Thursday, August 23, 2012

Baby Adz

Diam tak diam, sehari sebelum raya hari tu, Baby Adz genap berusia 2 bulan, time really flies, rite?

Kalau awal2 dulu, Baby Adz asyik tido dan tido dan tido aje, now, dah berkurangan sikit activity peberet dia tu.  Sekarang nie, dia dah boleh respond dan mengagah org2 yg rajin melayan dia.....

Tapi ada juga yang tak berubah.....Baby Adz nie, kalo nanges, waduh........bingit telinga mendengar....dia suka melakukan senaman utk paru2.....begitu byk kapasiti paru2 dia dan suaranya, satu umah leh dengar.  In fact, masa malam raya itu hari, ada jiran yg kata, depa dgr suara baby nanges...tapi tak sure dari rumah mana...tiba2 aje baru diaorg tau Baby Adz ada.....lucu kan.

Sekarang nie, Baby Adz dah pandai senyum....sejuk hati bila dgr dia gelak dan senyum simpul....

Baby Adz's first smile.......very cheeky indeed...

Cerita Musim Cuti Raya 2012

Program ziarah sanak saudara cuma bermula pada hari raya yang kedua.  Kami pulang ke Seremban untuk menziarahi sanak saudara di sana.  Didn't spend a nite there coz bapak aku risau akan angsa2 nye yang tidak berjaga.  Aku lak risau pasal kucing2 aku tu....mana bisa tenang di tempat orang kan.

Raya ke tiga, kami semua berada di rumah, siapkan apa yang patut utk dijamu kepada para tetamu yang hadir.  Since dah 3 hari berturut2 makan juadah raya, we decided to prepare nasik lemak bungkus for the guests.  Ok lar tu, something different, furthermore, mana ada orang jual nasik lemak time musim2 raya nie kan.


Homemade nasik lemak bungkus

Raya ke empat pulak, again spent our time lazying around kat rumah.  Then dapat phone call petang tu, ada segerombolan kaum kerabat yang nak datang berziarah.  Apa lagi, kelam kabut ler prepare the food for them.  Ada ler dlm 20 orang yang datang berziarah secara berjemaah itu.  Sib baik jugak diaorg sampai dah agak lewat petang, kalo idak, jenuh nak prepare food and at the same time, to monitor their kids running around kat reban itik angsa tu.....

Malam tu, kitaorg dah mulakan program ziarah saudara mara di Petaling Jaya pula.....keluar pun dah agak lambat, sempat ziarah cuma 1 rumah saja, memang kena continue this weekend ler jawabnye...

Sunday, August 19, 2012

Satu Hari Di Hari Raya

Hari nie ialah hari pertama hari raya aidil fitri.  Dari semalam aku sibuk ke pasar, mengemas barangan belian, menyediakan juadah utk battalion surau yang datang bertakbir dari rumah ke rumah and at the same time, menyediakan juadah raya.  Malam tadi, aku masuk tido jam 2 pagi....penat.

Juadah yang sempat disediakan semalam utk battalion surau ialah cheesey wedges, fried assorted balls, roti john dan juga sebagai door gift, assorted dadih.  Juadah raya lak sempat lar gak aku menyediakan ayam masak rendang cili api...don't ask me where do I get my energy from...memang situasi semalam adalah seperti bateri energiser "dan lagi, dan lagi, dan lagi".....hehehe

Pagi raya pertama, aku tersedar bila ibu aku ketuk pintu bilik kuat2...aiseyman, dah pukul 7 pagi.  Bergegas mandi sunat aidil fitri dan terus menyambung sessi masuk dapur.  Ada adik beradik sebelah ibu aku nak datang beraya....so, terus singsing lengan baju dan memulakan sessi memasak.  Juadah yang disediakan hari ini ialah nasi minyak, ayam masak merah dan daging masa rendang cili api.....fuyoooo.....by 2 p.m. sedara mara dah tiba, aku memang dah tak leh sustain lagi terus ler masuk bilik dan tido.....sedar2 dah kul 4 petang.....

Tahun nie, memang tak berkesempatan nak membeli baju raya....bayangkan, malam raya dan raya pertama aku pakai baju "uniform dapur" wokeh....very the menarik....

Some of the dadih yang prepared earlier


Antara dadih2 kelas tambahan

Pertengahan stage penyediaan ayam masak rendang cili api

Food prepared for the surau battalion

Nota kaki:  Maaf, tiada gambo2 riang ria di hari raya kerana saya kecapekan di dapur dan tiada kesempatan utk melihat food presentation yang disediakan.

