Tuesday, August 24, 2010

Happy Birthday dear

Dear sayang

I know today is your birthday.  If you are still here with me, you would be happy and glad to celebrate your birthday....I can still remember your birthday last year.....your siblings called to wish you.....till you got tired of answering calls....

Do you still remember, last year we celebrated your birthday one day earlier by having "buka puasa"?? Your sisters came and you told me you really enjoyed the fried kuey tiaw that I cooked???

Never I realised that it would be your last birthday....it would be the final time we celebrated your birthday together....

This year, I can only pray for you, for your well being in the "after world".....My prayers will always be with you....May you rest in peace...

Insya Allah, I will be seeing you in the morning of first raya...It has been a long time since I visited you last year....

Once again sayang, happy birthday.........


Saturday, June 19, 2010

Ikhlas

Hmmm....ikhlas.  Satu perkataan yang mudah disebut tapi teramat sukar untuk dilaksanakan.  Sejauh mana kita sebagai manusia biasa boleh mengukur tahap keikhlasan kita dalam setiap perkara yang dilakukan seharian, menerima sesuatu takdir dan perkara yang berlaku dengan penuh rasa ikhlas dan redha.  Yang terpenting sekali, sejauh mana keikhlasan kita dalam menjalankan tanggungjawab kita sebagai hambaNya di muka bumi ini.

Perkataan ini berlegar-legar di kotak fikiran ku sejak kebelakangan ini.  Dan aku sering tertanya-tanya adakah aku benar-benar ikhlas dalam segala yang aku lakukan, dalam melaksanakan tugasan seharian ku.  Yang terpenting sekali, aku seringkali memikirkan adakah aku benar-benar ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab aku terhadap Dia, Yang Maha Agung dan Maha Besar.

Perkataan ini juga mengimbas kembali kenangan aku terhadap satu sinetron di TV beberapa tahun dahulu, cerita Indonesia berjudul Kiamat Sudah Dekat.  Pada pandangan aku, persoalan utama dalam cerita itu bukanlah berkisar berkenaan pasal mamat yg jahil pasal agama jatuh chenta dgn gadis anak imam masjid.  Ia mengupas persoalan asas iaitu, keikhlasan seorang insan itu.  Dan pada pengakhiran cerita tu, baru lah mamat tu diterima jadi bakal menantu kerana dengan sejujur-jujurnya dia mengaku dia tidak tahu pasal agama, dia ikhlas nak memperisterikan gadis itu dan dia juga ikhlas dan bisa terima andai gadis itu bukan jodohnya. 

Itu yang membuat aku terfikir, ikhlaskah aku menerima takdir andai dia itu bukan jodoh aku??? Ikhlaskah amal ibadah yang amat sedikit ini seandainya aku melakukannya kerana ada niat untuk dipercepat dan dipermudahkan jodoh???  Ikhlaskah aku melepaskan segala kenangan silamku bersama dia yang telah pergi terlebih dahulu dari ku??

Kusut sungguh aku memikirkan persoalan ini.  Aku harus belajar mendalami ilmu ikhlas itu....ya, aku perlu mendidik hatiku agar ikhlas dalam semua perkara yang ku lakukan dan juga dalam menjalani kehidupan ini....

Wednesday, June 2, 2010

Bebelan (i)

Lama juga aku tak update di blog.  Dah bersawang rupanya blog aku ni.  Aku terlalu sibuk dengan tugasan di pejabat sehingga tidak ada kesempatan untuk membuka dan membaca blog lain yang telah aku link kan dengan blog ku.

Semalam adalah hari "sentaps" aku sedunia.  Punca dan penyebab aku menjadi "sentaps" cukuplah aku sahaja yang tahu.  Aku amat marah dengan tuan punya badan yang telah menyampaikan perkhabaran itu kepada aku tanpa berasa bersalah sedikit pun.  Dengan nada sinis, aku belasah dia balik....well, what can I say....kalau dengan cara itu, korang rasa dapat menebus segala rasa bersalah korang selama ini, aku tak boleh nak cakap apa2pun...Yelah, siapa lah aku pada korang semua kan....

