Saturday, June 30, 2012

Cerita Hari Rabu - 27 June 2012

Seperti biasa, bila terasa stress di opis, our way to overcome it is by having biggggg meal...a.k.a. makan besar.  Itulah yang berlaku hari Rabu hari tu, makan besar yang tak hengat donia.

Destinasi dituju, again area Inti Kolej, Nilai. Of course ler kalau dah menghala ke sini, hidangan timur tengah yang menjadi pilihan.

Ada waiter kat sini kitaorg namakan dia Maher Zain, yelah, bila dok terlambai2 siap ckp excuse me, dia buat derk aje, terus aje mulut ringan panggil dia "Maher Zain".  Dia nie hangen gak lar, dia selalu jawab "Nama saya bukan Maher Zain, nama saya Ahmed"..yang mana terus kitaorg sambung "ohh, Ahmed Albab lar nie".....hehehe

Chicken Kabshah for makan buddy, Aida.

As always, mandhi lamb for me....nampak lemak kamben tu.....very the juicy kan..

Terlupa lak nama dessert nie...nice, not too sweet.

Nama Restoran nie, Al-Zaharra Finest Arabic Food....nanti aku cari name card nye and letak address depa sekali yek

Thursday, June 28, 2012

Sessi Jelajah Dapur - Rabu, 27 June 2012

Setelah beberapa purnama aku mencari, baru kini ketemu idaman hati....and the best part is it is fresh from the tree!!  Mana leh dapat benda macam ni kecuali in Puchong??

Ada budak opis telah advertise dalam FB aku yang dia jual petai......fresh dari belakang rumah....aku apa lagi, terus ler block 5 ikat walaupun telah diberitahu oleh member yang dah beli bahawa petai tu, matanye besar2 belaka.....Dalam kes seperti ini, cerita anjing dan bayang2 tak applicable, wokeh.

Balik keje udah lewat, tapi disebabkan semangat yang membara dan jitu, maka terus aje buat sessi mengopek petai......siap2 semua dan masak.....heaven giler rasanya.....

My version of sambal petai...

Sunday, June 24, 2012

.....and Baby Aaz makes it 4....

Been busy lately....sampai tak berkesempatan nak update blog.  Oh ya, on 18 Jun 2012, at 10:06 a.m. maka officially bertambah lah anak buah aku lagi sorang.  Yes, my sister delivered a healthy baby boy and now, both are resting recuperating in this home.  Dari hari Ahad tu sebenarnya si ibu nak mengadu sakit pinggang bagai, and bila pergi jumpa doktor, memang sah dah nak deliver.....aku yang risau, dan tak keruan....first time sehhh ada org nak deliver and it's happening in front of my own eyes! Sepatutnya baby due hujung bulan June/early July but somehow he decided to make it much earlier, ngam2 9 months 3 hari mcm tu, dia pun keluar.....

Pergi hospital pagi tu, terus dia admitted.  Hanya doa yang mampu kami kirim, moga segalanya selamat....and there goes, tepat pada waktu yang disebutkan di atas, lahirlah baby Aaz ke dunia......syukur...alhamdulillah...

Reaction kakak to this whole incident?  At first I could see she was totally confused, and when we met up with her at the hospital, nampak macam dia jeles dan takut mak dia tak sayang kat dia lagi....Siap nanges2 nak tido kat wad dgn mak dia.....tapi bila dah dipujuk dan kami bawak balik, dia senyap.  Cuma masa dia nak tido tu, dia nanges2 sampai bengkak mata....sedih lak aku tgk....

With Baby Aaz around, dengan aku sama terasa tak cukup tido, not only the mother, ok.  Baby Aaz time siang dia tido aje, tapi bila malam, jam 3-4 pagi, dia berjaga.....and dia bila nanges, teramat lah kuat.....sampai ke tempat aku tido leh dgr....so, camner nye nak cukup tido???

Congrats to my sista and hubby on the arrival of the new bundle of joy....

