Saturday, February 11, 2012

Movie Review: Hafalan Shalat Delisa

Ianya bermula bila ada kawan aku kat FB letak link movie nie.  Semuanya kerana Astro sedang menayangkan citer nie kat channel yg kita kena langgan.  I didn't know anything about this movie tapi out of boredom, aku pun click lah kat Wall FB kawan aku. And definitely aku tak menyesal menghabiskan 1jam 40 minit tgk citer nie.

Ianya diadaptasikan dari novel yg mempunyai tajuk yg sama.  Berlatar belakangkan sebuah kampung di Bandar Aceh yg terjejas akibat tsunami.  Delisa nie ada 3 org kakak, Zahra, Aisyah dan Fatimah.  Dia anak bongsu and definitely bila dah ramai adik beradik pasti ada rasa cemburu, iri hati etc.  Delisa berpendapat bahawa setiap sesuatu yg dikerjakan perlu mendapat imbuhan/ganjaran/hadiah.  Jadi, sebagai hadiah kalau dia lulus ujian shalat, org tuanya akan memberikan seutas rantai emas berhuruf D.

Ditakdirkan pada hari dia menduduki ujian shalat, tsunami melanda bumi Aceh.  Dia terselamat tapi kakak2 dan ibunya meninggal dunia.  Sepanjang dia koma, dia melihat semua kawan2 dan teman sekampungnya pergi meninggalkan dia.

Ok, I wont want to tell all the story line here tapi trust me, it's worth watching.  Sepanjang2 tgk movie nie, air mata aku asyik meleleh aje......sedih tau citer nie.  And antara babak yg tak boleh aku lupakan ialah apabila Delisa sedar dari koma di hospital, dan terus buka selimut, dia terkejut melihat kaki kanannya telah kudung. Dia langsung tak menangis, dia cuma bersangka kakinya hanyut dibawa arus tsunami.  And dia tgk kaki kirinya masih ada, dia terus berkata "Kaki kiri masih boleh digerakkan lagi"..See, how positive this small girl can be.

Another scene yg aku rasa almost all of us could relate to is when teman sekampungnya, Umam, menjerit kegembiraan mendapat khabar bahawa ibunya masih hidup.  Lantas, Delisa suddenly let out all her anger yg selama nie dia simpan....and antara bait2 dialog yg aku rasa sangat terkesan ialah "......mengapa org jahat seperti Umam bisa mendapat ibunya semula walaupun dia jahat.  Allah tidak adil".  Time nie, memang air mata aku tak dapat dibendung lagi.....

Conclusion is, silalah tgk movie nie....ia pasti meninggalkan kesan pada kita.  Cara dakwah yg disampaikan amat halus dan I believe, all of us could relate to it.  Dialog penutup movie nie pun best gak, bila abi/bapa Delisa ckp kat dia semasa di pantai "Dugaan itu adalah satu ujian Allah buat kita supaya kita bisa lebih kuat dikemudian hari"....

Movie Poster

Delisa bersama ibu dan kakak2nya

Abi/bapa Delisa yg terkejut melihat kampungnya musnah dilanda tsunami


Kata2 yg amat benar

Kapten Smith yg menyelamatkan Delisa

Kapten Smith dlm movie ini....he looks familiar lar, ada iras2 my personal doctor...:-)

Nota kaki:  Sebuah movie yg penuh emosi....aku mmg emosi giler nonton movie nie, ok..  Dan ingat, seperti dialog dlm movie nie "Delisa shalat bukan kerna Delisa mau kalung, Delisa solat kerna Allah".  Banyak dialog yg "makan dalam" dlm movie nie....

Wednesday, February 8, 2012

My Usual Bebel-Bebelan

Dah lama sebenarnya aku nak tulis pasal benda nie tapi asyik tertangguh saja.  I know the topic can be quite controversional and now, finally I have the courage to do so.

Aku heran mengapa sesetengah golongan orang2 kita nie suka benar memandang rendah dan hina terhadap orang lain. Dan ianya lebih menimbulkan rasa hairan kerana perangai nie datangnya dari golongan yg ada sedikit ilmu agama.  Bukan sekali dua aku jumpa org mcm nie, dah banyak kali dah and kadang2 rasa lucu mengenangkan perangai mereka nie.

Sebab mengapa aku tergerak hati nak menulis kali nie ialah kerana ada satu kejadian.  Ada sorang hamba Allah tu datang kat aku semalam dan mengadu.  Sedara dia nak pergi buat umrah minggu depan dan dia minta tolong sedara dia tu doakan agar keluarga kawan aku nie berubah kepada kebaikan dan dijauhi segala malapetaka.  Tapi sedara dia yang nak buat umrah tu kata dia tak buat semua benda2 tu (doakan utk org lain hatta kaum keluarga sendiri).  Aku pujuk hamba Allah nie supaya bersabar.  Kita lagi mintak tolong dgn org and it's up to his perogative to do it or not.  We have no say.  Kata aku lagi, Allah lagi Maha Mendengar dan Maha Mengetahui....serahkan semuanya kepada Yang Esa, tak kira dimana pun kita berdoa, yang penting hati kita ikhlas dan redha dengan segala ketentuan Nya.  Ini mungkin bahagian kita yang Allah nak uji setakat mana tahap kesabaran kita.  Bersabar aje lah, pasti ada hikmah disebalik semua yang berlaku.

