Monday, January 31, 2011

Semua naik

Hah, RON97 naik lagi seposen mlm nie??? Wah, this is really excellent, sebulan sekali harga petrol naik...sib baik setahun ada 12 bulan.....kalau ada 30 bulan, wahhhhh....mau rakyat malaysia ramai2 pakat bawak basikal pg keje...

Hmmm....orang lain senang2 pg overseas lah, buat dept senirik lar.....rakyat marhein mcm aku nie lar yg dok kena punish dengan kenaikan harga barang.....gamaknya kalau harga petrol turun for the next 10 months, kat malaysia nie masih lagi harga yang tinggi.....opsssss, terlupa.....statement tak blh blah dari mereka "harga petrol kita masih terendah berbanding negara asia lain"......

Terima kasih banyak2 lah kerna naikkan harga bahan api.....so, lepas nie, wajib implement "Minimum wage/salary" untuk semua yang bekerja, yelah, nak tampung cost sara hidup yang makin meningkat. 

Nota kaki:  berapa gamaknya actual damage kat DUN Tenang?? Could this be the triggering factor kenaikan harga petrol?? Jibby, sila jawab, jgn semedang nk pg overseas aje...huh!!

Sunday, January 30, 2011

Jalan2 Hujung Minggu

It was a very wet Sunday morning. Aku terbangun awal, gara2 ada appointment dgn my bosom buddy, Umi. So, around 8:30 dah mula bersiap dan mandi. Then, by 9:00, dapat call, Umi kata dia dah on the way.  Oh my Gucci, aku baru aje habis mandi. So, bersiap ala kadar dan off to PJ.

Tempat lepak kitaorang hari ini ialah AMCorp Mall.  Ye, mungkin ada yang tertanya2 apa yang istimewanya tempat itu. For your information, pada setiap hujung minggu akan diadakan "flea market" di dalam AMCorp Mall.  Terdapat banyak barangan yang dijual....dari novel2 terpakai hinggalah ke barangan antik yang harganya mencecah ke hampir ribuan ringgit.

Apabila berjalan2 di "flea market", secara tidak langsung kita akan terbawa ke era "the good old days".  Serasa seperti berada di zaman 60-an apabila melihat barangan yang dijual....Terdapat record player dan record lagu2 lama, pinggan mangkuk lama, telefon lama pun ada. I could conclude that live was very much simple those days.....terdapat juga camera lama yang amat menarik perhatian ku.  Tadi juga aku ternampak ada penjual yang menjual keris2 lama, tak tau mengapa aku tertarik melihat dan memegang keris2 itu....terasa bersemangat semacam aje....hehehe

Kami berjalan ke semua tingkat, keluar masuk kedai2 dan melihat barangan yang dijual.  Dan sudah semestinya kami menuju ke tingkat 3 kerana di sana terdapat satu kedai yang memang kami mau berkunjung. Tak payah lah aku cerita kedai tu jual apa.....biarlah rahsia.  Memang seronok bersembang dengan tuan punya kedai.  Seorang wanita cina berusia pertengahan 60-an yang mana aku mati2 ingat dia tu berusia dalam lingkungan awal 50-an.  Rahsia awet muda auntie itu ialah rajin2 makan collegen seawal usia 30-an lagi.  Dia tak buat botox treatment, plastic surgery pun tak...tapi bila dilihat kulit mukanya secara dekat, mmg nampak kulit muka dia supple, licin dan natural.  Definitely tak de proses facelift dan surgery yang terlibat.

Setelah menghabiskan duit dikedai tu, kami masuk lak kedai buku.  As always, bila masuk kedai buku, gerenti sejam baru keluar.  Then, baru ler terasa lapar.  Kami meneruskan perjalanan mencari makan dan ended up kat Subway Sandwich outlet.  Hari masih lagi hujan pada ketika itu dan kami pun lepak2 makan sandwich sambil bergebang.

Sedar tak sedar, jam udah menunjukkan pukul 3....kami pun bersurai membawa haluan masing2.....dan akan cuba arrange satu lagi outing a.k.a holiday sebelum puasa bermula......destinasi......Utara....here we comeee.....

Tgk lah, kalau aku rajin kang, aku tepek gambo....

