Saturday, October 25, 2014

Buli

First of all, citer kali nie bukan pasal keje hokeh....Azim, plse take note....

Buli...tell me lar, siapa yg tak pernah kena buli?  Perkataan ni memang satu perkataan yg popular sekarang, gara2 kes budak MRSM mana tah yg kena pukul dengan senior.  Dah jadi macam satu tradisi, senior buli junior.  Kalau tak buli tu, gamaknya mereka tak hidup senang kot.

Kalo kat tempat keje lak....spesis macam ni sentiasa ada.  Pantang nampak ada org baru, mula lah nak suruh2 org baru buat keje2 dia......Dia as senior staff, buat derk and MIA. Sampai ler satu tahap bila org baru nie tak tahan, ada ler yg bakal kena jerkah.

Aku nie walaupun brutal, tapi penah gak kena buli.  It was years ago.....time duduk hostel.  As junior, mana ler kitaorg tau apa tu senior, ragging, buli bagai.  So, mana2 junior yg depa nampak outstanding and berani sikit, hmmm.....mmg jadi bahan ler.  Dlm ramai2 senior kat hostel tu, kitaorg dah sampai tahap BENCI dan MELUAT dgn sorang senior nie.  Kitaorg panggil dia bonzer walaupun nama dia cantik manis je.  Akak senior ni memang budget macam bagus....hampir semua junior dibulinya, termasuklah aku.  Cuma sorang junior je yang dia tak leh makan, budak jawa meru sorang nie.  Bonzer ni hobi dia terpekik kat hostel....sesiapa lalu depan dorm dia kena melangkah perlahan2....tak boleh berbunyi selipar langsung.  Sawan kan bonzer nie??

Kalau kitaorang bergumbira kat dorm, berlari2an, mesti dia bertempik.....kuat lak tu suara dia.....dengar je suara dia, semua menikus.  Pernah sekali tu dia suh orang pergi cari aku.....bila mengadap bonzer nie, dia siap tanya aku, berapa tinggi dan berat aku....sebab ramai kata rupa dia tak jauh beza dari aku.  

Tapi bila kitaorang naik form 2, berjaya gak kitaorg kenakan dia.  Kitaorg balik lambat dari kelas tambahan, dalam pukul 10:30 malam.  Yg lelain semua dah masuk dorm...kitaorg berlima memang hero....baru terhegeh2 berjalan dari kawasan sekolah nak masuk ke asrama.  Ditakdirkan pagar asrama dah kena kunci dan solex, kitaorg berbaju kurung, camner nak panjat pagar.  So, we decided to bukak engsel pagar tu dan angkat pagar tu ke tepi.  Kepala idea bernas nie siapa lagi kalau bukan aku....hehehe.  So, pagar tu dah ternganga besar hasil kerja keras kitaorg.  Lalu kat surau, kitaorg dengar suara bonzer dan geng2 dia tengah study....perlahan2 kitaorg jalan dan naik ke bilik.

Tak lama lepas tu, warden buat rounding.  Apa lagi, warden pun bertempik lah tengok pagar yang dah ternganga luas tu.  Prime suspek warden adalah bonzer dan geng2 dia. And dikuatkan lagi dengan hujah yg bonzer and geng study kat surau....So, memang ler depa jadi OKT peberet warden.  Kitaorg pun buat2 bodoh lah turun dan tengok apa yang terjadi.  Mengamuk giler si bonzer, dah lah kena tuduh, kena marah depan junior and the best part, warden paksa depa pasang balik gate tu....wkakakakakkakakak.  Kitaorg yg menengok ni punya lar tahan ketawa.  Terpaksa buat muka terkulat2 macam baru bangun tido.

Well, cuma 2 tahun je aku merasa semua tu.  Masuk form 3, mak pak aku pindahkan aku ke sekolah dekat dengan rumah.  Ini semua disebabkan aku giler main hoki and fail mid year exam.  Depa takut aku fail SRP lak.

Fast forward, Bonzer ni kitaorg jumpa semula dalam facebook.  Bila tengok je nama dia, it rings back the bell apa yg terjadi berpuluh tahun sebelum ni.  Kitaorg sampai jadi paranoid tengok nama dia.  Memang ler kitaorg tak add dia as friend....which she now knows that apa yang dia buat dulu, sampai ke mati semua junior akan ingat.  Yang jadi lawak, tau lak dia takut anak dia kena buli bila masuk asrama.  Mana semangat taiko dia sebelum nie, takkan kecut kot anak kena buli?

So, conclusionnya, buat baik berpada2, buat jahat jangan sekali coz orang akan ingat sampai mati.....

Tuesday, October 21, 2014

#beta is better

Hellloooooooo

Lamanyaaaa tak update.  Ini pun lepas kena sound dgn staff aku, Azim..."wei, dah lama ko tak update blog".....well, finally dia jumpa belog aku nie....so, no more citer2 jiwang, sakit hati, luahan perasaan bagai.....bahaya wei....kang aku kena "bahan" kaw2 kat opis......muahahahahha

Ye, if possible, I have to avoid writing about my work, office etc.  Bila ada masa, I'll share whatever that I think non offensive, not too confidential here.

So, just stay tune......insya allah akan ada update2 lain soon.....

Azim, remember this:

#ingat beta, ingat kejayaan
#beta is better......


Saturday, June 14, 2014

Diam ubi berisi......

To be honest, aku teringin sgt nk update belog ni tapi disebabkan kerja yang banyak, ditambah pula dgn jadual utk bukak kedai yg padat, semuanya aku tolak ke tepi dulu.