Rupa2nya sedara hamba Allah nie ada mengikuti satu tarekat dan disebabkan itu, dia seolah2 memandang rendah kepada kaum keluarga lain yang tak mengikuti apa2 tarekat.  Aku tak kata tarekat tu salah tapi we should go back to the very basic, agama Islam mengajar kita agar berbuat baik antara satu sama lain dan jangan sesekali menghina dan memandang rendah sesama penganutnya.  Apa sudah jadi?? 

Itu satu hal.  Lagi satu hal yang aku rasa tak berapa seronok adalah kerana sedara hamba Allah nie ada satu perangai yang agak pelik, dia tak suka kongsi ilmu dengan orang lain.  Contohnya, dia dah dapat ayat/doa tapi dia tak mau berkongsi dengan orang lain.  Apa lah yang payah sangat, ayat/doa tu pun adalah ayat2 Al Quran.  Berkongsi ilmu ke arah kebaikan adalah sangat dituntut, kenapa perlu kedekut?  Aku ada berkata kat hamba Allah nie supaya bersabar kerana doa2 dan ayat2 tersebut boleh diperolehi.  Zaman sekarang zaman internet, boleh refer ke laman web ustaz2 terkenal dan buat rujukan di situ.  Boleh juga bersoal jawab hal agama di website mereka.  Buku2 doa pun banyak terdapat di pasaran sekarang, tepuk dada tanya selera.

Tapi bagi aku lah kan, setelah mendengar cerita hamba Allah nie, aku boleh buat kesimpulan.  Tak perlu kedekut dengan ilmu yang kita ada kerana ianya mungkin sebesar habuk, mari kita saling berkongsi dan ingat mengingati antara satu sama lain.  Apa2 yang kita buat di dunia nie yang paling penting ialah niat.  Hati/perasaan kena ikhlas dan niat hanya pada yang satu. Lillah hi taala.  Mungkin mudah ditulis tapi amat payah untuk dilaksanakan.  Berdoalah banyak2 agar kita semua dijauhkan sifat2 seperti ini.

Nota kaki:  Teringat pulak pada sorang hamba Allah yang aku kenal nie.  Aku akui dia memang sorang yg taat perintah agama.  Tapi pada pandangan mata aku, tak perlulah brag.  Ada ke patut dia tanya aku, apasal aku selalu nampak/experience benda2 yg sepatutnya manusia seperti aku tak layak nampak/experience/lalui.  Pada pendapat aku senang aje, aku redha dgn setiap sesuatu/apapun yang berlaku and apa yg aku nampak/experience/lalui selama nie aku anggap sebagai salah satu cara Allah nak memberi kesedaran dan keinsafan kepada ku yang ada dunia lain yang wujud selain dari dunia manusia.  Ada banyak sebab mengapa ianya aku lalui dan bukan dia, hanya Allah yang Maha Mengetahui.....

Tuesday, February 7, 2012

Dekat di hati

Among the reasons for me to be home early everyday and to be at home during the weekend is because of Tamtam and Bubu.  Tamtam adalah my stress buster yg pertama.  Mula2 dia ada 4 adik beradik but then the rest mati sakit.  Mak Tamtam pun dh kena buang daerah, so for quite sometime already Tamtam bersama ku.  I think dah nak masuk 2 tahun.  An obidient cat, membesar dalam sangkar and kalau diberi peluang keluar, memang dia akan meronda kawasan.  And his main weakness is dia tak reti bergaduh, yelah, membesar dalam sangkar.  Pasal tu malas nak kasi dia keluar, kang tah mana2 kucen jantan lain datang cari pasal dengan dia.  I guess dia pun dah tau yg kalau dia keluar, pasti akan ada adegan yg tak diingini, so, dia pun make do dgn duduk dlm sangkar.

Then, last December, terjumpa dgn sekor lagi nie.  Bubu namanya.  Mula terjumpa Bubu masa pergi pasar seksyen 6, Shah Alam.  Masa tu dia dgn 2 ekor lagi adik beradik dia and somehow, Bubu yg paling manja, dia dok mengikut aje aku jalan.  Masa tu aku perasan yg Bubu and the siblings macam baru dibuang disitu coz kotak diaorg duduk tu masih penuh dgn makanan kucing.  Lepas habis function, aku pulang semula ke situ coz memang nak amek ke tiga2 ekor sekali gus.  Somehow, cuma tinggal Bubu sekor aje, 2 lagi dah tak de. Jenuh gak aku pusing kawasan tu tapi kelibat adik beradik dia memang tak ada.  I guess dah ada org lain amek kot.  So now, Bubu baru berusia 2 bulan tinggal dgn kami.

Setiap pagi seblm pg kerja, aku bersihkan sangkar Tamtam dan Bubu, beri mereka makan.  By the time aku balik keje, aku bersihkan sangkar mereka sekali lagi dan beri makan malam lak.

