Tuesday, March 6, 2012

Of the usual rumblings and mumblings

Mengapa lah bila aku rasa2 keadaan dah tenang and under control, tetiba ada aje benda baru yg muncul?  I thought everything was over a long time ago, but to reappear again (on off and on basis, without fail), it's like, what??  Berilah aku ruang untuk bernafas, belajar menikmati makna kehidupan tanpa gangguan dari mana2 pihak...I need time for myself...to relook at what I really wanted in life, and I believe by now, aku dah tahu apa yg sebenarnya aku mahu dari kehidupanku.

Just remember, kalau Allah kata ianya terjadi, maka terjadilah ia...kun fayakun.  Kita cuma manusia biasa, yang tak lepas dari melakukan kesilapan.  Dan sebagai orang dewasa, seharusnya kita belajar dari kesilapan yang telah kita lakukan dan mulakan hidup baru.  Aku doakan semoga Tuhan memberikan hidayah dan petunjuk kepada kamu agar kembali ke jalan yang lurus, moga dihilangkan segala perasaan yang ada dalam hatimu itu dan moga kamu dipertemukan dengan orang yg lebih baik dari diri ku, yg bisa membuatkan kamu melupakan sekaligus memadamkan segala macam perasaan yang masih bersisa dihati mu..... 

Wednesday, February 29, 2012

29022012

Special day today.....hari ke 29 dlm bulan Februari, tahun lompat.  Lagi 4 tahun (itu pun kalau umur panjang) baru ada hari ke 29 lagi...

Always make me wonder, kalau ada baby lahir pada hari ini, adakah besday nye disambut 4 tahun sekali?  Bagaimana lak dgn umur dia?? Macam mana nak register sekolah etc??

Setakat nie, aku tak kenal siapa2 yg lahir on this special date, jadinya aku tak pernah berkesempatan nak menanyakan soklan di atas kepada these special babies....

My day today?  Wonderful and great...of course lah coz tak de meeting, stress pun tak de lar....looking forward for more positive and good news dalam jangkamasa terdekat nie.  Tadi masa lunch, ada informer dah bagitau yg benda aku looking forward tu bakal diajukan ke peringkat atasan soon.  Moga ada rezeki aku di situ.....

Tuesday, February 28, 2012

Tips untuk those yg buat part time study

Tiba2 tergerak hati nak berkongsi dengan semua berkenaan tips2 utk those yg buat part time study.  Aku tulis nie berdasarkan pengalaman peribadi aku masa buat degree beberapa tahun lepas and maybe it could be used by those yang rasa sesuai dengan cara approach aku.  Ini pun kerana ada staff kat office yg aku nampak mcm hilang punca coz hari tu ialah first time dia amek final exam for her first semester.

1.  First of all, it is better kalau kita dapat menguasai bahasa inggeris dgn baik.  Ini kerana 99% buku teks, rujukan dan past year papers adalah dalam bahasa tersebut.  Macam mana nak improve our english?  Read a lot and try to speak the language.  Rajin2 kan diri tgk programme dlm bahasa berkenaan.  At the same time, learn to express yourself and ideas in english.  Ini penting terutama apabila menjawab soklan final nanti (applicable to papers yg kita kena kembangkan idea dan isi dlm english).

2.  Tgk dan fahami programme/subject and topic outline.  It will give us rough ideas as to apa yang penting dan apa yang kurang penting.  Sebagai contoh, utk paper Intro to Marketing, pasti asas "apa itu marketing" adalah penting.  Dont worry, after few semesters, kita pasti dah terror utk kenal pasti point yg penting.  Seperkara lagi, during the first class/lecture yg kita attend, normally the lecturer/tutor akan bgtau mana topic yg hot, penting dan peberet masa exam.  Sila take note and put extra effort and attention for that particular topic.

3.  Rajin2 kumpul dan attempt buat past semesters final papers. Ini penting sgt2 coz it will give us an idea as to what normally being asked during the final exam.  Normally lecturer pun rajin bg students assignment utk latih tubi dgn past year papers, so rajin2 lar buat latihan yek.

4.  Sebagai part time and matured students, kita nie ada kelebihan dari segi pengalaman.  Jadi, untuk certain subjects, kita boleh relatekan topic berkenaan dgn our experience.  Itu lagi bagus as kita akan lebih memahami akan subject tersebut kerana kita dah laluinya.