Salam Lebaran

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin buat semua.  Dengan penuh ketulusan hati, saya menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf atas kesilapan dan kekhilafan saya sepanjang saya menulis di belog ini.

Selamat berhari raya, selamat memandu - pandu cermat, jiwa selamat dan semoga selamat tiba ke destinasi yang dituju....



Wednesday, August 8, 2012

Changes

I'm glad and thankful for all the changes in you.  Tak tergambar betapa gembiranya hati bila mendengar kata-kata tersebut dari mulut anda.  I know that one fine day, people will change and be better than they were before, and I guess, today is your day.

Percaya tak kalau kita katakan, apabila mendengar kata-kata anda semalam, terasa nak bangun masa tu juga dan buat sujud syukur immediately.  All your plans are so well charted and insya allah, it will fall nicely in its places, when the time comes.  I could sense and see the small changes that you make, little at a time but continuously.  Bukan mudah nak meninggalkan habit yang kita dah terbiasa, trust me, been there, done that.  Once we set our mind yang kita nak menjadi a better person and a better muslim, insya allah, akan dipermudahkan jalan yang kita pilih itu.  Jangan berhenti memohon pada Yang Esa agar ditetapkan hati kita ke arah kebaikan.



Nota kaki:  Yang penting, kita berubah kerana sudah sampai masanya kita berubah ke arah kebaikan.....dan bukan kerana pengaruh orang lain.  Semuanya Lillahi taala.....

Saturday, August 4, 2012

Sessi Jelajah Dapur - 04 Ogos 2012

Hajat yang tertangguh selama beberapa hari.  Finally, able to cook it today.  We had shepperd's pie and garlic bread for iftar.  Again, something light and simple, and alhamdulillah, kenyang.  Berkat menahan lapar dan dahaga seharian agaknya. 

Semua yang ada semasa berbuka tadi did enjoy the meal.  Now, kemas2 sikit and prepare nak masak untuk sahur pula.  Lately nie, aku tak makan nasi for sahur, sebab takut perut sebu keesokkan harinya.  Sebagai ganti, I will be having corn flakes with milk.  Alhamdulillah, so far perut pun tak meragam.

Sebelum masuk oven utk dibakar

The outcome

My portion, while waiting for azan maghrib

Leftover after Iftar....


Sessi Jelajah Dapur - 03 Ogos 2012

Sebenarnya aku dah buntu fikiran, tak tahu nak prepare apa for iftar.  Dalam kebuntuan itu, tiba2 rasa might as well prepare something really simple coz masa pun dah suntuk.  So, we had bruschetta bread and beef salami sandwich for iftar.  Kenyang jugak dan yang penting, ianya halalan toyyiba....

Our iftar for the day - beef salami sandwich and bruschetta bread

Lagi2 bruschetta bread

Dah agak lewat malam tu, mak aku dah bising2, katanya lapar dan lauk utk sahur tak masak lagi.  Apa lagi, aku pg cek dalam fridge and there's tonnes of ikan bilis there.  Maka, dengan kadar segera, aku pun masak lah sambal ikan bilis kering.  Sebelum tido, kitaorg sempat ler makan sambal ikan bilis kering tu dengan nasi panas dan kicap....walla wei....heaven...


Thursday, August 2, 2012

Sessi Jelajah Dapur - 01 Ogos 2012

Time bulan puasa nie, selera ada sikit pelik.  Most of the time, I'm craving for something yang mana pada hari biasanya, aku tak terfikir pun nak makan benda tu.

So today, decided to make kuey tiaw fishball soup....lama tak pekena benda nie.  Kalau nak beli rasa rugi, satu mangkuk already RM5.00, baik lagi beli bahan dan buat senirik..gerenti fishballnya banyak dan tergolek2 dalam mangkuk, betul tak?  Furthermore, satu famili pun boleh merasa sama.....


Kuey tiaw fishball soup, just the way I like it....with lots of kicap cili and fishball.

Sessi Jelajah Dapur - 30 Julai 2012

Confirm aku dah malas nak pergi pasar ramadan utk cari juadah berbuka dan bersahur.  Maka, terjadi ler sessi main masak2 pada 30 Julai 2012.  Balik dari kerja sempat menyinggah pasaraya utk membeli bahan2 mentah yang diperlukan.  Been craving for maggie goreng lately and I took this opportunity to have maggie goreng for buka puasa.  Jadinya, juadah berbuka hari nie ialah maggie goreng dan sardine sandwich.  Alhamdulillah, dapat juga merasa home cook food for buka, walaupun simple but it's worth it.

Sekali sekala berbuka puasa dgn maggie goreng

dan sandwich sardine....