Update:  Foto2 Tamtam and Bubu terpaksa didelete atas buah fikiran Neena yg mengatakan tak leh amek gambo kucen, nanti nyawa kucen tak panjang....I dont wanna lose my Tamtam and Bubu....huhuhu

Sessi Jelajah Dapur - Tuesday, 07 Februari 2012

Pagi tadi pergi beli barang dapur dgn ibu ku.  Masa tgh menengok2 barang2 basah, ternampak frozen ikan nyok2 (katanya lar kan).  Memang aku nampak kat situ tulis ikan nyok2 and also aku nampak isi dia cam ikan tersebut, so terus ambil dan bayar.  Bila sampai rumah baru perasan, it is actually ikan bawal hitam besar yg dah siap dipotong.  Frust gak tapi still, ikan tetap ikan.  So, terus decide nak buat kari ala mamak. 

Ikan bawal masak kari ala mamak

Normally aku suka guna ikan pari utk buat kari nie.  Tapi disebabkan bapak aku tak leh makan ikan pari kerana dia ada sakit gout, hajat ku terpaksa dilupakan.  Buat ketam masak cam nie pun sedap gak.  Aku buat kari nie ada kuah sikit coz nanti kalo kering, bapak aku complain ler.....

Nota kaki:  Yes dear, this is the same curry that you had that day, the only difference is the fish being used.  Hari tu, ikan pari......today, I masak ikan bawal hitam tau.  

Sessi Jelajah Dapur - Monday, 06 Februari 2012

Semalam ada berlaku Sessi Jelajah Dapur.  As always, masa nak upload citer and foto, line lak lembab cam siput sedut, tu pasal ini hari baru diuploadkan citer.  Atas permintaan org yg tak ada selera makan coz demam, maka semalam aku buat ikan kembung masam air asam.  The moral of the story is, jgn guna jus asam jawa utk buat kuahnya sebab warna kuah itu memang pucat dan tak menarik.  Rasa masam semuanya cukup but kaler dia agak mendukacitakan.

Then, aku buat gak kari ayam utk yg lain.  And adik aku buat stir fry peria dgn udang.  Quite nice and cukup ler sampai dinner.

Ikan kembung masak asam for the unwell.


Kari ayam.

Thursday, February 2, 2012

Misteri, Fantasi atau Syok Sendiri

Kejadian baru benar berlaku, tak sampai 5 menet pun.  Aku sedang membaca semula posting2 tahun lepas and out of the blue, I feel so sleepy.....and tertido...dlm keadaan mata terpejam and baru terawang2, aku tiba2 ternampak something that shouldn't be seen with normal naked eyes....horror siott.....rambut dia....kalah berus dawai gosok periuk!!  Terus aku terjaga and dada berdebar2.....This is the dont know how many times benda camnie terjadi kat aku....

Aku rasa dalam bulan lepas pun terjadi camnie gak.  Masa tgh berwirid lps solat isyak, aku tiba2 mcm hampir terlena......tenang sungguh rasa coz dlm keadaan mcm tu, aku masih lagi berwirid dlm hati....then tiba2, muncul satu benda tu.....berbaju putih dan rambut gerbang panjang.....mcm nk dtg dekat aku but somehow tak leh....marah sgt nampaknya dia kat aku....aku terus terjaga semula, and berdebar2 dada ku....

Mengapa yek lately nie camnie?  Aku tak kacau org pun, aku suka aje layan kepala aku dan buat hal sendiri.....I live in my own world and couldn't be bothered dengan keadaan sekeliling.  Bila aku citer dgn org yg selalu tolong aku, dia cuma suruh aku jgn fikirkan hal nie dan teruskan apa yg aku buat.  Hmmm...the thing is, benda2 camnie selalunya caught me time aku nyer defense system is low and unaware.....

Wednesday, February 1, 2012

30 minit bersama Ustaz Don Daniel

Sekarang, ramai yang sedang memperkatakan perihal program ini. Tiba-tiba nama Ustaz Don menjadi femes dan mula meniti bibir2 penonton setia rancangan TV.  Aku mula2 pun tak ambil peduli sangat tapi selepas menonton video di Youtube berkenaan dengan ceramah beliau, hati jadi makin tertarik untuk mengikuti program ini.

Yang aku notice, cara beliau menyampaikan pesan dan nasihat adalah amat relaks.  Tak lah mcm sesetengah tu yg pada pandangan aku lar, suka nau memberi contoh pasal hal org lain, and ada gak diselang selikan dengan mengumpat.  Cara penyampaian yang santai dan pengisian yang bagus oleh beliau telah membuka mata dan minda anak muda untuk mula mendalami pengertian Islam.

Aku berasa bersyukur kerana ternyata kita ada banyak bakat baru yang boleh diketengahkan dalam acara berdakwah seperti ini.  Moga akan lebih ramai lagi anak muda Islam yang akan sedar dan mula berbalik semula kepada ajaran Islam.

In case korang pun cam aku gak, tak kenal bagaimana rupa ustaz nie, sila refer pics kat bawah nie yek.....

Gambo nie byk kat wall FB member2 aku.....

Ustaz Don Daniel