Sunday, November 13, 2011

Jalan2 Cari Makan - 13 November 2011

Bangun pagi nie, tiba2 aku teringin nak breakfast nasi lemak.  Terus aku suruh semua yg nak mengikut bersiap untuk join aku.  Destinasi kali nie, USJ9, Subang.  Mengikut perancangan aku, nak pergi satu restoran nie yang terkenal dgn nasi lemaknya.  Tetapi restoran tu tutup lah pulok, rupa2nya dia beroperasi dari petang hingga lewat malam.

Bak kata pepatah, tak ada rotan, akar pun berguna juga....so, we went to another restaurant nearby.  Nama restoran ini ialah Ubi Kayu.  Nope, aku bukan ownernye walaupun nickname/petname aku adalah Ubi Kayu....

Restoran nie terletak tidak jauh (ala, kalau jalan kaki dari Masjid Al-Falah, USJ 9, cuma dlm 5 minit aje) dari Masjid Al-Falah, USJ9.  Nasib baik dapat parking eloookkk punya, sebab kalau nak cari parking kat area depan restoran nie, memang agak payah ler....

Restoran ini menyajikan banyaaaakkkkk hidangan untuk breakfast, antaranya pulut kuning dgn rendang ayam, roti jala, lempeng pisang (freshly made on the spot), soto, lontong, nasi lemak, berbagai jenis kuih tradisional (sedapssss tau) dan macam2 lagi.  Pendek kata, rambang mata memilih apa yang nak dimakan.

Masa kami tiba, semua meja penuh, ramainya pengunjung yang sedang menjamu selera.  Selepas menunggu dalam 5 minit, dapat lah gak meja dan lepas tu, kitaorg berpindah ke meja yang lebih selesa.

Maka, sila lah menjamu selera mata anda dgn hidangan yg kami nikmati pada pagi ini.

Restoran Ubi Kayu, USJ9, Subang Jaya
My brunch today:  Nasi Dagang dgn Gulai Ikan Aye.....sedapsss, second best selepas nasi dagang mabeles di Kota Warisan, Sepang.

Nasi lemak with sambal udang dan ayam goreng, ini ahli rombongan yg punya.  Kelihatan juga mee hoon goreng putih....sedaps gak.

Kuih muih yang dinikmati bersama...rambang mata kooo mariaa, byk variety dan sedapss2 belaka.  Maafin ahli rombongan yg sedang makan tu.

Yang tak ada dalam gambo:  bubur lambuk yang dinikmati oleh Mak aku.

Di sini juga ada disediakan roti jala (juga dibuat on the spot) dan ubi kayu rebus.....Hmm....harusss repeat visit kat kedai nie, nak try ubi kayu rebus lak.  In terms of pricing, very reasonable.  Sangat2 terkejut bila bill sampai, lebih kurang sama harga dgn makan kat warung di Puchong Utama.

Cerita Hari Sabtu - 12 November 2011

Pagi2 Sabtu aku dah get ready, ada appointment sedia menanti.  It's more like a bonding (or was it rebonding) session dengan Umi.  Yes, kitaorg lepak sama2 the whole day...pergi sessi memanjakan diri, it's like a yearly event, kat tempat yang sama.  Bila dah abis session memanjakan diri, terasa teramat fresh dan bergaya....hehe.

Sessi memanjakan diri tamat jam 3:30 p.m. Then we proceeded to makan at a nearby restaurant, and it's also one of our favourite place to hang out.  This place serves good Indonesian Food, and no, tak order pun jus alpokat.  Kalo order jus alpokat, gerenti kenyang terus dan tak bisa menikmati hidangan utama di situ.


Restoran Wong Solo, Taman Dagang, Ampang.  Somehow lagi sedap dan best menjamu selera kat sini, comparing to their other outlets.


Our late lunch yesterday. Set nasi with ayam penyet for Umi and mine was set nasi with ayam bakar.  Kelihatan juga keropok belinja (yg dimakan bersama cili kicap) and also chicken wing goreng.

