My thoughts and rumblings as I make my countless journeys through the path known as Life. This is my life, my thoughts, my rumblings...
Friday, September 30, 2011
Tuesday, September 27, 2011
Happy Ending
Mood aku teramat happy sekarang. Ini semua gara2 undangan yg diterima tadik melalui FB. One of my close friends is finally tying the knot....for the second time...Congratsss Achik, you deserve to be happy after all the misery that you had to go through.
Achik merupakan student paling senior dlm group aku (masa buat diploma dulu) dan antara yang paling awal settle down. Somehow at that point of time, she settled down dgn her then sweetheart darling.....happily married with 3 children sehinggalah si ex dia tu buat keje giler, dok kejar2 dan berfeeling bagai dgn pompuan Indon yg kerja di kantin officenya. Achik found out about this and she decided to take matter in her own way...yelah, once the trust is no longer there, how can one be together for the rest of their lives?? And she got the custody for all her children, masa tu semuanye kecik2 lg...nafkah anak2 jgn ckp ler, si ex menghilangkan diri begitu aje...Yet, achik redah semua nie dgn penuh redha. Pernah dia bagitau kat aku "Linda, kalau harapkan nafkah utk budak2 tu, sampai bila pun takkan dapat. Turun naik mahkamah buang masa, duit dan dapat penat aje. Bukan tak try contact mintak, tapi mcm2 alasan lar diberi...so, lebih elok aku bersusah payah besarkan budak2 tu....kalau budak2 tu teringat nk carik bapak mereka bila dah besar nanti, pergilah carik. Dia pun bukan teringat nk dtg jenguk anak2, aku pn tak tau ke mana dia dah hilang".
Achik membesarkan anak2 dia dgn penuh sabar....nasib baik ada family support yg tk putus2 bg semangat. Dengan tak de lesen memandu, Achik pelan2 belajar driving and she learn how to survive. Memang tabik spring dgn Achik.
Awal tahun nie, Achik kemalangan...berparut gak ler muka dia. Macam Achik cakap tadik "Linda, aku rasa suey aku dah abis keluar masa aku accident lar. Terus aje dpt jodoh nie, tak amek masa lama pun. Dia proposed awal bulan 7, dtg jumpa parents aku dan terus kata nk menikah". I could feel her happiness in her voice.....cheerful and happy as ever, mcm tak de apa2 masalah langsung dihadapi.
To Achik, once again, congrats....I'm so happy for you. You are one in a million, tak pernah sekali pun kau mengeluh kisah yang telah berlaku....memang kau tak berpaling mengenang masa lalu, kau teruskan hidup dgn semangat positif. Insya Allah, I'll be there on your wedding day....yelah, masa first time itu hari aku terlepas, I wouldn't want to miss it for the second time....
Nanti aku cuba korek2 album lama, kalau2 ada pic aku dgn Achik masa zaman muda remaja dulu.
Nota kaki: Happy tu, mmg ler happy for her....Terdetik gak hati tadik, kapan sih masa gue???
Sunday, September 25, 2011
The usual bebel-bebelan
Dalam sesuatu perhubungan, sama ada berkawan biasa atau serius, bagi aku, kejujuran tu teramat penting. Dan satu perkara yang easily pi**ed me off ialah bila orang sekeliling aku sewenang-wenangnya menaburkan janji2 dan kemudian buat2 lupa, or maybe genuinely terlupa dan mula memberi alasan2 yang aku rasa, budak tadika pun payah nak percaya. Ok, satu contoh yang boleh aku beri ialah, ada kawan aku nie, dah lamaaaa betul aku kenal dia, tapi tiap kali dia yang berjanji dan ajak aku mengeteh, when the day comes, aku dah tercongok kat tempat yang dia janji nak jumpa tu, dia tak de. Bila call, conveniently dia kata dia MC sampai terlupa nak call aku kata tak jadik jumpa. And that was not the first time, ada lar dua tiga kali gak camtu tapi sebelum2 nie, aku boleh terima lagi. But, the incident yang dia conveniently terlupa nk bagitau aku tu, memang that's the turning point ler. Aku maafkan dia tapi aku lebih rela jadik lone ranger dari ada kawan yang tak hormati janji dia senirik. So, aku lebih rela putus kawan dari menyimpan orang2 macam nie.
The moral of the story is, jangan berjanji kalau setakat nak sedapkan hati orang aje. Aku payah nak berjanji coz aku takut tak dapat penuhi janji2 aku. For me, it is very simple "I say what I mean and I mean what I say", there's no two way about that.
Seperti kata pepatah, "Lembu dipegang pada tali, manusia dipegang pada janji"..so, kalau manusia tu tak reti nak hormati kata2 dia senirik, pada pandangan aku, mereka itu lebih rendah tarafnya daripada lembu yang berkaki 4 tu.
Mengapa lak tiba2 aku emo dan bercakap pasal hal nie? Adalah satu kejadian, tak banyak, sikit ada persamaan dengan cerita contoh aku dgn salah sorang ex kawan baik aku dulu.....so, bila berlaku hari nie, sedikit sebanyak teringat kejadian sebelum2 nie. Pesan aku satu aje, never ever promise anyone something that you are unsure of. Tak payah gebang banyak, I judge people by their words and actions.....Simpan aje lah janji2 kau tu, I see you when I see you, wokeh!!
Adios!
Nota kaki: Tak, aku tak marah, cuma nak menyatakan pendapat aku pasal perkara nie.
Friday, September 23, 2011
Jalan2 Cari Makan - 18 September 2011
Again, this is a delayed posting. Kejadian berlaku hari Ahad lepas tapi baru sekarang terperasan, itu pun sebab tgh buat spring cleaning folder gambo2 nie.
