Monday, April 16, 2012

Sessi Bakar Membakar - 15 April 2012

Sunday adalah hari yang busy.  Ada tempahan 2 biji (1kg ++) dan 12 ketul cuppies Red Velvet.  Disebabkan dah lama tak baking, terasa beraaaatt bebenor ler nak mulakan the first step.

Glad that it came out the way it should be.  Mucho gracias kepada yang mengorder, kalo tak memenuhi selera dan tak sedap, sila bagitau supaya dapat diperbaiki lagi adunannya.


Adunan sebelum masuk oven


Red Velvet Cake - 1

Red Velvet Cake - 2


Tiada dalam gambo - 12 cuppies.


Nota kaki:  Jumaat nie akan membaking lagi coz ada order utk 2 biji RV...thanks ya, fren.

Sunday, April 15, 2012

Sessi Jelajah Dapur - 03 April 2012

Ini memang delayed entry, like almost 2 weeks baru teringat ada buat sessi jelajah dapur on that date, itu pun masa tgh mengemas folder gambo2.

Disebabkan lately nie asyik balik lambat aje kerana kerja melambak2 (what's new), maka, by the time sampai rumah, dah tak leh fikir apa nak masak.  Maka, jadilah Sessi Jelajah Dapur yang very simple, sardine sandwich with cheezy wedges.

Wedges tu beli yang instant punya dari supermarket, the cheese lak, hasil belian dari budak kat opis.  Very simple to make the cheese, just add boiling water (sedikit demi sedikit) mengikut tahap kepekatan yang dikehendaki.  Selepas itu, pour it over the wedges yang baru digoreng dan walla, jadi ler cheesy wedges yang lagi sedapsss dari yang terdapat di KFC.

Sardine sandwich and cheesy wedges..

Saturday, April 14, 2012

The Usual Rumblings and Mumblings

Aku bercuti merehatkan minda dari hari Selasa hingga Jumaat....heaven, I tell you..besides the tremor incident, the rest of the days were spent doing something productive like masak2, kemas rumah, jadi gardener, supir and of course my favourite activity, window shopping.

Penat gak rupanya jadi gardener yek, buat keje menebas rumput, cantas/trim pokok2 kat depan rumah nie selama setengah hari pun, dah separa mati...the next day, sakit2 satu badan, nampak sangat tak biasa buat kerja ala2 buruh kasar....hahahha.

And as always, whenever I'm at home, the small one tiba2 aje lar tak sihat, demam lar...maybe alasan nak mengikut mak ngah dia keluar berjalan2....hehehe.

Oh ya, gonna be busy on Sunday, ada tempahan buat Red Velvet Cake and cuppies, so by tomorrow morning kena pergi cari bahan2 membuat cake at my favourite store....lama rasanya tak baking, ini semua gara2 tak de mood dan tak sampai seru nak baking.  But last Wednesday ada yang mintak tolong, so, aku pun cubalah mengembalikan mood membaking itu kembali. 

Now, where is my recipe book nie?  Dah nak kena listdown all the ingredients needed so that tomorrow boleh pergi beli aje....

In case ada yang tak kenal rupa bentuk RV cake, nie aku tepekkan gambonye di bawah



Wednesday, April 11, 2012

Andai Ku Tahu

Imagine this, you are having a good time with your friends, doing your most favourite activity when all of sudden, you started to feel wobbly, the ground is moving, furnitures are shaking etc?  How would you feel and how would you react, knowing that something is really not right?

Itulah yang aku rasa hari nie.  Sedang aku bersenang lenang, relaks2, melalak kat karaoke dengan Neena dan anak2 dia, tiba2 serasa bumi ini bergegar, everything in the room is shaking and it lasted for at least few minutes.  Mula2 anak2 si Neena yang perasan sofa bergegar and thinking that it could be caused by the sound system.  At the same time, aku pun keluar dari bilik kerana nak ke toilet.  Tak berapa tapak aku berjalan, suddenly this one kind of feeling meresap dari kaki ku, dan terus ke kepala.....aku terpikir masa tu, maybe it was due to the fact that semalam aku makan sate kamben dan BP aku naik....balik dari toilet, aku masuk bilik and that's when baru betul2 terasa terhuyung hayang.  Segera aku keluar ke kaunter and nak tanya kat kaunter whether do they feel anything?  Pada masa yang sama, aku lihat ramai pengunjung lain pun bergegas keluar bilik....That's when I know that it is not my imagination, yes, there's tremor.

Segera masuk ke bilik semula, kitaorg mcm panik hingga tak mampu berbuat apa2 selain dari duduk dan merasai gegaran tersebut.  Aku lantas call mak aku and asked whether there's anything in the news and told her what's happening.  Mak aku dah mula panik dan mahu aku segera tinggalkan bangunan tersebut.  Semasa bercakap dgn mak aku, mata ku tak putus2 memandang ke arah ceiling, whether there's any sign of batu pecah2, retak etc.