Chicken wing goreng katanya.  Nak order cumi goreng tapi maafin inul ya buk, cuminya udah habis....

Another 2 weeks time nak get together lagi, ada sessi hair treatment lak.... Biasa lah, nak kekal vogue dan mabeles...terima kasih kpd majikan ku kerana memberi aku gaji yg agak lumayan....wink2...Ko hada??? kalo tak de, pg main jauh2, wokeh......

Friday, November 11, 2011

Jalan2 Cari Makan

Wah, posting on 11/11/11 tu....citer pasal makan.  Hebak kan??

Ok, pd tanggal 10/11/11, kami telah menemui satu tempat makan baru yg sedap dan pada harga berpatutan.  Tempat ini terletak di Bandar Baru Salak Tinggi, Medan Selera Bandar Baru Salak Tinggi to be more precise.

Nama gerai tersebut ialah Gerai Cendol dan Rojak Pak Radzi.  Dikhabarkan bahawa pakcik nie dulu meniaga di bus stop terletak tidak jauh dari bank2 di Salak Tinggi.  Kiranya dia dah lama bertapak di situ seblm memindahkan operasi perniagaannya di Medan Selera.

Terdapat beraneka juadah disediakan di gerai ini.  Antaranya yang menjadi "hit" among his regular customers ialah rojak, rojak ayam, laksa dan beraneka jenis cendol.  Masa kitaorg sampai tadik, tiba2 lak ada stok durian, jadinya aku pn mengorder cendol durian bersama mee goreng manakala 2 ahli rombongan yg lain mengorder rojak, rojak ayam dan cendol biasa.

Rasa cendolnya amatlah sedap, coz dia menggunakan gula melaka instead of the usual gula merah.  Durian dlm cendol tu pun terasa fresh dan manis. Worthwhile for a second visit soon.
Cendol durian yg superb.

Rojak dengan Ayam Goreng.  Sedap gak nie.

Mee Goreng.

Thursday, November 10, 2011

Words of Wisdom

Hargailah orang yang mengambil berat, sayang dan menghargai anda selama ini kerana apabila hati mereka benar2 terluka, mereka akan pergi dan tak akan menoleh ke belakang lagi....at that point of time, then only you will realise what you have lost.......

Kita Relaks Dulu



Somehow bila dengar lagu nie, terasa sungguh soothing and seolah2 berada di Bandung....yok kita berdangdut...

Tuesday, November 1, 2011

My Usual Bebel-Bebelan

For the past one week aku berperang dengan perasaan hati ku.  Hati ku bagai meronta2 agar segera ditunaikan perkara itu.  For the time being, it's already 80% for me to go on with my decision.  Entah apa tah lagi that 20% tunggu, aku pun tak tau.

And I notice, perkara ini akan lebih mengharu-birukan fikiran ku setiap hari, especially after maghrib prayer.  Ianya ada berkaitan dengan mimpi yang agak mengerikan yang aku alami last week.

Kalau betul lah apa yang disampaikan kepada ku, aku cuma nak ucapkan "thanks a lot for all your prayers.  Yes, I know you would like me to change and be a better person and I am truly grateful for your kind thoughts and prayers.  Now I know you do have faith in me, believing that one fine day I would make the change".  Insya Allah, dalam masa terdekat ini ianya akan berlaku dan ku mohon dan berdoa agar dilorongkan dan ditetapkan hati ku ini dengan keputusan yang aku buat.

Doa2 kamu itu menjadi pendorong dan the push factor for me to firm up my decision on the idea that has been toying in my mind for the past few years.  I know I can count and depend on you.  Moga Allah terus memberikan Hidayah-Nya untuk kita berdua dan moga hidup kita terus diberkatiNya....amin.

Nota kaki:  Teringin rasanya nak bersolat dengan kamu menjadi imam ku.

Jiwang Karatzs Kembali Lagi



I'm missing you tonite, dear.......