Aku terlibat secara langsung dgn pembukaan 10 buah outlet kat klia2. Although kedai dibuka secara berperingkat, tetapi gap pembukaan antara satu kedai dgn kedai yg lain cuma beberapa hari sahaja. It was really new experience for me. Sehingga boleh dikatakan pada waktu kritikal tu, aku berumahtangga kt site. Dari jam 8 lebih pagi hingga 9 malam, everyday without fail. Terlalu asyik berkerja hinggakan aku jatuh sakit dan hilang suara......serious tau..

Now that the dust almost settle down, tinggal satu je lg outlet yg akan dibuka bulan ni. After that, monitor their performance. Not for long though suasana aman ni coz by lepas raya, mengikut perancangan, kitaorg nk kena bukak satu lg outlet in labuan.  I might be sent there for 2 weeks for the preparation of outlet opening.....

Well, i love and enjoy what my doing now.....terasa lega dan seronok tgk outlet dh berjaya dibuka...

So, kalau uolss ke klia2, sudi-sudilah singgah di Gloria Jean's Coffees, Pastamania, Marrybrown, Lindt chocolate boutique dan Bar Metropole klia2.  Those are my babies and the final one will be opened soon.....so, stay tuned.


Gambo2 nanti aku try upload later yek....

Wednesday, May 28, 2014

A year short of being in the 4 series

Well....today is the day.....I'm blessed coz being surrounded by the people that care about me, i.e. Godfather, Mamasan, Pinkies, housemates and fellow colleagues....though someone already agreed a month ago to spend the day with me...then....tup2, anta wa msg kul 8 pagi and telling me all the stories....To whom it may concern, thanks a lot for making plans and not being able to keep to your promise!! Thanks for your attempt to spoil my day....you know what, my life doesnt not lingers around you.....as I told you before, ada yg mcm tak de, tak de yg mmg mcm tak de....so.....kapish!!!  

As for the rest.....thanks for your wishes......and being around me on my day.....sayang korang semua saploh menet......muahhhhsss!!

Thursday, March 6, 2014

to be or not to be...

Dah malas nak tanya....dah malas nak berharap apa-apa lagi...semua orang pun busy...terutama aku...having 10+3 outlets that are scheduled for opening this May adalah one hell of a task and responsibility....

so for now...I'll devote my time and attention to my work. Malas dah nak pikir pasal hal personal or hubungan sesama manusia....macam kita aje yang terhegeh2 nak spend time....walhal di other party???

Or may be i should give chance for other people to get to know me better......bukan tak ada orang.....cuma selama ni aku yg buta hati tak beri peluang...

now is the time.....ganbatte linda!!

Monday, March 3, 2014

bicara hati

Some times, walaupun sekuat mana pun kita berusaha....tetapi kalau ianya bukan rezeki dan jodoh kita....ianya tak akan berlaku....

Sebagai manusia, kita kena redha dgn segala ketentuan Yang Maha Esa..bukan rezeki kita...maka terima dengan lapang dada, hati terbuka dan sentiasa bersangka baik pada Sang Pencipta...

Maka......tabah dan bersabarlah wahai hati....apa pun yang terjadi adalah ketentuan Nya..... mulakan langkah baru, jangan terus tenggelam dgn kesedihan....beri peluang dan ruang kepada diri untuk bangkit semula......


Notakaki:  time to turnover a new leaf.....let bygone be bygone.....anggapkan segala yang berlaku selama ini satu pengajaran yang mendewasakan.........

Friday, February 14, 2014

Forgive but never forget

Terasa berat hati nak berkongsi cerita.....Kalau boleh, aku hanya mahu pendamkan perkara ni kerana tiada gunanya nak panjangkan lagi cerita.....Tetapi sekiranya aku pendam sahaja, aku mungkin akan merosakkan minda ku sendiri...

Maka benar lah kata pujangga, di kala kita senang, maka ramailah yg menghampiri dan mengaku saudara.......Tetapi pabila kita susah, mereka ini akan bertempiaran lari, hingga tak nampak bayang.

Well, let's put it this way.....I've faced the same situation last weekend.  Selama ini tak pernah sekali pun bertanya khabar...secara tiba2 pada hari Ahad, mula meminta2....sungguh terkejut aku kerana selama nie, nak pandang muka aku pun mereka itu tak mau....tetapi why, when it comes to billing issue, you can talk to me like nothing happened?  Have you forgotten what you said about me on 26 December 2013??

No, aku tak berdendam......aku akui yang aku amat2 berjauh dan kecil hati dengan semua yang berlaku for the past 2 months....Terbukti yang selama ini aku sahaja yg beria2 fikir everything is long forgotten and all are well forgiven....ternyata aku salah.... Kesalahan lalu masih diungkit sehingga ke hari ini.....Sikap prejudis masih berterusan till today sehingga menimbulkan rasa kekesalan dengan apa yg berlaku.  Tidakkah mereka percaya pada qada' dan qadar?  But then again, who am I (in their eyes) to preach about religion coz I've sinned a lot.

Makanya, aku terpaksa bertegas dalam hal ini......Whatever that might be said/done now or in the future does not have any impact on me.....coz I've been deeply hurt before.  Mengapa perlu meminta bantuan dari orang yg hina seperti aku?  Tidakkah mereka merasa janggal, setelah sepuas hati menghina, sekarang mahu meminta bantuan?  Try to put yourself in my shoes, would you help someone who have insulted and hurt you so much?

Aku cuma insan biasa, masih punya hati dan perasaan....dan juga kelemahan.  Maka atas nama kelemahan ini, aku tidak bisa tunduk kepada kemahuan mereka sekarang.  Biarlah aku dengan kehidupan ku...aku akan cuba tidak menyusahkan mereka lagi dan aku juga berharap, mereka tidak menyusahkan aku dengan kehidupan mereka...Baru fair and square......