Selamat menyambut minggu terakhir bulan April 2010. So fast one this year, rasa2 macam baru aje menyambut tahun baru ittew hari, now, dh masuk bulan empat...tak lama lagi puasa, then raya........tetiba dah cuti christmas........tak terasa langsung...
Wokeh, hari nie aku nak tepek resipi buat pulut kuning. Ada yang tanya ittew hari tapi baru lah sekarang ada rasa kelapangan sikit....As always, resipi ini aku buat ikut sesedap tangan yang buat dan the availability of bahan yg ada pada masa itu... nak bagi specific measurement pun, payah lar sikit....anyway, sila lar cuba yek
Pulut kuning
Bahan2:
Beras Pulut - selalu aku buat dlm 3 kg
serbuk kunyit
asam keping dlm sekeping....
1. Basuh beras pulut sampai air nya jernih...
2. Rendam pulut dengan air, kemudian dimasukkan serbuk kunyit ikut suka...kalo nak warna kuning tu lebih pekat, letak ler byk sikit. Bila dah masukkan serbuk kunyit, kacau2 ler air rendaman tersebut agar pulut kuning sekata.
3. Masukkan asam keping dalam rendaman tersebut. Ini satu petua agar pulut yang kita rendam tu nanti akan jadi berkilat bila dah masak.
4. Selalunya beras pulut ini aku rendam semalaman, agar elok dia kembang dan senang nak mengukus nanti.
Bahan B (untuk memasak)
Santan kelapa pekat (selalunya 2 kg aje)
Garam secukup rasa
Cara2:
Santan dan garam disatukan.....ikut cukup rasa....
Cara2 memasak:
1. Keesokkan harinya, basuh beras pulut yang direndam tu dgn air bersih....
2. Masukkan dalam loyang, then tuang santan pekat yg dh dicampur dgn garam (ikut suka rasa), paras santan sekadar menutupi beras pulut dalam loyang.
3. Masukkan loyang dalam periuk kukusan yang telah dipanaskan terlebih dahulu dan airnya menggelegak.
4. Kukus pulut hingga kembang dan berderai....ada lar dlm 45 minit, bergantung kepada size loyang yang digunakan. (Sekiranya pulut kelihatan mentah, sila tambah dgn adunan santan terbabit, ikut kadar yg diperlukan).
5. Angkat, sejukkan pulut dan sedia dihidangkan......
My thoughts and rumblings as I make my countless journeys through the path known as Life. This is my life, my thoughts, my rumblings...
Monday, April 26, 2010
Thursday, April 22, 2010
Untitled......
Sungguh lama tak update blog....kesuntukan masa....walaupun activity memasak masih lagi "on" seperti biasa....Ditambah pula dgn parents aku pg buat umrah awal bulan April, memang lari ler schedule yg dh mmg sedia ada......Never know we could survive selama 2 minggu tanpa ada orang yg dok selalu remind kitaorg buat apa yg patut...hehe
Ok, aku terpanggil nk berkongsi citer kat sini. How do I start without even giving a single hint who am I referring to?? Ok, let's put it this way, entry kali ini tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun, sama ada hidup atau pun mati....sebarang persamaan adalah kebetulan sahaja.
Cerita yang nak aku kongsikan hari ini adalah pasal masalah perkahwinan. From my point of view, sebagai seorang yang masih single tapi banyak exposure dan pengalaman kengkawan, separation and divorce adalah satu langkah penyelesaian terakhir. As a grown up and matured adults, we should sit down and talk the problem/matters concern in a very civilised way, rather than bergaduh, jerit2, pukul2 macam orang tak de tamadun.
For me, perkahwinan adalah satu ikatan yang sungguh suci dan murni, and that is one of the reasons as to why I am still single. Bagi aku, perkahwinan bukan sekadar "aku suka ko, ko suka aku...kita kawen lah", ianya lebih dari itu. Ia adalah satu ikatan yang menyatukan dua jiwa dalam satu hubungan yang teristimewa.....menyatukan dua insan yang berbeza latar belakang, pengalaman, persepsi hidup....dan semestinya perkongsian ini bukanlah sesuatu yang mudah dan boleh dipandang remeh.....
