..memang cantik tempat nie

Kg. Morten (3).  Masih lagi di Muzium Adat Melayu.  I likeeee this house.

Kg. Morten (4).  Salah satu daripada rumah kg yg terdapat di sana.  Tangga kayu ini dibuat tanpa menggunakan paku dan berusia 120 tahun.


Kg. Morten (5).  Salah satu daripada rumah mini yg dibuat hiasan landskaping.

Kg. Morten (6):  Perspective

Majestic Hotel yg terletak betul2 opposite Kg. Morten

Jalan2 Hujung Minggu: Mencari Harta Karun di Melaka (part 01)

Sabtu, 22 Oktober 2011 (a.m.)

Bertolak dari Sepang jam 08:00 pagi.  Misi utama ialah mencari harta karun sepanjang perjalanan dari Sepang ke Melaka, kebanyakannya melalui jalan lama yang tiada toll.  Without knowing what to expect, all went well.  Merasa lah gak lalu kat pekan Nilai lama sebelum meneruskan perjalanan seterusnya melalui highway KL-Seremban dan exit kat toll Senawang.

Dari toll Senawang, perjalanan diteruskan ke Melaka melalui pekan2 kecil seperti Chembong, Cengkau di dalam daerah Rembau.  Kek sini lar kami tersangkut lama kerana ada kerja2 pembinaan jambatan baru.  Memang blur dan tak tau macam mana nak jawab soalan2 tersebut kerana tak nampak clue.

We were expected to hand our answer together with the treasure items at 2:00 p.m. should we want to be eligible to participate in the Walk Hunt.  Ngam2 pukul 2:00 p.m., baru ler kitaorg berjaya serahkan jawapan.  Then about 20 minutes after that, baru sambung dengan Walk Hunt.

Walk Hunt meliputi kawasan2 tourist attraction kat Melaka.  Dari Hotel Renaissance, kami berjalan menuju ke arah Jonker Street sambil cuba menjawab soalan2 yang ditanya.  Seriously, baru ler betul2 terasa macam tourist pergi sight seeing sepanjang kitaorg berjalan dalam Walk Hunt nie.  Around 4:00 p.m. setelah menghantar jawapan Walk Hunt dan take 5 kat lobi hotel tu, baru ler kami check in.  Cepat2 wash up serba sikit and get ready untuk pergi late lunch.  Kami menjamu selera di medan selera tak jauh dari hotel dan berdekatan dengan Kampung Morten.

Sementara tu, sila lah menjamu mata dengan foto2 yang ada nie.  Part 2 to be continued in the next posting.

River Cruise....tak sempat nk try.




Menuju ke the ever femes Jonker Street

Kat Jonker Street


Mengumpul jawapan sebelum disubmit


Finally, dapat lepak dan relaks


Pemandangan dari bilik kitaorg