Saturday, January 29, 2011

Main masak2: sajian hujung minggu (1)

Hari ini adalah hari yang sibuk.  Pagi2 lagi dah drive ke KL, Lebuh Ampang to be more precise.  Ada sikit hal kat sana....tunggu punya tunggu, akhirnya dah dapat barang yang dicari.  Then, drove out of KL soonest possible.  Jalan banyak tutup kerana raptai sambutan Hari Wilayah.  Itu pun traffic dah mula sesak. 

Dari KL, kami meneruskan perjalanan ke Putra Perdana, pergi kedai peberet kat situ...Chocolate Mansion.  Sesudah membeli apa yang patut, baru lah terhegeh2 nak balik rumah.  Nasib baik dah siap beli barang bekalan untuk dimasak for lunch.

Masakan hari nie very simple, tetiba rasa nak makan masakan kampung.  Jadi, juadah hari ini ialah Sawi putih masak lemak, ayam goreng berempah dan sambal ikan masin.  Semua siap dimasak dalam masa sejam.

Jadi, sudi2lah cuci mata dgn hidangan hari nie ye......

Have a good and relaxing weekend....


Wednesday, January 26, 2011

Usual rumblings and mumblings......(iii)

Di dalam kehidupan ini, sebagai manusia biasa, kita tidak dapat lari dari masalah dan situasi yang mencabar kesabaran kita.  Persoalannya, adakah kita bisa menghadapi segala dugaan dan cabaran ini dengan penuh kesabaran dan ketenangan?  Dapatkah kita menghuraikan segala permasalahan itu dengan terperinci, hingga bisa mengesan persoalan sebenar masalah itu?

Kadangkala, dalam menyelesaikan permasalahan yang kita hadapi, kita terpaksa bersikap pentingkan diri sendiri dulu.  Adakah kita pasti, apabila kita mengorbankan perasaan kita, pengorbanan kita itu dihargai dikemudian hari??  Kebahagiaan mereka kita dahulukan dengan mengenepikan kehendak dan kemahuan kita dan alangkah sedihnya apabila pengakhirannya berakhir dengan kekecewaan.....

Like they say, grab the chance while you can, fulfill your dreams and wishes first before trying to accommodate to others.  Jangan persiakan peluang yang ada kerana peluang sebegitu cuma datang sekali, who knows when you finally want it, it might be too late.........

Life is all about gamble.....one must be daring enough to take the risk....either good or bad, decision needs to be made.....and stand firm with the decision that we made, whether good or bad.....

Ahhhh...sudah......this subject is too deep and complicated to be understood by me.....I'm signing off now...

Things we do during lunch time

Hari nie sewaktu lunch satu rombongan Cik Kiah telah mengadakan lawatan mengejut ke satu outlet di Contact Pier.  Matlamat utama, ingin mencuci mata dan mengosongkan poket membeli belah di outlet yang sedang mengadakan jualan murah. 

Ini maskot outlet nie.  Memang tengah sale sampai awal bulan February.










Overall, the sale is ok tapi barang yang kitaorang cari tak ada ler.  Yang barang new arrival, memang cantik tapi kena fikir dulu sebelum beli.

Aku ended up beli 2 shopping bag, limited edition punya kaler.....red and pink.

Inilah outlet yang rombongan cik kiah singgah tadik.











 
Selepas penat cuci mata dan mengosongkan poket, kami lunch kat Food Garden.  Tried the Taiwan House punya Beef Noodle soup...ok lar, cukup untuk mengenyangkan pewut ku.

Dan selepas itu, rombongan cik kiah happy2 heart masuk report duty semula ke office.....

Tuesday, January 25, 2011

Jalan2 Cari Makan - Putra Heights, Subang

Hari nie balik dari office terasa penat sangat.  Hajat di hati mula2 tu nak masak something soupy for dinner..then, ada yang ajak makan kat luar, apa lagi....terus kata ok aje.

So off we go to Putra Heights.  Restoran ini terletak dalam kawasan perumahan.  At first, I thought the owner is chinese tapi rupa2nya, melayu kelantan.  Ok, ambience dia memang dipengaruhi dengan hiasan ala2 English design.  Cantik dan tenang aje.  There were 4 of us and each of us decided to order different food. We ordered mushroom soup and garlic bread, fried glass noodle, fried kuey tiaw with beef and crispy fried mee hoon.  And we decided to share the cream puff.

The service is good as we need not wait too long for the food to be served.  The food ordered is excellent, cukup rasa garam dan kelazatannya memang terasa.  One thing I noticed, ramai orang datang makan kat restoran tu bersama keluarga so I guess this is a family joint.