As they say in English, Life never promise us bed of roses....so, we better be prepared for the ups and downs...Ok, back to the topic yek.....Bila berlaku perselisihan dalam berumahtangga, kedua-dua pihak lazimnya akan menuding jari terhadap satu sama lain. Tapi, sebagai orang luar, aku percaya kepada "there's always 3 sides of the story, one from her side, one from his side and one is the whole truth, which normally, nobody knows". Aku tak pernah tak sides sama ada yang suami atau isteri bila mereka bercerita pasal marriage problem diaorg sebab aku tak tau the whole truth...sekadar nak jadi tukang dengar and a shoulder to cry on, yes, I might be able to do that.
Bila jadik tukang dengar nie, aku cuma dengar dan dengar aje.....and bila dapat tahu kebenaran cerita itu pada akhirnya, selalunya aku rasa seperti tertipu.....tapi, aku selalunya akan menjauhkan diri dengan orang macam nie....coz, diaorang cuma nak simpati dan orang yang menyokong tindakan dia....itu aje, walaupun diaorang tau apa yang diaorang buat ni, memang salah.
Baru-baru nie, sekali lagi ribut melanda. Kali nie, melibatkan suami yang selama ini di"sponsor" oleh isteri....kedua2 pihak bekerja tapi the breadwinner for the family is the wife. Laki dia keje gak, tapi abaikan tanggungjawab menyara keluarga...si isteri pendam dalam diam segala ketidakpuasan hati terhadap tindakan suami selama mana mereka berkahwin.....ibarat api dalam sekam...ianya membakar secara tak nampak, orang sekarang bilang "makan dalam". Sehinggalah si isteri diberi kesempatan berkawan dengan seorang perempuan yang celik sikit matanya mengenai peruntukan undang2 syariah. Si isteri proceed to file for divorce, which in a way, was a slap on the husband's face. Si husband ni pulak spesis rasa dia nie maksum sangat, tak de penah buat salah dan tak mengaku kesalahan....Quite bitter experience that they went through......and tak pasal2, kawan si isteri dia ni, yang celik pasal undang2 syariah telah dihantar mesej ugutan oleh si suami....cacian, maki hamun dan segala tok nenek. Hello brudder, what is wrong with your brain?? Gile ke hapa nak maki2 anak orang???
Aku yang jadik tukang dengar nie, makin copot jantung bila mikirin ugutan tersebut...sampai jadik kes polis bagai....tapi aku tak boleh nak interfere sangat, kang dengan aku2 terpalit dan tertarik sama.....sebagai orang luar yang benar2 luar dari lingkungan permasalahan ke tiga2 pihak nie....aku cuma boleh bagi pandangan dan nasihat aje....nak komen lebey2 pun, rasa tak layak.....
Buat si suami, sila lah muhasabah diri....kurang2kan lah ego anda itu, terimalah kenyataan yang selama ini, memang anda tak beri nafkah pada keluarga...tak terlambat untuk berbuat demikian...sila lah jelaskan nafkah kepada anak2 anda itu....
Buat si isteri, bersabar sahaja lah....moga kesabaran anda akan membawa kepada penyelesaian masalah ini. Kuatkan semangat, demi anak2 anda itu..
Buat kawan yang celik undang2 syariah, berbanyaklah bersabar.....niat suci anda telah disalah tafsir oleh orang yang tak bertanggungjawab....serahkan segalanya pada Allah, dan buatlah police report lagi sekiranya anda terima ugutan2.....
Notakaki: Ini yang buat aku takut nak settle down nie.....huhuhu
Saturday, March 20, 2010
Main masak2: Pulut Kuning dan Rendang ayam negeri sembilan
Hari nie pagi2 lagi aku dh decide apa nk masak untuk lunch, tetiba aje terasa nak makan pulut kuning dengan rendang ayam. Maka, dgn kadar segera, aku telah ke pasar mencari bahan2 utk dimasak.
Sebenarnya dari bulan lepas terasa nk makan pulut kuning. Seblm nie, kalo teringin nak makan, aku akan ke kedai Yati Ayam Percik kat Mydin Subang tapi masa aku pergi hari tu, diaorg kata dh tak buat lagi.....kempunan lar aku......sebab, kat situ lah pulut kuning dia memenuhi kehendak dan selera aku.......terbantut selera nk makan pulut..
Tapi hari nie, mmg tak dapat dihalang lagi, lantas pagi2 bangun, aku dh rendam pulut.....then pg cari bhn nk masak.....sempat lar merasa masa makan tgh hari tadi....