 Introducing Baby Aaz

 Baby Aaz - beberapa jam setelah melihat dunia buat pertama kalinya

Baby Aaz and his mak ngah...

Tuesday, June 19, 2012

Bila Kaki Borong Bertemu Kaki Lelong

Inilah padahnya bila Kaki Borong Bertemu Kaki Lelong, macam match made in heaven gittew.  Dapat perkhabaran akan diadakan jualan lelong barangan hotel (sub com. kitaorg) last week, gigih amek cuti semata2 nak merasa menjadi the first 100 customers.

Tempat tu dibuka jam 10:30 pagi, by the time aku sampai jam 11:00 pagi, majoriti barangan dah abisss...finito....Boleh percaya??

Frust lah gak kan sebab tak dpt apa yg aku nak tapi disebabkan tak nak berputih mata keluar kosong dan dapat penat, aku sambar gak lar ottoman stool tu 3 ketul. 

Dan bila dah rezeki tu, jangan lak kita tolak....mulut kena manis dan rajin buat kawan...maka segala impian akan jadi kenyataan.  Itulah yang terjadi pada kami2...janji dimeterai, besok dtg bawak lori...gigih mengangkut saki baki list yg berbaki...heheh

The next day, dpt lar sauk 3 mini bar, 2 ironing board, 6 pillows and 1 iron....tidak dilupakan, mesin pengurut kaki "imassage".....senangkan bila dah ada kaki, gunung sama didaki, lurah sama dituruni.....hehehe

Enough of membebel, mari kita layan gambo2 lak


Ketibaan lori bawa barang.....yeee haa

Antara hasil borongan.  Makan berkawan bukan makan kawan yek.....


Wednesday, June 13, 2012

Tales of the Spin Diva

Disclaimer:  Cerita ini adalah rekaan semata-mata (dah namanya Tales kan).  Kisah ini tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun sama ada hidup atau mati.  Sebarang persamaan adalah kebetulan semata-mata.


Antara ciri2 umat yang aku tak suka nak buat kawan ialah mereka yang hipokrit, suka bermuka2, back stabber, tak tepati janji dan cakap tak serupa bikin.  And selalunya aku tertipu dengan penampilan hollier than thou mereka ini. 
Kisahnya begini.....sebelum2 nie pun ada yang menyampaikan pada aku, dia nie depan org, punyalah lembut gigi dari lidah tapi belakang pusing, lain pulak dia citernya.  Nama aku selalu kena petik dengan dia nie.....entah hapa dia jaki sgt kat aku, aku pun tak tau.  Sikit2....linda dan kawan2 dia....linda and her gang.  Excuse me, I try my very best to choose those who are really close to me very carefully....takut pisang berbuah 2222 kali tau...Bukannya dengan diva nie aku tak bercakap langsung or tak kawan, I talk to her on regular basis....tapi it's more like a friend and not more than that...especially lepas dengar dia citer kat org2 pasal dia tak puas hati dengan aku....lagi lar I wanna keep my distance.

Bukan aje bercerita pasal diri dia, diva nie pandai menyusun ayat dlm masa dia bercerita tu pasal org lain....and cara dia susun ayat tu seolah2 mengundang spekulasi yang negatif. 

Dengan si A, si diva nie citer lain, kat si B si diva nie bagitau lain version pulak.  Pasal tu aku panggil dia Spin Diva, dengan aku2 sekali dia spin....penat ok bila kena deal dengan org mcm nie.  Lain2 tu aku boleh tahan lagi tapi bila ada percubaan nak menyingkirkan aku, aku memang hangen lar.  Ini sudah melampau, perbuatan dia seumpama nak meletak pasir dalam periuk nasi aku.  I know nobody is indispensible but to do it in such a nasty manner, gila lar tu.  Tak tau ke that words get around and definitely bila dah dengar, aku akan deal direct dgn org yg dia cuba cucuk tu?

