Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu, Mama

Mama

Selama nie, memang kita rasa kita tak pernah menzahirkan perasaan kita kepada mama.  Maybe kerana kita tak tahu caranya atau mungkin juga sebab ego kita tinggi.  Sejujurnya, kita amat berterima kasih dengan segala pengorbanan yang mama lakukan.  Believe me, if I were to be a mom, I wouldn't know how to be as cool as you.  Mama betah menangani dan membesarkan kami berempat beradik nie (of course setiap sorang mempunyai perangai yang berbeza) dengan penuh kesabaran.  I couldn't imagine how you can cope with us, especially during the tribulent years of growing up, being teenagers, asyik aje bercakaran antara satu sama lain.  Kalau kita lah, dah gerenti sorang2 kita bagi penampau laju2....hehehe.

Membesarkan kami berempat, yang age gapnya tak berapa jauh amat2 menduga tahap kesabaran dan kecekalan. Kami berempat bersekolah pada masa yang sama, jadi semestinya perbelanjaan sekolah itu banyak.  Mana lagi dengan tuisyen, yuran2 lain...and I wonder how we could managed to go through it with a little ease.

Mama
Teringat lagi saat2 kita semua memulakan penghidupan baru di Shah Alam.  Dengan gaji babah yang tak seberapa tu, mama telah mengambil inisiatif memulakan perniagaan kecil-kecilan.  Kami semua (with the exception of the spoilt brat) pernah merasa membantu mama berniaga nasi lemak dan kuih muih ketika itu.  Hampir setiap petang kami akan berbasikal membawa barangan untuk dijual di sekitar kawasan perumahan itu.  Alhamdullilah, memang laris juga jualan kita.  Bila hari hujung minggu, shif kami jadik double, pagi jual nasik lemak dan petang jual kuih.  Hasil pendapatan dari jualan itu lah yang membesarkan dan menyekolahkan kami semua.

Pada masa yang sama, mama juga telah mula mengambil upah menjaga anak jiran tetangga.  These kids grew up with us and still close to us till now.  Kami juga membantu mama menjaga anak2 jiran ini, walaupun pada ketika itu ada masa2nya kami berasa macam we have been deprived from our childhood life, tapi kami tetap lakukan juga memandangkan ingin meringankan beban mama.  Mama berterusan menjaga anak2 jiran ini sehingga tahun 2000, then kita semua pindah ke Puchong.  Kita faham, mama masih mahu menjaga anak2 jiran ini semata2 kerana dah mula terasa boring dan sunyi tanpa gelak ketawa budak2..and in fact, to keep you busy all the time.

I know I am not easy to deal and get along with masa muda remaja dulu2.  Maybe the independence that I learnt masa duduk kat hostel dulu menjadikan kita seorang yang tegar, keras kepala dan berjiwa kental dan ini menyebabkan kita terasa seperti dikongkong apabila mula berpindah ke sekolah biasa dulu.  Believe me mama, I was not trying to be difficult and a pain in the a$%^ to everybody.  Kita terbawa2 cara berfikir dan bertindak yang kita pelajari masa kat hostel dulu, dan sampai sekarang pun masih lagi bertindak sedemikian. I guess that could be the survival skill that I learnt throughout my years there.

Mama,
Sekali lagi kita ingin ucapkan terima kasih banyak2 kerana bersabar dengan kerenah kita selama nie, bersusah payah membesar dan menyekolahkan kita sampai kita jadik manusia sekarang.  Ye, our relationship memang ada ups and downs but deep down, I will always love you and I couldn't imagine how my life would be without you.  You are always around when I needed you most, no doubt tak semua perkara kita ceritakan pada mama, tapi mama always have a way to know that I am not in my right frame of mind at any point of time.

Ya Allah, kau ampunkan segala dosa2 orang tua ku, rahmatilah hidup mereka, kurniakan mereka kesihatan yang sempurna dan panjangkan lah usia mereka agar aku dapat terus berbakti kepada kedua orang tua ku....

Selamat Hari Ibu, Mama.

No comments:

Post a Comment