Saturday, March 13, 2010
Jalan2 Cari Makan
Saturday, 13 March 2010

Ini gambo sessi meroti tisu pada petang tadi, so bawak2 bersabar yek kengkawan.....si zura heppi bangat dpt makan roti tisu utk kesekian kalinya,......hehehhe


Ini gambo sessi meroti tisu pada petang tadi, so bawak2 bersabar yek kengkawan.....si zura heppi bangat dpt makan roti tisu utk kesekian kalinya,......hehehhe
Now, aku citer pasal sesi Jalan2 Cari Makan yg berlangsung pada pagi hari nya....
Hari nie aku rasa bosan. Tak tau apa nak buat....and tetiba dapat idea pergi buat sessi Jalan2 Cari Makan. So, lokasi Jalan2 Cari Makan hari ini ialah ke bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan. Aku pun bunyikan semboyan dan bergegas lah anak kapal menyiapkan diri untuk sessi kali ini.
Lokasi tempat makan kita pada hari ini ialah Kedai Kak Jan** (psssttttt, itu bebudak opis aku yg bg nama) di Kampung Jijan, Nilai....dlm bandar Enstek lar gak. Kedai makan ini terkenal dgn set lunch asam pedas nya yang terdiri dari ikan baung, ikan pari, ikan kembung dan tenggiri. Selain dari itu, terdapat juga makanan lain seperti bubur nasi, sup sayur, soto dan macam2 lagi.....(cewah, berangan jadik Maria Tengku Sabri lak aku nie....wakakakaka)
Sila lah cuba nasik ayam dia nie, memang sedaps dan lain dari yg biasa tu.....ohhh, abaikanlar tisu seketul kat dlm gambo tu yek...
Set lunch yang dipilih, asam pedas ikan tenggiri.....donut 3/4 ketul tu sekadar sampingan aje...hehe
Ini ialah donut yang turut dijual di kedai tersebut. Memang gebu dan sedapss sangat, dah sejuk pun masih terasa kegebuan dan kelembutan nya.......
Ini gambo ABC yg sedapssss dan murah.....tapi word of caution, jgn order ABC nie kalo nk makan nasik sebab nanti terkenyang dan tk dapat enjoy kelazatan masakan lain...
Sebenarnya, dah dua hari berturut2 aku lunch kat kedai nie. On Friday, pergi dgn bebudak opis, depa yg perkenalkan aku pada kedai nie. Dan hari nie pulok, saje aje aku nk ajak anak kapal yang lain terjebak sama....hehehe
Apa2pun, sila lar enjoysss sama tengok gambo2 yang ditepek yek....
Wednesday, March 10, 2010
Holidaying by the Beach????
Hmmm....ujung bulan nie, nak pg holidaying by the beach. Sebenarnye, swimming suit yg aku ada tu dh lama dh aku pakai, so aku dh mula berkira2 dr late last year, nk beli bikini lar pulok...muahahahhahahahah....The thing is, where to get the plus size bikini in malaysia??? and the most important question, sanggupkah aku berbikini without feeling weird??? wakakakakkaak
Tak pe, sekarang aku tgh survey kat tenet, design2 bikini for plus size......cantik2 tapi how lar... sanggup ke aku???

Ini yg aku berkenan tgk online kat http://www.loveyourpeaches.com/
Ohhhhh tidakkkkk......adakah aku sebesar ini??? huhuhuhu
More to come....heheheh
Yg itam putih tu bukan bikini, one piece swimwear aje nyah....tapi sweetss sesgt.....

Perkara pokoknya, BERANI kah aku???? hehehehehe
A quickie
Hmmm....apa nak tulis yek??
Ok, to start off with, semlm balik keje, aku tetiba terasa nk masak something simple. Malas nk makan nasik, so, I've decided to goreng mee hoon. So, bila korek2 fridge tu, ada lar cukup bahan nk buat. Aku namakan mee hoon goreng kampung. Oklah, berbaloi lagi masak kat umah dari beli kat kedai dan tak tau sedap ke idak kan....