Sesungguhnya ini peristiwa yang ketiga berlaku, selepas Dia tiada.  Sebelum ni pun, aku dah terfikir untuk tidak ambil peduli hal mereka lagi kerana aku tiada apa2 pertalian pun dengan mereka, tapi apabila mengenangkan amanat Dia, aku tetap gagahkan diri untuk memenuhi amanatnya.  Kejadian yang berlaku semalam sesungguhnya membuatkan aku berasa serik dan tidak berdaya meneruskan lagi apa yang Dia ingini sebelum Dia pergi.  Aku tak mahu terus terluka, jadi, biarlah aku yang undurkan diri.

Kawan aku kata, "ikhlaskan saja apa jua perbuatan mereka....kerna belum tentu apa yang mereka buat itu, diterima Tuhan.  Kalau kita benar2 ikhlas, kita bacain saja surah al-ikhlas, al-fatihah dan sedekahkan kepada dia, insya allah akan sampai"....Kata2 kawan aku itu serasa seperti air dingin yang sedikit sebanyak berjaya meredakan api yang sedang marak. 

Tak pe lah, aku sekarang tengah mencuba mengikhlaskan hati menerima ujian ini.....moga terus diberi kekuatan dan taufik dari Nya.....amin....




Friday, May 14, 2010

Usual rumbling and mumbling.....(i)

If you dont bother and care about others, sooner or later nobody will be bothered to care about you, including those who are close to you......and I wont be surprised if you die as a lonely man.....how sad is that???

Trust me dear, though I'm young, I've seen it with my own eyes... and I know how it feels to be lonely, being ignored, abandoned and not cared by those who are suppose to be close to you.....day by day will pass, you will be all alone, without someone beside you to care for you and spend time with you.  Until and unless it smack you right on your face, you wont know how it feels....

It is not too late to change, to turn over to a new leaf..... start caring....show them you do care.....all they need is just your attention....If they message you, do respond, as they tend to wonder whether you are dead or alive, by you not responding to them....

Do not wait until it is too late.....they just want you to be concern of them......do care for them before it is too late....

Please dear, for the good of everybody, start showing some concern, care to those who really care for you....You mean the world to all of them.....do not shut them away........

Saturday, May 8, 2010

citer serems part 01

Hari nie aku terasa rajin pulak nak share citer serems....so, inilah continuation of citer serems semlm.  Aku labelkan sebagai citer serems part 01.

Ok, to start of with, kitaorg pindah ke opis baru nie dlm bulan November tahun lepas.  Dari time dapat circular kata kena pindah tu, aku dah terasa semacam aje...dan masa pg site visit time bulan puasa tu, aku dah rasa lain macam aje bangunan nie...tapi aku tak mau buat kecoh...sendiri tau dan diam2 aje lar kan...

Aku ingat lagi, first time aku datang seblm berpindah ke bangunan nie adalah masa ikut consigment barang2 opis....aku orang yg pertama bertolak dari opis utk ikut lori barang lah kan.  Masa aku sampai, boss aku dah ada kat opis baru dgn sorang lagi staff.  Tak sampai sepuluh minit, semua diaorang nak balik.  Tinggal aku sorang2....Hari tu, hari Ahad, dlm jam 1 tengah hari.  Disebabkan aku sorang2 kat tempat baru, aku pun turun ke lobby.  Masih tunggu lori barang...sampai dekat kul 1:30 p.m. 

Kemudian, datang dua orang staff dept lain dan bagitau aku yg barang opis aku dah sampai kat delivery bay, suh aku pg monitor kotak2 tu.....aku pun kata ok aje lah kan.  Bila tgk lori tu dah nak turunkan barang, aku pn naik semula ke dept aku.  Lupa lak nak bagitau, dari masa kitaorg sampai kat opis tu, lampu dept memang tak de....centralised lighting ler katanye.....tapi masa tu, ok aje...sebab kitaorg ramai2...

Jadi, dengan penuh rasa kesedaran sivik, aku pun pergi ler ke bilik aircond kat level aku tu sebab aku tau, kat situ ada centralised suis utk lampu....Dgn penuh rasa tak takut, aku pergi bukak bilik aircond...Guess what, masa aku bukak pintu bilik tu, bilik tu mmg gelap gulita....dan masa tu jugak aku nampak bayang2 putih...perempuan berbaju panjang kaler putih bersih seolah2 terbang/slide dari suis aircond di sebelah kiri aku terus ke dinding sebelah kanan dan seolah2 masuk ke dlm dinding kanan bilik aircond tu......Terpaku aku kat depan pintu tu, mcm terpukau pun ada......