5.  Utk calculation papers, again, kita kena fahami formula, its applicability dan cara jalan kerja.  Skill lain yg diperlukan adalah kemahiran utk mengenal pasti permasalahan yg diutarakan dan cara jalan kerja yg memenuhi soklan yg ditanya.  Sekali lagi, rajin2 buat past year papers, we will learn a lot from there.

6.  Cari classmate yg boleh dijadikan kawan seperjuangan yg sanggup susah dan senang bersama.  Ini teramatlah penting kerana berdasarkan pengalaman aku, member2 sekeliling kita nie lah yg jadi push factor utk kita excel dan amek subject semaksima mungkin.  Member ini juga lah yg akan jd group member utk buat group assignment nanti.  I was blessed coz semasa aku belajar dulu, aku ada 3 org member yg sanggup mengharungi susah dan senang bersama2....kami saling bantu membantu antara satu sama lain.  Macam aku, coming from secretarial background and tak amek science stream masa sekolah dulu, I had difficulties dgn calculation, esp calculation add maths.  Kawan2 aku nie lah yg sanggup mengajar aku cara2 pengiraan dari A sampai Z.  In return, aku tolong diaorg utk lebih memahami subject marketing and strategic management.  Those 2 subjects memang aku suka bangat coz aku suka menggoreng sampai garing....hehehe

7.  This is the most important part.  Minat dan sentiasa beri tumpuan semasa lecture diadakan.  In my case, since kitaorg student E-Pjj, dalam satu semester cuma 4 kali attend lecture.  I might say that it's about 80% usaha sendiri dan 20% lagi dari lecturers.  Kita kena push diri kita utk buat the extra work, study dan fahami setiap subject then baru attend lecture (in our case, ia dikenali sebagai seminar).  Setiap kali seminar, lecturer akan cover 3-4 topics, kalau kita tak buat homework to study first, memang keciciran.  Masuk seminar 2 normally dah ada kuiz, and that would normally cover 6-8 topics....bayangkan betapa hecticnya life aku dulu.  Itu baru satu subject, kalau that semester kita amek 4 subject, tak ke berasap kepala??? hehehe.  Kalau tak faham, rajin2 ler tanya dgn lecturer, buat appointment to see the lecturer....most of them are willing to spend at least 1 hour to explain to us in details.

8.  And for the thesis part, first of all, carik lah lecturer yg paling garang dan korang geruni utk jadik mentor korang.  In my case dulu, first time buat thesis, aku drop coz kerja kat opis byk.  Then, the following semester, fakulti letak nama aku kat lecturer yg paling digeruni oleh semua student.  Terkucil gak aku pada mulanya.  Tapi setelah pergi jumpa dia utk kali ke 3, things are getting better.  Dia memang dah set target yg kitaorg semua kena ikut, he is very strict.  Semua lecturer lain pun gerun dgn dia. Normally masa Viva bila ditanya siapa mentor, sebut aje nama dia, lecturer lain mmg tau student2 under this lecturer mmg "creme de la creme"....the tough ones coz it is not easy to please him.  Aku teramat bersyukur fakulti letak nama aku bawah pengawasan lecturer nie coz I finally faham what my thesis is all about.  Aku amat2 terhutang budi dgn lecturer nie.  Setiap kali ada group appointment dgn dia, memang dia akan check draft thesis kami, bagi comment.  He really treats us like adults, banyak pengalaman dikongsi bersama.

9.  Last but not least, setelah kita put in our efforts semaksima mungkin, setelah kita attempt our very best masa final exam, jgn lupa berdoa dan berserah pada Allah agar dipermudahkan perjalanan hidup kita sebagai student.  What I would normally do dulu, everytime results exam keluar and all papers cleared, aku buat sikit kenduri kesyukuran kat surau rumah aku.....

Aku rasa setakat tu aje kot pengalaman aku masa buat part time study dulu.  All in all, I managed to grad as a 3 pointer, walaupun pada asalnya aku bukan dari Business and Accounting background.