Selepas bercakap, aku terduduk semula.....serasa seperti ajal sudah datang menjemputku dan aku tak bersedia.  Aku sempat lagi terfikir, adakah aku punyai masa utk menelefon kedua org tua ku dan meminta maaf?  And what if the building really collapse, adakah aku akan selamat dan berada di bawah runtuhan bangunan untuk berapa lama?  Can I go through this?  And one big question that was playing on my mind masa tu, what if aku mati dalam keadaan seperti itu, berada di pusat karaoke?  Aku tidak mahu ajal menjemputku dalam keadaan aku alpa dan leka dengan hiburan dunia......

Emosi ku pada masa itu bercampur baur, sedih, takut, sebak etc.  Memang menitis gak air mata tadi mengenangkan segala dosa2 yg telah ku lakukan.

Bila situasi dah settle down, kitaorg masih lagi duduk di situ, terdiam dan terpaku.  Neena memang lagi tak tenang, her other half baru aje touchdown kat bumi Acheh. So, berbalas sms dan phone dia asyik berbunyi.  I know how she feels, and especially the kids, memang panik.  Bila dah dapat bercakap dgn her other half, baru lah aku nampak dia tenang sikit.

Sampai sekarang, aku masih berfikir kejadian petang tadi.  Ya, memang berlaku gempa bumi di Sumatera, reading nya ialah 8.9 pada skala ritcher.  And this is the second time I'm experiencing tremor semasa berada di dalam bangunan tinggi.  The first one was in year 2005.  Apakah aku masih tak sedar lagi bahawa Allah dah beri ku beberapa kali peringatan akan perkara ini?  Aku terasa sungguh kerdil tadi, coz no matter how brave and strong we are, kita masih takut bila diuji Tuhan.

Ya Allah, ampunkan segala dosa2 ku selama ini, tetapkanlah hati ku untuk selalu ingat dan patuh kepada Mu dan berikanlah aku kekuatan dan ketabahan untuk melakukan perubahan sebelum ajal menjemputku....

Thursday, April 5, 2012

Tiring Thursday - 05 April 2012

Hari ini memang memenatkan kerana dengan suka rela, aku menawarkan diri untuk menjadi committee for one event.  Since keje seharian aku adalah dealing dgn golongan VIP, maka, untuk tugasan hari nie pun aku kena jaga kebajikan mereka...what's new?

The event today

Bersama committee lain merangkap lunch and gossip buddies

camwhoring dulu seblm mula bertugas

Harith Iskander is one of the speakers today.  Bila aku bagitau nama aku, dia terus kata, "My first girlfriend is also Linda"...tu yg dia tulis mcm tu...hahaha
Seblm nie ada lak mangkuk yg kata "My ex fiancee is also Linda".  Linda must be a common name then.....hahahah

The performer for our cocktail party a.k.a. party buih, Dato' Syed Sobrie.  Dari zaman aku kecik2 dulu memang aku minat giler kat dia nie, dia kan pernah berlakon filem "Azura".  Akhirnya, setelah bertahun2, baru dpt jumpa face to face.

Overall, it is a successful event, all went smoothly and yang paling penting, we enjoyed ourselves very much.  Yg paling terpenting, besok or lusa, kami semua bakal tersenyum lebar bila pergi bank.....hahahha


Sunday, April 1, 2012

Sessi Jelajah Dapur - Ahad 01 April 2012

So, today, atas dasar kemanusiaan dan kasihan, maka aku pun mengambil order dari sorang nie, dia mintak pulut kuning, rendang ayam dan rendang daging untuk 20 pax.  Dia juga mintak semua food yang diorder dibungkus kerana ianya akan diberi ke surau, bayar nazar katanya.

So, the whole day today was spent in kitchen, preparing the pulut kuning and rendang....dah siap masak semua, dalam pukul 6 petang baru lah mula packing makanan tu.  Now, I'm dead tired, asyik duk keluar masuk dapur aje hari nie.

Pulut sebelum dikukus...

Proses membungkus pun bermula

Individually packed

Ready for collection and distribution

Cerita Minggu ini

Khamis 29 March 2012:
Finally, the big meeting is over.....teramatlah lega.  Makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah mengenangkan benda nie.  Once the meeting is over, terus aje call contact person kitaorg kat hotel tu, and ajak lunch.  Depa yg lain makan kat ballroom, aku relaks aje enjoying my lunch at the coffee house.....

Lepas lunch, sambung lagi dengan meeting sampai kul 8:30 malam.....balik rumah cam zombie.....tak pikir apapun kecuali tido

My lunch.  Since event went smoothly without any hiccups, maka kita makan besarrr for lunch.


Jumaat, 30 March 2012:

Hari yang sungguh nyaman dan tenang dalam opis.  Still speculating on the issue yg terjadi sehari seblm nya....Apasal jadi macam tu?

Hari yang tenang utk go out and have good lunch with buddies...which we did....No doubt penat semalam belum recover but still we had good time.



Nota kaki:  Motif citer satu persatu aktiviti minggu lepas?? hehe