Tak lama lepas tu, baru aku rasa seremsss yg teramat sangat....dan aku terus kata "ye, aku tau ini kawasan engkau....aku cuma carik rezeki aje kat sini and nk tolong bebudak dept aku...."..dan lepas tu, aku berlari lar tunggu the rest kat lobby......Maybe itu salam perkenalan dia kot......

Bila consignment dh sampai dan bebudak opis lain pun sama, baru aku masuk semula dept aku.....Dan aku bagitau budak opis lar kan, yg mana aku percaya....depa sound kata "ngko nie kan, asyik nampak aje..." What to do, dah memang aku mcm tu..bukannya aku mintak nak nampak benda tu....lagi bagus kalo aku tak nampak, aku tak rasa takut atau terkejut kalo tak nampak....

Entah macam mana, citer yg aku nampak pompuan berbaju putih tu tersebar kat security...Sorang budak security nie tak percaya....dia cuma cakap, biasa lar, semua tempat ada.....sampai lar satu insiden yg berlaku kat bebudak guard dia.... Seminggu lepas tu,baru lar security nie datang carik aku....Dia kata "Lin, betul lar apa yg lin jelaskan hari tu.  Sebabnye, bebudak saya nampak kat CCTV camera, jam 3 pagi...kat lift lobby tingkat lin tu kan....ada pompuan rambut panjang, baju kaler putih dok berdiri depan lift tu.  Bila guard yg rounding pg cek, tak ada sesiapa pun......".  Hah, baru nak percaya cakap aku, rasain lho...hahahaha

Dari apa yang aku dpt tau, blok aku "penghuninya" cuma sorang, wanita rambut panjang berbaju putih....Blok satu lagi tu, ada 3 ekor penghuninya, jenis yg nakal...suka buat onar....patut pun masa mula2 pindah tu, kecoh kat blok satu lagi tu, setiap minggu ada kemalangan dan pasti berdarah...yg langgar cermin lar, yg terjatuh...semuanye pasti akan luka berdarah, sikit pun jadi lar....

Ok, nanti aku try sambung lagi satu entry, yg aku rasa seremsss dan menjadi sebab mengapa aku tak pakai toilet kat tingkat atas dept aku nie....hehehe

Friday, May 7, 2010

Cerita Serems....