When we compare stories, baru lar nampak semua frame citer dia nie....Dia memang hebat dan tarap sifu dalam hal spin2 nie...tak sia2 aku bagi dia gelaran DIVA....harusss semua org sembah ratu kat dia, wokeh!!

Buat Spin Diva, bawak2 lar mengucap....aku sebenarnya rasa kesian kat ko, very the desperate sgt lah sampai ko tak perasan apa yg ko buat.  Walaupun geng2 aku (mcm ko selalu kata kan, Linda and her geng) dah rasa menyampah tahap cipan kat ko, aku masih lagi boleh bercakap dgn hang seperti manusia normal lain....sebab aku rasa, you really make my day, everyday without fail, by being a joker.  At least I have something to bitch about with my geng....Keep on the good work, Spin Diva.....teruskan menghiburkan kami ye....

Cerita Hari Isnin - 11 June 2012

Hari Isnin is always coloured as blue by me.  Yelah, dah dpt rest day 2 hari then kena masuk opis lak the next day.....gosh.....how long more can I survive this routine....

Hari Isnin hari tu macam biasa, quite hectic coz ada programme sambut org baru this Friday....Itu pasal terkocoh2 buat keje...Jadinya, tak perasan pun jam dah menunjukkan ke angka almost 1...Ada org dah book me (including my friends) for lunch...Thanks boss coz belanja kami semua....moga terus dimurahkan rezeki...

Kami menuju ke kawasan tak jauh dari opis, the Inti College Nilai, to be more specific.  Apalagi, agenda seterusnya adalah menikmati juadah Timur Tengah.  For 2 consequitive days aku makan kamben.....dasat tu....

Nasi Maklupa Kamben...sedapsss, rasanya seperti Nasi Tomato

The usual Mandhi Lamb

Tiada dalam gambo:  Humus Kamben..(kamben lagi)

Harap dimaafin inul coz geng lunch hari nie mmg semuanya hantu kamben....


Sunday, June 10, 2012

Cerita Hari Ahad - 10 June 2012

Hari yang bermula dengan penuh relaks.  Usai solat subuh, aku golek2 atas katil dulu.  Then only masuk dapur nak prepare breakfast.  Pagi nie breakfast ialah Nasi Goreng Seafood and cekodok kelapa.  Memang heavy breakfast coz dalam kepala hotak aku nie, biar masak lebih sikit for breakfast, lepas tu boleh makan hingga lunch.

Lepas dah breakfast bagai, maka bermula lah sessi mendobi.  Hari yang panas dan indah, maka kita perlu mendobi seberapa banyak yang larat. 

Bila dah petang sikit tu, mak buyung pun ajak pergi recce jalan.  We stopped at Kinrara R&R coz terasa dah lapar.  Maka, kami pun had late lunch at one Nasi Arab Restaurant there.  Jadinya, mari kita layan gambo2.

Nama Restaurant beserta contact no. dah tertera.  Apa tunggu lagi, call lar utk tempahan....

Cerita asal usul Nasi Mendhi/Mandhi...dari Yemen rupanya

Asal usul Nasi Majboos...dari negara Teluk Parsi

This is Lamb Majboos....rasa seperti Nasi Tomato tetapi more spicy

This is Mandhi Lamb with condiments.


Sessi Jelajah Dapur - Sabtu 09 June 2012

Dah lama kan tak buat posting pasal Sessi Jelajah Dapur.  Sebenarnya aku telah dilanda kemalasan nak mengupdate blog sejak kebelakangan nie.  Sessi masak2 memang on going. 

Semalam terasa nak memasak for breakfast and lunch.  Bila cek dlm fridge, ada mee kuning dan ikan.  Maka berlakulah sessi memasak semalam.  Prepared Mee Goreng for breakfast and Kari Ikan Nyok2 for lunch......Masak lunch awal sebab kalau lambat, teramatlah panasnya untuk berada di dalam dapur.