Sekarang aku lagi terpikir utk further study buat Masters, terasa hidup kosong tanpa stress belajar...heheheh

Monday, February 27, 2012

Guest blogger: Curahan hati

Sekarang musim blogger ber guest blogger....so, aku beri laluan kepada blogger undangan nie meluahkan segala isi hati, isi pewut dia kat sini....dipersilakan....Ms. X
=================================================================================

Kadang2 rasa macam suka, selalu rasa macam rindu sgt nak ketemu, kadang2 rasa macam sayang.....

Dia tak tahu ke yg kita nie amek berat pasal dia, suka & sayang serta rindu nak ketemu dia?  Tapi kenapa dia buat kita macam batu yek?  Yelah, dulu dia pernah bagi paper weigh berbentuk batu tapi takkan dia sampai hati nak samakan kita dengan batu?

Kita nie perasan sorang2 ke?  Bila kita hantar mesej, email bagai (itu pun bukan selalu sebab kita tak nak dituduh mengganggu) dia jarang nak jawab.  Kita pun bukan selalu nak kacau dia, kita pun tahu dia sibuk nak pindah2 rumah, tapi takkan tak boleh nak balas mesej sekali sekala?

Kita bukan batu, bukan tunggul kayu...kita bukan tembok besar china...kita nie manusia jugak, macam dia.  Kita bernafas menggunakan oksigen dan mengeluarkan karbon diaoksida, macam dia jugak, tak ada bezanya.  Kita rasa seperti anak patung aje, diperkotak katikkan dan diperlakukan sedemikian rupa...

Kita tak tahu siapa sebenarnya kita di mata dia, kita pun tak pernah tanya dan kita rasa sekarang, kita tak nak tahu sebab tak ada bezanya keadaan dulu dan kini.  Kita pun tak tahu macam mana org2 sekeliling dia boleh tahan dengan dia.  Cuma kita harap dia akan rasa apa yg kita rasa suatu hari nanti, then baru dia tahu keadaan sebenar.  Maybe selama nie dia tak pernah alami rasa sepertimana yg kita rasa, dan mungkin inilah cara terbaik untuk dia.

Kita malas lah nak tulis lagi, kita rasa kita dah luahkan apa yang terbuku dihati kita selama ini.  Kalau kita tulis panjang2 pun, macamlah dia baca dan dia terasa yang kita tengah membebel pasal dia.  Terima kasih kpd tuan punya tanah yg sudi beri peluang kepada kita meluahkan perasaan. 

Nota kaki:  Thanks Ms. X kerana sudi mencemar duli kat blog aku.  Aku tak pandai nak nasihatkan org tapi aku rasa dlm kes mcm nie, communication is very important if we want a relationship to work.  Bila ada communication breakdown macam nie, susah lar.  Entah ler, aku pun tak tau apa yg Ms. X lalui dan alami selama nie, so I can't comment much.

Saturday, February 25, 2012

Sesi Jelajah Dapur: 25 Februari 2012

Ini hari adalah hari masuk dapur, itu pun quite late coz breakfast tadik dah buat mee goreng.  Korek2 dlm fridge, ada food stock, so clearkan apa juga bahan yg ada dlm fridge, maybe besok boleh restock balik.

Decided to cook rendang ayam cili api today.  Sayur lak, kobis masak lemak.  Ada sikit leftover sambal ikan bilis dgn kentang last nite, cukup lah tu.


Rendang ayam cili api

Si kecik dah book sudip.  Tak mo lepaskan, so, terpaksa pakai sudip lain...dia kata sedap sgt

Sessi Jelajah Dapur - 23 Februari 2012

Balik keje quite early, then mak aku cakap dia tak mo masak tonite, so terpaksa lah aku masak.  Sib baik dia dah prepare bahan2, cuma tinggal aku aje nak masak something simple and easy.


Ayam Masak Tomato

Ini aje sayur yg laku kat rumah nie:  Peria stir fry with garlic and dried shrimp

7 years itch....

Today marks the 7th year I'm working for this organisation.  I joined this place in 2005, on this very date itself.  Bermacam2 pengalaman telah aku kutip di tempat cari makan nie, bittersweet memories katanya.....

How long more will I be here?  Only time will tell, and in the meantime, while waiting for the moment to come, I'll stay put here (although dlm hati dah terlalu byk $%$%$^^%%$%##$#)

Anyway, happy anniversary to me....let's celebrate!!!