Hari ni tetiba rasa nak menulis. Ini semua gara2 baca posting kat blog si Masz lar nie.....dia citer pasal perangai jiran dia yg datang dari seberang...sepasang suami isteri yang mana si isteri khabarnya telah keguguran dan janin itu telah ditanam disempadan pagar umah si Masz!!! Gila ke hapa jiran dia tu??? Dah lar satu rumah rasa tak tenteram.....dan si Masz yg ada baby nie, baby dia dok nangis lar tiap-tiap malam......
Yelah, baby kan selalu boleh detect benda-benda yang kita tak "nampak" nie kan? Kesian baby tu, mesti traumatised bila tengok benda-benda yg "hensem dan cantik giler" nie dok main cak-cak dengan dia.....
Kejadian tersebut sebenarnya telah membuat aku berasa teringin nak berkongsi citer kat sini. Sejak kebelakangan nie, aku selalu terjaga dalam pukul 3 pagi, dan tak boleh tido lepas tu. Dan bila terjaga tu, mesti aku terdengar cam ada suara perempuan dok nyanyi-nyanyi kat luar tingkap bilik aku nie.....mendayu-dayu sangat bunyi nya.....dan dalam bahasa yang aku tak faham.....macam merungut pun ada gak....Heran benar lar...tak tau sama ada perasaan aku ke atau perkara itu benar-benar berlaku.....
Sebelum kejadian nie, dalam dua bulan lepas aku kena "usik" masa kat office. Aku ingat lagi kejadian tu....hari khamis, dah dekat-dekat waktu maghrib. Aku baru keluar dari office, nak balik rumah. Office aku nie kan ke kat kawasan jin bertendang, dan semestinya aku tak sangka yang hari tu adalah hari yang aku akan diusik. Masa tu tengah driving, then stopped kat traffic light lar kan...aku tetiba terpandang ke sebelah kiri kereta. Aku nampak ada seekor ayam jantan...orang kampung aku bilang, ayam gajah. Size nya besar sikit dari ayam kampung biasa. Ayam nie tengah sedap mengais2 kat tengah2 divider yang ada traffic light tu. Aku pun mula berfikir, kawasan nie memang tak de kampung sekitarnya. Ini jalan besar, macam mana ayam nie boleh selamat sampai kat tanah sekangkang kera tu tanpa cedera langsung. Dan ayam tu, sekor aje lar pulak. Tak mungkin ayam tu adalah ayam yang terjatuh dari lori bawak ayam......
Dalam masa aku memikirkan the "what if" situasi itu (lama gak kena berenti kat traffic light tu....hehhe), aku terus buat keputusan nak tangkap ayam tu dan bawak balik kasi kat bapak aku yang ada ternak ayam. Dah beria2 aku nak turun kereta dan tangkap ayam tu, tetiba aku tersedar, mana mungkin ayam tu sekor aje kat situ dan tak de yang lain.....mungkin ini bukan ayam sebenar kot.....dan2 tu gak bulu roma aku tegak berdiri....apa lagi, terus tekan minyak ler bila lampu dah tukau hijau....
So persoalannya, ayam apakah yang tengah carik makan kat tengah2 divider jalan ittew??
Sejak pindah ke bangunan baru nie, aku dah dapat rasakan seolah2 ada yang memerhatikan aku dari jauh.....dan kelibat2, lintasan berwarna putih dah selalu sangat dah nampak kat sini.
Awal tahun nie, aku jumpa batu cincin kaler ungu kat photostat machine. Aku tanya dengan budak2 office, sorang pun tak mengaku dan kata tak penah nampak pun batu tu seblm nie. Aku pun simpan aje lah batu tu. Selama 2 minggu batu tu dalam simpanan aku, sehinggalah aku mula bercerita kat forum dan upload gambo batu tu.....malam tu aku mimpi, ada seorang perempuan tua marah2 kat aku, dia kata kenapa aku letak gambo batu tu dalam forum. Aku ingat itu cuma mainan tido aje sehinggalah seminggu selepas mimpi tu, aku tiba2 teringat nak cek dan tengok batu tu.....Tisu yang simpan balut batu tu aje yang tinggal, batu tu dah tak de....dan batu tu aku simpan kat tempat yang memang tak de orang tau......Bila aku tanya dengan orang berilmu nie, dia kata ada makhluk dari dimensi lain berkenan nak berkawan dengan aku, pasal tu dia bagi batu cincin tu sebagai hadiah....tapi bila aku dah propa dalam forum pasal batu tu, makhluk itu tak suka dan marah lah..itu pasal dia amek balik batu tu....Wokeh, explanation accepted, no questions asked. Kiranya aku cuma tolong jaga batu tu sekejap aje lar.
Banyak citer sebenarnya, nanti lah, bila aku free2 sikit, aku tambah citer lagi.....

Wednesday, May 5, 2010

Delayed posting (lagi)........

Lama nya tak blog....terasa rindu nak menulis tapi ye lar, it's the same, day in and day out...jadinya aku tak update lar langsung2....

I've been down with flu since Sunday....now already Wednesday......ada sikit kurang lar compared to the earlier few days but now started to develop irritating cough.....sakitttttt dan perittttt aje tekak nie.....dah lar kat opis nie mmg sejuk........luar pulak, cuacanya panas....bagus lar bebenor lethal combination tu....

Pejam celik, pejam celik dah masuk bulan 5, time really flies.....I'm quite occupied with my work sampaikan tak perasan masa begitu cepat berlalu.....Yeah, the reason being for me to be occupied with my work is I want to divert my attention and time from thinking about how life used to be......now I realised that life goes on, with or without the people that we used to care so much.....

Ok lah, aku dah plan that this weekend nk main masak2 dan bakar2 lagi....teruja sungguh nengok dalam forum tadik, ada yg buat roti.....bahan2 dah ada kat umah and with this kind of weather, gerenti roti akan naik dgn gebunye.......tak sabarnye nk masuk dapur lagi.....
Notakaki: Bila lar aku nak pg massage session lagi nie??? Bila tgk gambo kat bawah tu, teringin larrrrr sesangat.....