Friday, May 20, 2011

Trans Paris Van Java - Djakarta: 13 May - 16 May 2011: Part 03

15 May 2011

Setelah pulang lewat malam tadi, pagi ini aku decided not to join them pergi Pasar Baru.  Terlalu letih and at the same time kena sort out barang2 yang diborong semalam.  Mula timbul kerisauan, bag yang dibawa kemungkinan besar tidak dapat menampung segala barangan yang dibeli...camner nie??

Selepas mandi, decided to go down and have brunch.  Tempat yang dituju tak jauh, cuma di bawah apartment kitaorg aje.  Nama tempat tu The Kiosk, harga makanan very reasonable, of course much cheaper compared to Malaysia.

Suddenly terasa adventurous, maka diorder nasi gudeg dan teh panas.  Ahli rombongan sorang nie mintak soto madura (kot).  Setelah sampai makanan yang diorder, cuma 2 suap aje aku lalu makan.  Nasi gudeg adalah nasi lemak, version lembik sikit.  Lauk sampingan ialah ayam yang dimasak dengan santan (ewww), sambal pedas, rendang nangka, kulit lembu masak sambal dan telur rebus.  It's way tooooo creamy and very the rasa santan, maka tekak ku tak lalu menerima semua itu.  Apatah lagi kulit lembu masak sambal tu, terbayang2 aku dok hunggis kulit lembu kat badan lembu tu itself....(grosss!)

Kemudian, we parted our own way.  Aku menuju ke KMart, apa lagi, borong roti dan mee goreng segera.  Menyesal lak beli satu cup, bila dah rasa benda tu kat Malaysia, alamak, sedap lar pulok.....Harus cari tokan suh kirim dari sana....

Naik apartment, aku lepak2 sambil makan roti....then tertido, sebelum tu, sempat aku ajak anak buah ku berguling sama dan kami tertido.  Sedar2 sepupu dan adik ku pulang dari Pasar Baru.  Terus buat last minute packing dan terus check out dari Aston Braga.

Then proceed for lunch, apa lagi, nasik padang ler.  Destinasi kali ini, Rumah Sederhana.  As always, berselera aje kami makan, sebab dah terlalu lapar kot.  Harga untuk 6 orang makan, termasuk minuman adalah dalam RM70 aje.  Masa tengah makan tu, tiba2 terdengar kekalutan di luar kedai, rupa2nya ada pertunjukan monyet menari.  Somehow mendengar musik yang dimainkan membuat bulu roma ku merinding, seram semacam aje.

Kami tunggu hingga pertunjukan monyet itu selesai.  Then, kami pun memulakan perjalanan meninggalkan Bandung dan menuju ke Jakarta.  Kami melalui kawasan Bandung Selatan, juga melalui Taman Bandung Lautan Api, barulah kami tau sejarah disebalik nama tu, thanks to the Tour Guide.

Sepanjang perjalanan ke Jakarta, cuaca memang hujan.  Sejuk aje....Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam.  Jalan raya tak sesak, very smooth flowing, maybe due to the long weekend di sana maka warga kota Jakarta semua mengambil kesempatan pulang ke kampung.

Kami tiba di Jakarta sekitar jam 6:30 ptg.  Terus check in di hotel N1 di Tanah Abang.  Hotel terletak tidak jauh dari Pasar Besar Tanah Abang.  Somehow kami rasa seperti tidak selamat berlegar dan berziarah ke Pasar Tanah Abang jadi kami terus naik bilik dan decided tak berlegar2 di luar kawasan hotel.  Mengikut kata Tour Guide kami, kawasan Tanah Abang, especially yang berdekatan dengan pasar tu terkenal sebagai kawasan perempuan nakal.  Tapi kami tak rasa kami berani nak tengok setakat mana kenakalan mereka itu. 

Malam kami cuma dinner di hotel, sib baik coffee house dia bukak 24 jam.  Then, tiba lah tamu yang ku tunggu2.  Kali terakhir aku bertemu dengan dia ialah tahun lepas.  Tahun lepas dia datang ke Bandung bersama ibunya, tetapi tahun ini, aku ketemu dia di Jakarta.  Ibunya telah mula bekerja di Jeddah.  Apa lagi, usai makan malam, kami semua naik ke bilik.  Aku dan sepupu ku bergebang lar dengan perempuan ini, macam2 hal yang diperbualkan sehingga mengantuk........


Menu di The Kiosk...


Nasi Gudeg yang errrrkkk....


Panorama di The Kiosk

Restoran Nasi Padang Sederhana


Juadah kami di Rumah Nasi Padang Sederhana




Pertunjukan monyet yang agak meremangkan bulu roma.

- To be continued:  finale -

No comments:

Post a Comment