Dah siap semua, ada aje yang ajak keluar buat aktiviti Jalan2 Cari Makan.  Memang tak mau join pada mulanya tapi dah mak buyung dok merayu (coz dia tak tau jalan nak pergi makan kat kedai Nasik Segunung) aku terpaksalah akur...

Mee goreng for breakfast. 
Sorry, gambo kari tak sempat amek....


Frightening Friday - 08 June 2012

The day started ok until I reached the petrol station at Putra Heights.  Memang dah plan awal2, nak stop kat situ untuk top up petrol.  Aku pun pergi lar ke ATM Machine kat situ.  Seperti biasa, masukkan ATM card, confirmed the transaction and my ATM card pun keluar. At the same time, the screen went blank, and machine terus offline.  Panik siottt, dah confirm transaction and duit tak keluar.

Check dengan budak keje kat situ, dia kata, it happened on a regular basis and asked me to wait.  Dekat 15 minit lar gak aku tunggu kat situ, hoping that the machine will be online balik and duit tadik boleh dikeluarkan.  Dah tunggu selama 15 minit, aku dah jadik impatient coz deep down I just want to find out as to whether duit kat account dah kena deduct ke idak.  Called the bank's helpline and confirmed, account dah kena deduct.  It will take them 5-14 working days to credit balik duit dalam akaun aku!!! Warrrggghh, tensi...tensi......geram betul aku rasa.  Memang ler customer care exec tu kena sedas dua lar dengan aku.  Dia kata dia marked my case as urgent basis but the timeframe is still the same....giler ke hapa wei!!!

Dengan hati yg bengkek, aku pun pergi to another bank not far from there to reconfirm.  Memang ler dah kena deduct.......sakit hati wei.  After dah buat transaction, off to office. 

Masa drive to office, received message from one of my buddies, informing us not to get any breakfast as she has brought some food to office and would like to have breakfast with us.  Ok lah, ada gak rezeki hari tu....

Our breakfast on Friday:  Pulut kuning, kari ayam dan bubur durian.  Disebabkan insiden awal pagi tu, aku beli gak mee hoon goreng dari kantin.....you get hungry easily when you are angry, wokeh....

Monday, June 4, 2012

A Reason to celebrate a.k.a. Makan Besar

Sebenor-benornye, tak de reason pun.  Coincidently my birthday falls on a Monday, which I took a day off, nak relaks2 kat rumah and my buddies tak dapek ler nk treat me for lunch.  Maka, kejadian ini berlaku pada hari Selasa, the very next day.

Lokasi kejadian, Bandar Baru Nilai, somewhere near Nilai College.  Ada yang kata, nasi arab kat sini sedaps dan murah, so here goes.  We had Mandhi Lamb Rice, Makglupa Chicken and hapa tah satu lagi tu....ideram ma'alwunnah aku memang fail...hehehe

Waiter arab tu punya lar confident kata this dish is for one person masa kitaorg place order.  Sekali dpt food, hambek ko......3 org blh share.  Siap tapau lagi balance tu.


On Friday lak, ada lagi yang nak treat for lunch.  Terima kasih banyak2 Aida, for the lunch and also gift.  Sungguh2 makss terharu...nokss.

Lunch at Chicken Rice Shop.  Quite delicious actually...

Sessi Makan Berkawan

Selalunya kalau benda yang dirancang, percentage tak jadi tu lebih tinggi....kalau benda atau idea secara spontan tu, selalunya on aje.  That's what happened today.  spontaneous idea turned into reality.

Sessi pergi membeli bahan keperluan berlaku lewat jam 12:45 tgh hari dan apabila tibanya org yg pergi membeli, terus aje periuk dipanaskan dan berlangsunglah sessi stimboat.  Now, let the photos do the talking, shall we?

Proses pencucian pun dijalankan.

The spread for today's session

Almost ready....

Sebahagian dari kawan2 yg terlibat dalam sessi hari ini