So, ini resipi mee hoon goreng kampung aku. As always, aku tk de sukatan secara terperinci, ia lebih kepada ikut rasa hati dan stok yg ada masa tu.....heheheh
Mee Hoon Goreng Kampung
Bahan2:
Mee hoon satu paket
udang kering segenggam (rendam dgn air panas nk buangkan sikit rasa masin dia)
Bawang putih 7 ulas
Udang segar segenggam (sila buang kulit kalo rajin)
capsicum hijau (ini ada dlm peti ais kat umah semlm)
Sayur Yaw Mak Tham (ala2 mcm lettuce tp kecik sikit, nanti aku try tepek gambo)
cili kering yg dikisar - 3 sudu besar
taugeh - kalo suka, letak ler
garam
serbuk perasa
Cara2 masak:
1. Mula2 rendam mee hoon dgn air paip. bila agak2 dh kembang sikit tu, buang setengah air tu dan masukkan air panas menggelegak dlm mee hoon ittew. Biar dia kembang dan lembut. Jgn lama2 sgt, nanti mee hoon korang lembiks...
2. Kupas bawang putih dan tumbuk bersama udang kering agak2 lumat.
3. Panaskan kuali, lepas tu masuk minyak. Agak2 dh panas minyak, masukkan campuran bawang putih dan udang kering yg ditumbuk tadi. Biar bahan2 tersebut garing dan naik bau.
4. Masukkan cili kering kisar tu. Agak2 dh naik bau, baru masukkan capsicum....kalo kering sgt, tambah sikit air panas.
5. Agak2 capsicum dh separa masak, masukkan mee hoon tadik. Gaul rata....biarkan sekejap. Then masukkan udang. Aku dh celur udang tu dulu dgn air panas menggelegak, so masuk kemudian pun tarak hal...hehehe
6. Then masukkan sayur Yam Mak Tham tu......sila ingat yg sayur nie cepat masak, so masukkan last2 lg bagus, dia jadik crunchy. Then masukkan taugeh.
7. Tabur ler ikut suka rasa garam dan serbuk perasa.....gaul rata dan biarkan dlm 5 minit dan siapppp........
Itu yg aku buat semlm, kalo rajin cuba lar.....Sorrry, no pic, dh ngap seblm sempat amek gambo.....hehehe
Thursday, March 4, 2010
Resipi Coq keria @ Kuih Keria

Hehehehe....aku nk tepek resipi coq keria nie...sebab ada request dr Ticer Syah....Utk ticer Shah, aku ni tak reti nk tulis resipi sebab aku buat ikut sedap tangan aku mengadun dan berapa byk bahan yg ada....issshhhkk, camner lar cara aku masak nie....huhuhu
Coq Keria (Kuih Keria)
Bahan2:
Ubi keledek (ikut apa yg ada, kalo ada yg warna oren pun ok, putih pn ok aje...purple pn cantik gak)
tepung gandum
garam secubit
Cara2:
Ubi keledek dibuang kulit dan direbus hingga lembut. Setelah lembut, dibuang air rebusan dan ditos. Mak aku bilang, suh tunggu sampai ubi tu sejuk baru dilecek, tapi aku maleh.....aku terus aje lecek bila air dh kering2 sikit tu....
Setelah dilecek, masukkan tepung sikit demi sikit, ikut sedap tangan mengadun. Bg aku, as long as, adunan tu ada lekat sikit2 kat tangan, dh ok dh....kalo terlebih tepung kang, jadik keras pulak coq keria hangpa nanti, tak sedap tu....
Lepas dah adun, bentukkan seperti donut dan goreng......kalo nk pakai donut cutter pun boleh kot, tapi aku hari tu pakai tangan aje bentukkan ia, terasa mcm main playdough...heheh
Setelah itu, blh lah digoreng sampai kekuningan. Setelah kekuningan, angkat dan toskan minyak. Biar sejuk kejap dan lepas tu blh kita sira.
Sira Gula
Bahan2:
Gula ikut sukaair sikit
Panaskan sikit air dalam kuali. Bila agak2 dh nk menggelegak, masukkan gula (ikut suka lar kan). Pastikan nisbah gula lg byk dari air, cepat sikit dia likat dan blh kita sira lepas tu...sampai gula tu jadik putih2 berkeping2 mcm dlm gambo....Jimat masa....
Gambo kat atas nie bukan coq keria yg aku buat ittew hari, ini aku pinjam gambo dari yahoo image....hehehe....moga ticer syah coba resipi hantam keromo aku ini.....
Subscribe to:
Posts (Atom)