Nama restoran ini adalah Kassa Corner Restaurant dan terletak tidak jauh dari Giant Putra Heights.  A word of caution, kalau boleh elakkan berkunjung ke restoran itu dalam jam 8 malam kerana itu adalah waktu beban puncak kedai tu, takut2 terpaksa menunggu lama for the food.

My verdict:  A good family oriented restaurant, food is good and service is excellent.  In terms of pricing, it is within the reasonable range and in fact, I was kind of surprised harga barang makanannya lebih kurang sama macam harga di gerai.  Food spread and selection banyak merangkumi asean and western food.  Definitely will be going there again in the near future.

The deco....nice, definitely would want to have this in my kitchen




 

Sunday, January 23, 2011

Cerita Hari Minggu

Hari minggu adalah hari untuk bermalas-malasan sedunia, bagi aku lah.  Pagi tadi bermula agak lewat bagi aku.  Dalam tengah hari baru keluar dengan misi untuk meneroka kawasan baru.  So, off we go to Putra Perdana. 

Hajat sebenarnya nak pergi cari nurseri, mak aku mau beli pokok.  So, kami singgah di nursery yang terletak betul2 di jalan masuk ke Putra Perdana.  Tapi nan ado, tiada yang berkenan di hati.  Kami meneruskan perjalanan meneroka kawasan Putra Perdana.  Dalam cruise to nowhere tu, kami terjumpa satu kedai yang amat menarik perhatian kami untuk singgah, Chocolate Mansion namanya.  Memang boleh jadi rambang mata melihat homemade chocolate yang terdiri dari pelbagai perisa.  Setelah melabur duit di Chocolate Mansion, kami singgah ke pet shop.

Kami sebenarnya berhajat untuk survey and if possible, beli anak ayam.  Memang ada anak ayam tapi anak ayam serama, no-no mak aku tak mau.  Dia mau anak ayam gajah jugak.  Kami pun memesan dengan tuan punya kedai agar dicarikan anak ayam gajah.  Hati aku tertarik dengan anak kucing di dalam kedai tu.  Orangey and a bit brownish....very the manja.....harganya pun boleh tahan mahal, RM250...yang betul2 anak persian cat, siap ada certificate lagi, harganya RM500++.  Berpikir aku berpuluh kali....lain kali aje lah, maybe time ada duit lebih or time bonus.....hehehe.  Aku pun ada membeli ubat cacing untuk anak kucing ku.  The kittens tak mau makan and aku perasan ada cacing dalam najis mereka.  Jadi, ku belikan ubat cacing untuk diberi kepada kittens tu.

Balik rumah, aku leka main game dan tertidor.  Cuma tersedar bila message di handphone berbunyi2.  Yes, ada bonding session dgn the usual suspects.  Dah aku bersiap bagai, hari pun hujan tapi still, hujan tak bisa mematahkan semangat ku utk berbonding dgn the usual suspects.  Baca betul2 ye, bonding, not bondage...muahahahha

So, went off to GE Mall for early dinner cum bonding session.  Biasalah, makannye sikit tapi ngobrol dgn gelak bagai nak rak berjam2.....Lantas, dapat berita gembira......dan tiba2 terasa yang KL nie kecik aje.... pusing2 kat situ gak bertemu......Long lost buddy will be reunited soon.....dan seronok juga mengimbau kenangan lama, zaman2 giler dulu.....

Lepas makan, kitaorg lepak lak kat Starbucks...sambil cuci mata.  Best sebenarnye lepak kat situ, kawasan yg org tak ramai, byk selebriti lepak kat situ gak...tiap kali pergi, mesti ada terserempak dgn selebriti....hari tu terserempak dgn mi baby Anuar Zain, sib baik aku tk pergi serbu dia....muahahaha
True enuf, tiba2 terdgr siren polis masuk kawasan kompleks mengiringi satu kereta....wah, Tengku Bainun turun kereta dengan anak dia.....ada dinner agaknye kat situ.

Dah boring cuci mata, kitaorg pg window shopping at our favourite place, Cold Storage.....then we bid goodbye, hopefully satu lagi sessi cuci mata next weekend......Ok Umi, next week kita pergi PJ lak, kan ke ko kata nk tgk kedai tu kan??? Dgn penuh rasa berbangga akan ku tunjukkan pada ko....muahahaha

Sorry, this time round, no pic....sebab aku malas nk upload.....