Last Sunday, after much thought and consideration, kitaorg sepakat nak pg pekena food ala kopitiam. So, destinasi yang dituju ialah Old Town White Coffee yang terletak di Bandar Kinrara, tidak jauh dari Pasaraya Giant.
Normally aku tak berapa favour food kat situ but somehow, at this outlet, hidangan yang disediakan memang ada rasa dan sesuai dengan selera aku masa tu.
Normally people have this for breakfast, I had this for tea...
Antara juadah yang dinikmati
Tak de dlm gambo, set nasi lemak ayam goreng yang sedaps.
Makan2 Hujung Syawal cum Up Close and Personal Session cum Kenduri Kesyukuran Pisang
Hari ni diadakan Makan2 Syawal cum Up Close and Personal Session cum Kenduri Kesyukuran Pisang kat opis nie hah. As always, juadah adalah secara pot luck, semua staff bawak serba sedikit makanan dan dimakan beramai2. Macam biasa, aku telah diamanahkan utk menyediakan rendang ayam. Aku bawak rendang ayam dan serba sedikit kuih raya yang masih tak berusik kat rumah tu.
Turn up dari jemputan kali nie memang diluar jangkaan. Walaupun ada 4 lagi open opis yang berlaku pada masa yang sama, syukur masih ramai yang berkunjung ke opis kami hinggakan lewat jam 4 pun masih ada lagi tetamu yang hadir. Memang betul2 meriah lar sambutan kali nie, berbanding dengan tahun2 lepas.
Gigih bangun jam 5 pagi untuk sediakan rendang
Barisan balang kuih raya
Antara cubicle yang dipenuhi dengan juadah. Total all 5 cubicles dipenuhi juadah berbagai jenis.
Ada yang bayar nazar dengan bersedekah pisang. Alhamdulillah katanya..*wink2.
I'm really, really glad that this time round, managed to capture gambo satu division. First time in history tu...good!!
Balik dari melawat open house lain, terkejut aku tgk ramai org kat sini. Ini baru betul2 meriah, again, first time in history!! Makanan pun tak habis2, alhamdulillah.
Sebahagian lagi tetamu yang hadir.....terima kasih kerna sudi memenuhi undangan kami.
Wednesday, September 21, 2011
Kisah Seremssssss.......(5)
Hangat gak penceritaan dan perbincangan kat status update FB kawan aku tadik. Ianya berkisar tentang kisah misteri yang berlaku ke atas dirinya. Demi menyedapkan hati, si pencerita cuma boleh bersangka baik bahawa tv di rumah beliau sudah sampai masanya untuk ditukar kepada tv yg baru...yelah, tgh sedap2 menonton rancangan kegemaran, tv tersebut tiba2 padam dengan sendirinya. Walaupun dicuba beberapa kali, tetapi tv tersebut tetap tak ada tanda2 bakal bernyawa kembali. Setelah dibiarkan, dengan secara sendirinya tv tersebut kembali bernyawa....tak ke pelik tu??
Kisah kawan aku nie secara tiba2 telah berjaya menghidupkan kembali memori ku kepada satu kejadian yang terjadi tidak berapa lama dahulu. I'm not so sure as to whether the incident happened kat umah aku ke atau the last apartment yang aku sewa seblm berpindah ke rumah sendiri.
Pada malam kejadian, sebelum tidur, aku selalunya akan memastikan bahawa tv dan suisnya dipadamkan. Memang aku dah cek dan confirm aku telah melakukan routine tersebut seperti hari2 sebelumnya. Maka, dengan senang hati dan penuh rasa mengantuk, aku pun masuk bilik nak tidur.
Dalam lebih kurang jam 3 pagi, aku terjaga. Itu pun memang satu tabiat aku yang dulunya memang akan berlaku setiap hari. Normally, bila dah terjaga tu, aku akan pg ke hall dan cek whether everything is ok, again, dah memang habit. Masa aku ke hall, dalam keadaan separa tidur, separa berjaga tu (a.k.a. mamai) aku nampak tv tu dah "on" balik!! It was a blank screen seperti selepas tamat siaran, siap ada bunyik lagi. Dalam keadaan mamai tu, aku tak terpikir langsung yang suis tv tersebut telah aku "off"kan sebelum masuk bilik tadik. Dengan penuh "stone", aku amek controller dan off kan tv tersebut dan kemudian masuk semula ke bilik.
Keesokkan harinya baru lah aku perasan dan teringat semula apa yang berlaku, itu pun kerana aku nak menonton rancangan kegemaran aku dan bila aku try "on" kan tv tu pakai controller, ianya tetap tak de respon. Bila dipikirkan balik, serasa meremang aje bulu roma aku...siapa sebenarnye yg menonton tv malam tu?? Tak de org lain dlm rumah tu kecuali aku.....
Kat rumah ni jugak aku selalu terdengar2 seperti ada orang memanggil aku tapi bila aku dah nak menyahut panggilan itu, baru aku tersedar yang aku sorang aje kat situ....selalunya aku akan kata "ala, perasaan aku aje"...itu pun ayat skema untuk menyedapkan hati.
Sebenarnye banyak gak pengalaman2 separa horror aku sepanjang aku menyewa, setiap satu tempat itu ada aje kejadiannye. Nantilah, akan aku ceritakan bila aku ada masa free, nak kena refresh balik memori2 yang dah terpendam lama nie....3 kali pindah rumah, 3 set cerita yang berbeza. Mungkin jugak sebab kawasan tempat aku menyewa nie dulunya adalah kawasan hutan dan ladang getah (sebelum dibangunkan), pasal tu banyak cerita2 tersirat yang mungkin agak mencabar minda kalau kita cuba nak rationalise it out.
Akhir kata, usah biarkan hidup anda diselubungi.........misteri......
Subscribe to:
Posts (Atom)